Saturday 2 June 2012

AYAM MASAK SERAI

Salam semua kawan-kawan.. Sekejap aje dah seminggu cuti sekolah.. ada tinggal lagi seminggu aje sebelum sekolah dibuka semula.. ermmmm...

Ok lah, saya nak cerita pasal resepi saya kali ini iaitu AYAM MASAK SERAI yang tercipta setelah saya rasa buntu, tak tau nak masak apa ayam yg ada di sebabkan anak saya mesti nak ada lauk ayam setiap hari. Nak masak dengan cara yang simple dan tak mau pedas sangat sebab anak perempuan saya memang tak makan pedas. Akhirnya, terciptalah resepi ni... Saya hidangkan dengan rasa suspen sbb takut tak disentuh oleh anak2.. Alhamdulillah.. daripada anak2 hingga ke ayahnya kata masakan sedap dan mereka makan bertambah. Fuhh!! Lega rasanya.

AYAM MASAK SERAI
Bahan-bahannya:
1/2 ekor ayam - potong ikut suka
Santan
1 biji bawang besar - potong bulat
2 biji tomato - potong baji
1 biji cili merah - dihiris memanjang
1 asam keping (kalau asam kecil, letaklah 2 keping. Ikut kemasaman yg dikehendaki)


Bahan kisar:
5 batang serai - dihiris nipis
1 inci halia
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
25 biji cili kering

Cara memasak:

  1. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bahan kisar hingga wangi dan terbit minyak.
  2. Masukkan ayam, gaul rata dan biar hingga ayam layu sedikit.
  3. Masukkan santan hingga menutupi paras ayam. Kacau rata.
  4. Masukkan asam keping. Biar hingga mendidih.
  5. Masukkan garam dan serbuk perasa. Masak lagi hingga kuah ayam pekat sedikit.
  6. Masukkan pula bawang besar yabg dipotong bulat, cili merah. Masak hingga bawang layu.
  7. Akhir sekali, masukkan tomato baji. Gaul sebentar aje, lebih kurang 2 minit supaya tomato tidak lembik. Tutup api, sedia untuk dihidang.

Selamat Mencuba...

No comments: