Recent Posts

Friday, 8 June 2012

SOSEJ KENTANG.

SOSEJ KENTANG
  1. Rebus kentang yg telah dibuang kulit hingga empuk, sejatkan. 
  2. Masukkan 1 sd mkn butter dan leyekkan kentang hingga halus. Ketepikan.
  3. Didihkan air, masukkan sosej yg telah dipotong dua (nak guna sosej cocktail pun boleh) dan rebus dlm 5 minit. Sejatkan.
  4. Panaskan sedikit minyak dlm kuali. Tumis 3 sd mkn sos tomato, 3 sd mkn sos cili hingga menggelegak. Masukkan secubit garam dan 2 sd mkn gula. Gaul hingga sos pekat. Masukkan sosej tadi dan gaul rata hingga sos menyaluti sosej. Ketepikan.
  5. Ambil sedikit kentang lenyek, leperkan di atas tapak tangan, letak 1 sosej, bungkus sosej dgn kentang, celup dlm telur dan golekkan atas bread crump. Ulang hingga habis.
  6. Panaskan minyak dlm kuali, goreng sosej kentang hingga warna keemasan dgn api sederhana. Sejatkan.. dan bolehlah dihidang.
** Sosej tu nak balutkan dgn kepingan cheese pun boleh.



1 comment:

Zul said...

nampak sedap jak. nanti cuba. tq for sharing