Recent Posts

Friday, 19 April 2013

KARI IKAN TERMENUNG/IKAN KEMBUNG

KARI IKAN TERMENUNG/ IKAN KEMBUNG
Bahan-bahannya:
10 ekor ikan termenung
2 peket kecil serbuk kari ikan - campur sedikit air untuk dijadikan paste
1/2 sudu makan asam jawa + 2 mangkuk air
3 pelepah daun kari
2 biji cili hijau - dipotong 1 inci
2 sudu teh halba campur
7 biji kacang bendi
2 biji tomato - dibelah 2
1 cawan santan

Bahan tumbuk/ hiris halus:
1 inci halia
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar

Cara-caranya:

  1. Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk dan halba campur hingga bangkit bau.
  2. Masukkan paste kari, daun kari dan cili hijau. Tumis hingga pecah minyak.
  3. Masukkan air asam jawa dan santan. Biarkan mendidih.
  4. Masukkan ikan, garam dan sedikit perasa. Biarkan mendidih.
  5. Masukkan kacang bendi dan tomato. Biarkan hingga kacang bendi empuk.
  6. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.


7 comments:

Nora said...

nampak sedap cikgu..kin bleh cuba sbb sy memang pengemar kari..ehehehe..ade mase bleh jugak jenguk di blog sy di http://norasri0806.blogspot.com

Miera Zahari said...

Tq balik nk cuba laa :)

Anonymous said...

heeee...bru je cuba ni... :)

Seri Nian said...

suka ikan kembung asam pedas
Info Sihat

mira nielshop said...

Terima kasih cikgu..dah masak ikut resepi cikgu tue,memang sedap..tq ye:-)

zulkarnein said...

I luv u cikgu.. sy seorg penkari tegar.

rose isa said...

Salam.. Sy nk cuba kari cikgu ni ye.. Tq