Recent Posts

Wednesday, 6 June 2012

KARI KEPALA IKAN + KETAM

KARI KEPALA IKAN + KETAM
Bahan:
1 kepala ikan merah/jenahak
3 ekor ketam
6 sudu makan serbuk kari ikan – campur dgn sedikit air hingga membentuk paste.
Santan
Herba campur
2 pelepah daun kari
Air asam jawa
2 biji tomato belah 2.
Kacang bendi

Bahan tumbuk/ hiris nipis:
1 biji bwg besar
3-4 ulas bwg putih
1 inci halia


Cara:
  1. Tumis bahan tumbuk dan herba campur hingga wangi.
  2. Masukkan serbuk kari dan daun kari, tumis hingga kari masak dan terbit minyak.
  3. Masukkan air asam jawa, kacau dan biarkan mendidih.
  4. Masukkan santan, garam dan sedikit serbuk perasa.. (garam dan serbuk perasa masuk awal sbb nanti bila dah masuk ketam dan ikan tak boleh nak kacau sgt)
  5. Bila kuah dah mendidih, masukkan kepala ikan dan ketam. Biarkan mendidih sekali lagi, masukkan bendi dan tomato. Biarkan sebenta hingga bendi masak. Siap.

** masak biar kuah tu agak pekat. Baru terangkat… hehehe.. mkn pulak dgn nasi panas2, sambal   belacan dan ikan pekasam goreng…



No comments: