Recent Posts

Wednesday, 6 June 2012

SIAKAP 3 RASA MUDAH

SIAKAP 3 RASA

Bahan:
1 ekor ikan siakap - dicuci, dikelar2 dan digaram kunyit dan dogoreng hingga masak
1 biji bawang besar - dipotong dadu
2 batang serai - dihiris nipis
1 inci halia - dipotong dadu kecil
7 biji cili padi dipotong bulat dan nipis
2 biji cili besar - dipotong bulat dan nipis
2 helai daun limau purut - dibuang tulang daun dan dihiris nipis.
3 sudu makan sos cili
3 sudu makan sos tomato
1 sudu makan sos tiram

Cara memasak:
  1. Tumis semua bahan hiris sampai layu. 
  2. Masukkan cili sos, tomato sos ,  sos tiram, tumis lagi sampai naik minyak.
  3. Masukkan garam, gula, air limau nipis. Bagi rasa seimbang, pedas, masam, manisnya... 
  4. masukkan air sikit aje supaya nampak kuah tu lembab2 gitu... 
  5. last sekali masukkan daun bwg... siap... 
  6. Siramkan atas ikan siakap yg telah digoreng..




1 comment:

Sikin Frozen said...

Minta halal resepi ni..