Recent Posts

Saturday, 8 December 2012

SAUSAGE

SAUSAGE
Bahan-Bahannya:
12 ketul sosej - kali ni saya gunakan sosej mashroom AYAMAS
3 sd mkn sos cili
3 sd mkn sos tomato
1/2 sd teh garam
2 sd teh gula
2 biji telur - dikacau dgn garfu
12 keping roti
Minyak masak

Cara-caranya:

Didihkan air dalam periuk. Bila dah mendidih, masukkan sosej dan biarkan mendidih sekali lagi. Bila nampak sosej dah kembang, sejatkan.

Panaskan 2 sd mkn minyak dlm kuali. Tumis sos cili dan sos tomato. Masukkan garam dan gula. Sentiasa kacau hingga likat. Masukkan sosej dan gaul hingga sos menyaluti sosej.

Gelek roti hingga nipis. Tujuannya supaya mudah digulung, tak serap telur dan minyak. Jadi tak perlu guna telur yang banyak dan sosej tak berminyak.

Gulung sosej dengan roti satu persatu hingga habis.

Panaskan minyak dalam kuali. Golekkan roti sosej ke dalam telur dan goreng hingga kekuningan. 

Hidangkan sosej bersama lebihan sos sira tadi. Yummy! Yummy!

5 comments:

nor said...

Semua resepi akak Mmg terbaek.....

Cikgu Ani Bawok said...

Terimakasih Nor... :)

Anonymous said...

Mcm best. Nak try lah.

ANI BAWOK said...

Silakan mencuba Anonymous.. mmg sedap..

Anonymous said...

Emmmmm bestnyer...mmg resepi akak semua simple nk buat tp rsnye fuhhh...tima ksh ats perkongsian resepi..