Recent Posts

Friday, 8 June 2012

NASI AYAM

NASI AYAM:
Bahan A (AYAM):
1 ekor ayam (potong 4)
2 sudu mkn sos tiram
2 susu mkn kicap manis
1 sd mkn kicap masin
1 sd mkn minyak bijan
Air secukupnya utk merebus ayam. (Air ini juga akan digunakan utk masak nasi)
Gula secukup rasa
Minyak utk menggoreng.

Cara:
Rebus ayam hingga empuk. Sejatkan. Campurkan semua bhn kecuali minyak dan air rebusan. Gaul rata pd ayam dan perap selama 30 minit. Goreng dlm minyak yg byk. (goreng kejap je sbb ayam dah masak)


Bahan B (NASI):
5 cwn beras – dibasuh bersih dan ditoskan.
2 sd mkn marjerin
2 helai daun pandan – disimpul
Garam secukup rasa
6 cwn air rebusan ayam.

Bahan hiris halus:
1 biji bwg besar
2 ulas bwg putih
5 cm halia.

Cara:
Panaskan mentega, tumis bwg besar dan bwg putih hingga wangi. Masukkan ked lm periuk yg berisi beras, dan semua bhn lain. Kacau rata dan tutup periuk. Tanak hingga nasi masak.



Bahan C (Sos Cili):
Blend 5 biji cili besar merah, 2 ulas bwg putih. Masukkan ke dlm periuk, perahkan 1 biji limau kasturi, garam dan gula secukup rasa. (Saya masukkan sedikit air rebusan ayam). Didihkan.

Bahan D(Kicap):
Air rebusan ayam secukupnya, 1 ulas bwg putih dicincang halus, 1 sd mkn kicap masin, 1 sd mkn kicap manis. Didihkan.

Bahan E (Sup);
Tumis 1 biji bwg besar, 3 ulas bwg putih, 2 cm halia hingga wangi. Masukkan ke dlm air rebusan ayam tadi, Masukkan sup bunjut, garam dan sedikit perasa. Didihkan sebentar. Masukkan potongan daun sup, daun bwg dan bwg goreng.

Bahan Hiasan:
Daun salad
Hirisan tomato
Timun.




4 comments:

nazatul said...

cikgu mg rajin betul laa... semua menu nampak menarik... nti saya kawen nk reserve ckgu lh jd tukang masak pgantin...hehehe

insanu ismail said...

sdpnyeeeee......

Anonymous said...

Semua resepi sedap2..

asma_honey said...

ambooii rajin cg ani update kt blog...mmg tbaikk