Recent Posts

Wednesday, 6 May 2015

PUDING ROTI BAKAR BERKEJU


PUDING ROTI BAKAR BERKEJU
Bahan-Bahannya:
Roti Gardenia/ Roti Butterscotch
2 biji telur
1 tin susu cair
2 sudu makan gula
1 sudu teh esen vanila
2 sudu makan marjerin
4 keping keju cheesedale

Cara-caranya:

  1. Oleskan loyang dengan marjerin. 
  2. Susun kepingan roti sebagai lapisan pertama hingga menutupi dasar loyang.
  3. Dalam mangkuk lain, masukkan telur, susu cair, gula, esen vanila dan marjerin. Pukul hingga kembang.
  4. Koyak-koyakkan kepingan roti dan rendam dalam bancuhan susu tadi. (Saya koyakkan 5 keping roti).
  5. Susun roti yang direndam tadi di atas lapisan roti tadi. Curahkan baki adunan susu di atas susunan roti tadi.
  6. Tabur kepingan keju cheesedale yang telah dikoyak-koyakkan.
  7. Bakar di dalam oven pada suhu 180'C selama 30 minit atau hingga puding masak. Caranya, cucuk lidi ke dalam puding dan lidi bersih apabila ditarik keluar.
  8. Sejukkan sebentar dan bolehlah dihidangkan.



5 comments:

Suhana Mohd.Diah said...

wahh...sedapnya....!nak cuba juga lah buat di rumah...ada lebihan roti tu...

Jemput singgah di blog saya pula ye cikgu...

http://blogmummyrifqiy.blogspot.com/

wanie yahaya said...

sedapnya....jom kita kongsi2 resepi...
blog saya - http://diarihatiwanieyahaya.blogspot.com/

Anonymous said...

Assalamualaikum cikgu Ani, terima kasih kongsi resepi. Kawan saya yg share link ke blog cikgu ani untuk resepi sotong kunyit. Semoga kerajinan berkongsi ilmu diberkati Allah SWT. Jazakallahu khairi.

AS

Herny Hafiz said...

sedapnyaaaa... baru je search resepj jumpa cikgu ani
best.

www.hernyhafiz.com

Kamsinah Haron said...

السلام عليكم..
mohon izinkan saya kongsi resepi2 di blog ni...جزاك الله،خيرا