Tuesday 10 July 2012

WAFFLE

 Inilah Waffle Maker yang saya gunakan... saya beli di Mydin.

 Bahagian dalam waffle maker
WAFFLE:
Bahan-bahannya:
Bahan A:
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh garam
4 biji kuning telur
1 1/2 cawan susu segar - saya guna susu UHT

Bahan B:
4 biji putih telur

Cara membuat:

  1. Ayak tepung gandum dan baking powder.
  2. Campur semua bahan A dan gaul rata.
  3. Pukul bahan B hingga kembang dan naik (membentuk soft peak). Pastikan bekas yang digunakan betul-betul bersih dan kering. Begitu juga dengan besi mixer. Jika basah, putih telur tak akan kembang.
  4. Bahagikan bahan B kepada 3 bahagian. 
  5. Masukkan 1 bahagian ke dalam bahan A. Kaup balikkan perlahan-lahan hingga rata.
  6. Masukkan pula 1 bahagian lagi putih telur ke dalam bahan A. Kaup balikkan hingga rata. Ulang untuk bahagian ke 3.
  7. Panaskan waffle maker.

Bila suiz on, lampu merah dan hijau akan menyala. Tunggu hingga lampu hijau terpadam barulah masukkan adunan.

Masukkan adunan di bahagian tengah waffle maker. Saya letak 3 senduk sayur yang kecil.
Tutup penutup waffle maker. Lampu hijau akan menyala. Tunggu hingga lampu hijau padam dan tunggu lagi untuk 2 minit supaya warna waffle rata dan cantik.

Buka penutup waffle. Dengan menggunakan sudip plastik atau kayu, keluarkan waffle.

Sapukan marjerin dan peanut butter atau jem atau sekaya.

Lipat dua.

Ulang langkah hingga adunan habis. Wallaaaa...

3 comments:

Anonymous said...

Bagus utk semua resepi, manfaat digunakan bg yg br nk belajar (",) semoga doberkati Allah dunia akhirat.
T.kasih kerana tak lokek berkongsi,dan menunjukkan langkah demi lngkah cara menbuat.

JazakAllah (",)

ediey said...

susu segar tu mcmna??

Aida said...

Berapa ye harga waffle maker tu?