Recent Posts

Saturday, 10 November 2012

CENDAWAN TIRAM GORENG

CENDAWAN TIRAM GORENG
Bahan-bahan:
2 peket cendawan tiram - dibersihkan dan dibelah-belah
1 biji karot merah - dikupas kulit dan dipotong serong2
2 biji cili merah - dipotong serong
segenggam udang sayur

Bahan Tumbuk @ Dihiris nipis:
2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar

Cara Masak:

  1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali, tumis bahan tumbuk@ hiris hingga wangi.
  2. Masukkan udang sayur, cili merah dan karot. Gaul rata. 
  3. Masukkan setengah cawan air. Gaul rata dan masak hingga karot empuk.
  4. Masukkan garam dan perasa secukupnya. Gaul rata.
  5. Masukkan cendawan tiram, gaul rata. Masak sekejap aje sebab cendawan mudah layu.
  6. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.


1 comment:

Nur Fae said...

salam. best nye..tapi macammana nak simpan cendawan supaya kekal segar..boleh share tak tip or petuanya.tq