Bahan-bahannya:
1 ekor ayam - digaram kunyit dan digoreng hingga masak
4 sudu makan cili kering kisar
2 biji bawang besar - dihiris bulat
4 sudu makan sos tomato
5 sudu makan kicap manis
2 biji tomato - dibelah 4
1 sudu teh cuka makan
1 batang serai - dititik
1 cawan air
sedikit serbuk perasa
garam
Bahan Tumbuk Lumat:
8 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
Cara Masak:
- Panaskan sedikit minyak di dalam kuali.
- Tumis bahan tumbuk dan serai hingga wangi.
- Masukkan cili kisar, tumis hingga pecah minyak dan wangi.
- Masukkan kicap, sos tomato dan air. Biarkan mendidih.
- Masukkan bawang besar, ayam goreng. Masak hingga kuahnya agak pekat.
- Masukkan garam dan serbuk perasa. Kacau rata.
- Masukkan buah tomato. Gaul rata.
- Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.
4 comments:
sedapnya ayam rose kak ani ni.. nti ada masa may akan cuba.. tq kak utk resepinya..
Memang sedap May Agumo,
Resepi asal Mami Penang.. Sila lah cuba.. :)
Pinjam respi ye Kak ... Nk padankan ngan nasi tomatonyaaaaa 😂😂
Memang kami org penang masak macam nu setiap kali raya
Post a Comment