Wednesday 6 June 2012

DONUT

DONUT
1kg tepung gandum (boleh dpt lebih kurang 60 biji donut saiz M)
1 pkt yis segera mauripan (11g)
3 cmb susu pekat manis
1 cmt garam
1 cwn Minyak masak
550 ml air
Minyak masak untuk menggoreng tenggelam


Cara:
  1. Larutkan garam, susu kedalam air.
  2. Gaulkan yis dan tepung gandum sehingga rata.
  3. Masukkan minyak masak dan gaul ramas sehingga sebati.
  4. Masukkan cecair sekaligus dan gaul dahulu menggunakan hujung jari sehingga tiada lagi air bertakung.
  5. Kemudian barulah diuli sehingga menjadi doh yang sangat lembab dan melekit.
  6. Rehatkan adunan tanpa ditutup selama 15-20 minit.
  7. Setelah direhatkan, uli semula 2 - 3 minit sehingga tiada lagi adunan yang melekat di tangan dan mangkuk adunan.
  8. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dengan berat 50g setiap satu.
  9. Bulatkan setiap adunan tadi menjadi bebola yang licin.
  10. Leperkan sedikit bebola tadi lebih kurang setebal 1 - 1.5 cm dan tebuk lubang ditengahnya mengunakan penutup botol.Gunakan donut cutter pun ok..
  11. Biarkan donut mengembang di tempat yang tertutup supaya adunan tidak kering lebih kurang 1/2 - 1 jam. Tidak perlu terlalu lama kerana ia akan mengembang lagi apabila digoreng.
  12. Goreng didalam minyak yang banyak dengan api sederhana sehingga kuning keemasan
  13. Tuskan sebelum digaulkan dalam gula castor atau dihias sesuka hati anda sebelum dihidang.




No comments: