Recent Posts

Wednesday, 6 June 2012

LONTONG

LONTONG....
RESEPI KUAH LONTONG:
1 mangkuk santan pekat
2 mangkuk santan cair
1 sd the Serbuk kunyit.
Garam

Bahan2 hiris :
1 biji sengkuang - dihiris batang mancis
1 cekak kacang panjang - dihiris serong nipis
2 biji karot -  dihiris batang mancis
3 biji cili merah - dihiris serong nipis
3 biji kentang - dibelah 4 dan dihiris nipis
2 keping tauhu – digoreng - dipotong dadu nipis
2 keping tempe – digoreng (saya jarang2 bubuh ni)
3 hati ayam – direbus dulu - dihiris nipis
2 sayur pucuk (tauhu kering) – direndam dan dipotong 1 inci
1 peket suun – direndam dan dipotong 1 inci.

Bahan tumbuk:
2 biji bwg besar
3 ulas bwg putih
2 cm halia
2 sd mkn udang kering

Cara:
  1. Tumis bahan tumbuk hingga wangi
  2. Masukkan santan cair, kentang, serbuk kunyit dan hati ayam. Masak hingga kentang empuk.
  3. Masukkan semua bahan hiris kecuali sun. Biarkan kuah mendidih sekali lagi.
  4. Masukkan santan pekat, garam dan sedikit serbuk perasa. Kacau sentiasa hingga kuah mendidih supaya tidak pecah santan.
  5. Masukkan suun, dan biarkan kuah mendidih sekejap lagi. Siap.



RESEPI KUAH KACANG:

  1. Tumis 2 biji bwg besar, 3 ulas bwg putih, 1 sd mkn udang kering, 2 cm halia yg ditumbuk lumat hingga wangi.
  2. Masukkan 5 sd mkn cili kisar, 2 btg serai yg dititik tumis hingga pecah minyak dan agak garing.
  3. Masukkan 1 mangkuk air asam jawa, garam dan gula Melaka secukup rasa.
  4. Masak hingga gula larut, masukkan kacang tanah mesin (jika pekat boleh tambah air).
  5. Masak hingga mendidih, kecikkan api, renihkan hingga keluar minyak kacang.. kacau sekali sekala supaya dasar kuah tidak hangit.
  6. Rasa masin manis dan masamnya.. siap.


No comments: