Recent Posts

Wednesday, 21 November 2012

RASAM

RASAM
Bahan-Bahannya:
2 mangkuk air
2 biji tomato - dicincang
5 biji cili siam hijau - dicincang
1 biji bawang besar - dicincang
1/2 cm halia - dihiris halus
1 sudu makan serbuk cili
2 sudu makan serbuk ketumbar
1 sudu makan serbuk jintan putih
Daun ketumbar - cincang halus
1 cawan air rebusan kacang dal
2 sudu makan asam jawa - dicampur dengan semangkuk air
3 biji cili kering - potong 1 cm
2 sudu makan biji sawi
1 sudu teh halba
2 tangkai daun kari

Bahan tumbuk lumat:
1 sudu makan lada hitam
1 sudu makan jintan putih
2 ulas bawang putih

Cara Masak:

  1. Masukkan air ke dalam periuk. Masukkan juga buah tomato, cili siam hijau, bawang besar, halia, serbuk cili, serbuk ketumbar, serbuk jintan putih, garam, gula dan air rebusan kacang dal.
  2. Naikkan atas api dan didihkan.
  3. Masukkan air asam jawa. Renehkan selama 30 minit.
  4. Dalam kuali, panaskan sedikit minyak masak. Tumis cili kering, biji sawi, halba, daun kari dan bahan tumbuk hingga wangi.
  5. Masukkan ke dalam periuk berisi rasam. Gaul rata dan renehkan lagi selama 15 minit. 
  6. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.


2 comments:

ilahjy said...

salam cikgu salam kenai..kak ilah dah amek resepi rasam dan chutney kelapa tuu.. kak ilah jumpa blog cikgu kat blog antan bertingkah..pasal crepe..saja jalan2 sini tup2 jumpa rasam yg kak suka terus kak amek resepinya..t.k share..

Cikgu Ani Bawok said...

silakan share ilahjy... ikhlas dr saya... kalau tak tahan pedas, cili api tu boleh ganti dgn cili hijau..