Thursday 27 June 2013

GULAI LEMAK CILI API TELUR ITIK-BELIMBING BULUH

GULAI LEMAK CILI API TELUR ITIK-BELIMBING BULUH
Bahan-bahannya:
6 biji telur itik - dibasuh dan dicuci telur untuk menghilangkan kekotoran pada kulitnya
2 kotak kecil santan pekat
2 kotak kecil air
2 batang serai - dititik
2 helai daun kunyit - dibuang tulang daun dan dihiris halus
10 biji belimbing buluh - dibelah dua
Garam
Serbuk perasa

Bahan Tumbuk Lumat:
Segenggam cili api
2 inci kunyit hidup
1/2 biji bawang besar

Cara-caranya:

  1. Saya gunakan kuali supaya mudah semasa proses memecahkan telur, untuk elak telur hancur.
  2. Masukkan bahan tumbuk, serai dan secawan air ke dalam kuali. Masak hingga airnya kering. (Tujuannya supaya cili masak dan tidak mudah sakit perut).
  3. Masukkan santan dan air. Masak guna api sederhana dan sentiasa dikacau untuk elak santan pecah. Bila santan sudah mendidih, masukkan belimbing buluh, daun kunyit, garam dan serbuk perasa. Kacau lagi hingga kuah mendidih sekali lagi. (Pastikan sentiasa dikacau).
  4. Perlahankan api. Pecahkan telur satu persatu di tempat yang berlainan. Biarkan sehingga telur masak. (Tak perlu kacau kuah sehinggalah telur sudah keras). Perlahan-lahan dan berhati-hati, masukkan sudip ke dasar kuali supaya telur tidak lekat pada dasar kuali. 
  5. Bila telur sudah masak sempurna, tutup api dan hidangkan.


1 comment:

Bali Tour said...

Terima kasih atas resipe nya
nanti saya nak coba masak :)