Recent Posts

Monday, 4 June 2012

PECAL / GADO-GADO

Sambal Pecal

Bahan:
300 g kacang tanah
10 ulas bwg merah
8 ulas bwg putih3 – 4 ketul ubi cekur (kalau takde pun takpe)
5 – 10 tangkai cili kering
10 – 12 tangkai cili padi
1 sudu besar air asam jawa
3 cm belacan (akak tak bubuh pun)
Garam, gula
Minyak utk menggoreng

Cara masak:

  1. resepi yg mudah eh... Kacang tanah tu sangai... (kalau malas, beli je kat kedai kacang tanah dah siap mesin)..
  2.  Cili kering, cili api, ubi cekur, bwg putih, bwg merah goreng sekali (guna minyak tau)...
  3.  Pastu masukkan semua dlm blender kecuali kacang tu... 
  4. masukkan air asam (bancuh guna air masak tau sbb semua ni tak dimasak dah lepas ni).. 
  5. masukkan juga garam & gula pasir/ gula melaka... blend sampai cili halus.. 
  6. kalau guna kacang yg digoreng sendiri, masukkan kacang dlm bhn blender ni & blend sekali lagi... 
  7. tuang dlm mangkuk.. kalau pekat sgt, masukkan air panas.. dah siap..


No comments: