Recent Posts

Friday, 1 June 2012

DO IT YOURSELF AIS KACANG

Dengan cuaca yang panas sekarang membuatkan saya terbayang2 sesuatu yang menyejukkan. Terbayang ais kacang (ABC) tapi untuk keluar membeli, rasa malas pulak.. Nak kena bersiap, bertudung, memandu.. iskh! iskh! rasa macam tak berbaloi... Akhirnya datang idea ni.. Mari saya tunjukkan langkah2nya ye..


Langkah 1: Bekukan air sirap sehingga menjadi ais. Seelok2nya bekukan selama 24 jam. Buatlah manis sikit ye..


Langkah 2: Setelah beku, sagat ais dengan menggunakan 
                   garfu.


Langkah 3: Sudukan jagung krim, kacang merah dan 
                  cincau ke dalam mangkuk.


Langkah 4: Masukkan ais sagat ke dalam mangkuk dan 
                  masukkan jagung krim, kacang merah dan 
                  cincau di atas lapisan ais sagat tadi.


Langkah 5: Buatlah beberapa lapisan lagi, siram dengan 
                  susu pekat, dan hiaskan dengan ais krim.


Langkah 6: Tambahlah berapa banyak bahan yang anda suka dan nikmati kesejukannya... Yummy...


Selamat Mencuba Ye Kawan2...

4 comments:

Galuh Cendra Kirana said...

sedapnya. nak2 pulak musim panas mcm ni. saya suka letak 'buah nau' @ atap chi lebih. perghh... sedap xterkata. mintak dikongsi yer cikgu, resepinya.. :) tq tq!

Cikgu Ani Bawok said...

Silakan share Galuh... :))

Anonymous said...

Ι used to bе recommendеd this ωebsite via mу cousin.
I'm now not positive whether this publish is written by way of him as no one else know such targeted approximately my problem. You're wonderful!
Thаnks!

Feel free to surf to my web site; http://Howtogetbiggerboobsnaturally.Blogspot.com

Naomi said...

Ais kacang DIY, good idea! Sekarang ais kacang pun dah naik harga. Bayangkan kalau sekluarge pi makan, share2 makan pun dah nak RM12-RM16, tak termasuk main meal lagi! Thank you, Cikgu Ani for sharing. Tapi boleh tak suggest resepi chocolate sauce yg kena dgn ais kacang? Sebab kat Johor, kita ada letak choc sauce yg agak pekat.