Recent Posts

Monday, 17 December 2012

STICKY CHICKEN WINGS

STICKY CHICKEN WINGS
Bahan-bahannya:
13 ketul kepak ayam 
4 sudu makan kicap pekat manis
2 sudu makan sos tiram
1 sudu kecil maggi seasoning 
1 sudu makan sos ikan
2 sudu makan sos cili
2 sudu makan sos tomato
6 sudu makan madu
1 sudu kecil serbuk lada hitam
garam
1 cawan air

Bahan tumbuk lumat:
2 inci halia
6 ulas bawang putih

Cara-caranya:

  1. Campurkan semua bahan kecuali ayam dan air ke dalam mangkuk. Kacau rata.
  2. Masukkan ke dalam besen berisi ayam. Gaul rata dan perapkan selama 30 minit. (Selalu yang saya buat ialah saya perapkan ayam dulu kemudian saya masak nasi dan lauk-lauk lain. Selesai semua proses memasak, baru saya masakkan ayam ini).
  3. Panaskan sedikit minyak ke dalam non-stick pan.
  4. Masukkan ayam yang sudah diperap tadi dan secawan air. Masak sehingga kuahnya pekat dan melekit. Bila kuahnya sudah pekat, ayam hendaklah dikacau selalu supaya sosnya tidak hangit.
  5. Masak sehingga kuahnya melekat pada ayam dan seakan-akan dibakar. 
  6. Tutup api dan hidangkan ayam. Buang minyak lebihan minyak.


1 comment:

Anonymous said...

Assalam puan...sy salah sorg yg ikot blog puan...terima kasih sy ucapkan sbb puan bg resepi yg mudah utk dicuba n sedap..tq puan..halalkan resepi puan utk sy cuba ye