Wednesday 25 December 2013

ROTI TIKAR

ROTI TIKAR
Bahan-Bahan:
3 cawan tepung gandum
3 cawan santan - (saya guna 1 cawan santan pekat + 2 cawan air)
1 1/2 sdt garam
1 biji telur
pewarna (saya guna hijau epal dan pink)

Cara-caranya:

  • Campurkan semua bahan, gaul rata.
  • Masukkan ke dalam blender, kisar sebati.
  • Bahagi adunan kepada dua bahagian. Satu bahagian dititiskan dengan warna hijau. Kacau sebati. Satu bahagian lagi dititiskan dengan warna pink. Kacau sebati.
  • Masukkan adunan tadi ke dalam botol acuan roti tikar.


  •  Panaskan kuali. Guna api perlahan. Kalau guna kuali biasa, oleskan sedikit minyak masak pada kuali. (Saya guna non-stick pan)


  •  Tuangkan adunan supaya membentuk tikar seperti gambar di atas. Biarkan masak. (Tak perlu di terbalikkan. Cukup bila tepung di bahagian atas kering)


  •  Angkat tikar. Gulungkan.
  • Ulang langkah hingga adunan habis. (Nampak tak tikar yang semua warna pink tu? Itu kerana adunan hijaunya sudah habis... hihihi..)
  • Hidangkan roti tikar ni dengan kuah kari. Yummyyyyyyy!!!!!


2 comments:

Anonymous said...

As salam..kat mana nak dapatkan botol acuan tu ye..

Cikgu Ani Bawok said...

Botol acuan boleh didapati di kedai2 jual brgn plastik atau kedai bakeri...