Saturday, 30 November 2013

AYAM MENU SIHAT


AYAM MENU SIHAT
Bahan-Bahannya:
3 keping daging ayam bahagian dada - dibuang kulit dan dihiris nipis
2 keping asam gelugor
3 ulas bawang putih - dihiris
1 biji bawang besar - dihiris
1/2 inci halia - dihiris
9 biji cili api - dihiris
garam
2 cawan air


Cara-caranya:

  1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk.
  2. Rebus hingga ayam masak.
  3. Tutup api. Hidangkan.




KUIH LAPIS TRADISIONAL

KUIH LAPIS TRADISIONAL
Bahan-bahannya: (Loyang 7 inci)
1 cawan tepung beras
2 sudu makan tepung gandum
2 sudu makan tepung jagung
2 cawan santan
1/2 cawan gula
1/4 sudu teh garam
pewarna merah

Langkah-langkahnya:

  • Didihkan air dalam periuk kukus.
  • Sementara itu, balut loyang dengan kertas aluminium.
  • Masukkan 1 sudu teh minyak masak ke dalam loyang dan oles rata. Tujuannya supaya kuih tidak melekat. 


  • Masukkan semua bahan kecuali pewarna merah ke dalam mangkuk dan kacau rata.
  • Kemudian masukkan adunan ke dalam blender dan kisar hingga adunan sebati. Tujuan dikisar supaya tepung tidak bergentel.
  • Bahagi dua adunan tepung tadi. 
  • Satu bahagian dimasukkan pewarna merah. Kacau rata.
  • Masukkan loyang ke dalam pengukus. Masukkan 1 senduk sayur adunan berwarna putih. Ratakan. Masak selama 2 minit.
  • Masukkan pula 1 senduk sayur adunan merah. Ratakan. Masak selama 2 minit.
  • Buatlah selapis demi selapis hingga adunan tepung habis.
  • Lapisan terakhir dimasak selama 20 minit.
  • Keluarkan loyang dari periuk kukus dan sejukkan, baru dipotong dan dihidangkan.


Friday, 29 November 2013

KARI TELUR

 KARI TELUR
Bahan-Bahannya:
5 biji telur rebus
2 biji kentang - dibelah 8
4 sudu makan serbuk kari daging FAIZA
1/2 sudu makan asam jawa + 2 cawan air
2 pelepah daun kari
Garam
Perasa

Bahan Tumbuk Lumat:
1/2 inci halia
1 sudu makan udang kering
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar

 Cara-caranya:

  1. Panaskan sedikit minyak. Tumis bahan tumbuk hingga wangi.
  2. Masukkan serbuk kari yang sudah dicampur dengan sedikit air dan daun kari. Tumis hingga pecah minyak.
  3. Masukkan air asam jawa. 
  4. Masukkan kentang dan telur rebus. Biarkan mendidih.
  5. Masukkan garam dan perasa. Masak hingga kentang empuk dan kuahnya pekat.
  6. Tutup api dan hidangkan.


SARDIN MASAK CILI API

 SARDIN MASAK CILI API
Bahan-Bahannya:
1 tin kecil sardin - saya guna brand Agromas
1 biji bawang besar - dibelah dua dan dimayang kasar
2 keping asam gelugor
1 tin kecil sardin air
garam
perasa

Bahan Tumbuk Lumat:
25 biji cili api
4 ulas bawang putih
1 biji bawang besar

Cara-caranya:

  1. Panaskan sedikit minyak. Tumis bahan tumbuk hingga wangi dan pecah minyak.
  2. Masukkan bawang besar. Kacau rata.
  3. Masukkan ikan sardin dan sosnya sekali.
  4. Masukkan air. (Sukat guna tin sardin yang telah kosong tadi).
  5. Masukkan asam gelugor. Biarkan mendidih.
  6. Masukkan garam dan perasa. Masak hingga kuah pekat dan bawang besar layu.
  7. Tutup api dan hidangkan.


Tuesday, 26 November 2013

CUCUR IKAN BILIS

CUCUR IKAN BILIS
Bahan-Bahannya:
3 cawan tepung
1 biji bawang besar - dipotong dadu

Bahan Kisar:
2 biji bawang besar
1 cawan ikan bilis
1 biji telur
2 sudu teh garam
1/2 blender air

Cara-caranya:
  1. Masukkan semua bahan kisar ke dalam mesin pengisar. Masukkan air hingga separuh blender. Kisar hingga halus.
  2. Masukkan bahan kisar ke dalam tepung sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga dapat kepekatan yang dikehendaki. Jika tidak cukup air, boleh tambah air lagi.
  3. Bila sudah sebati, masukkan bawang besar dadu sambil diramas-ramas supaya bawang terpisah antara satu sama lain.
  4. Kacau sebati.
  5. Panaskan minyak yang banyak. Jemputkan adunan ke dalam kuali. Goreng hingga warna keperangan.
  6. Ulang langkah 5 hingga adunan habis.
  7. Hidangkan.
*** Cucur ini enak dinikmati bersama sos cili, sambal tumis atau kuah kari. Memang wallaaaaa...



Saturday, 23 November 2013

TELUR MASAK KICAP BLACKPAPER

TELUR MASAK KICAP BLACKPAPER
Bahan-Bahannya:
4 biji telur - digoreng mata kerbau
4 sudu makan kicap lemak masin (saya guna kicap cap angsa merah Rohaya)
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 biji bawang besar - potong bulat
1 biji cili merah - potong serong
4 sudu makan air
Sedikit serbuk perasa

Bahan Tumbuk Lumat:
2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
**Kalau tiada serbuk lada hitam, boleh guna 1 sudu makan lada hitam biji yg ditumbuk sekali


Cara-caranya:
  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bahan tumbuk dan serbuk lada hitam.
  2. Masukkan kicap, bawang besar dan cili merah.
  3. Masukkan air. Kacau rata.
  4. Perlahankan api, masukkan telur satu persatu sambil di salut dengan kuah kicap.
  5. Tutup api dan hidangkan.



Thursday, 21 November 2013

BIHUN TOMYAM

BIHUN TOMYAM
Bahan-Bahannya:
1/2 bungkus bihun - dicelur hingga lembut dan disejatkan.

Bahan untuk kuah tomyam:
1/2 ekor ayam - dipotong kecil
3 sudu makan pes tomyam
2 biji bawang besar - dipotong dadu
2 batang serai - dititik
1 inci lengkuas - dihiris nipis
1 biji karot - dipotong 1 inci dan dibelah dua
1 batang seleri - dihiris serong
2 biji tomato - dipotong dadu
5 biji cili api - dititk
3 cawan air
3 sudu makan nampla (sos ikan)
1 sudu teh garam
1 biji limau nipis
3 helai daun limau purut
2 pokok daun sup

Cara-caranya:

  1. Didihkan 3 cawan air.
  2. Masukkan bawang besar,serai dan lengkuas. Biarkan mendidih sebentar.
  3. Masukkan ayam dan karot. Biarkan hingga mendidih.
  4. Maukkan pes tomyam, nampla, garam dan sedikit serbuk perasa.
  5. Masukkan cili api, tomato, batang seleri, jus limau nipis dan daun limau purut. Biarkan sebentar.
  6. Akhir sekali masukkan daun sup.Kacau rata dan tutup api.
  7. Masukkan sedikit bihun ke dalam mangkuk dan masukkan kuah tomyam. 
  8. Hidangkan.


Saturday, 16 November 2013

CEKODOK UBI KAYU

CEKODOK UBI KAYU
Bahan-Bahannya:
1biji ubi rebus - dilenyek hingga hancur (saya tumbuk menggunakan alu lesung batu)
1/2 biji kelapa parut
3 sudu makan gula pasir
sedikit garam

Cara-caranya:

  1. Campurkan semua bahan di atas di dalam besen.
  2. Kepal-kepalkan hingga membentuk bulat sebesar saiz bola ping-pong.
  3. Ke tepikan.

Bahan bancuhan tepung:
1 senduk tepung gandum
sedikit garam
Air secukupnya

Cara-caranya:

  1. Campurkan semua bahan bancuhan tepung.
  2. Gaul rata hingga mendapat kepekatan seperti tepung goreng pisang.
  3. Panaskan minyak yang banyak di dalam kuali.
  4. Celupkan bebola ubi tadi ke dalam tepung.
  5. Goreng hingga warnanya keperangan.
  6. Angkat dan hidangkan.


Thursday, 14 November 2013

PULUT-UBI KAYU

PULUT-UBI KAYU
Bahan-Bahannya:
2 cawan pulut - (saya guna pulut susu)
2 biji ubi kayu - dikupas, dicuci dan direbus hingga empuk. Masukkan sedikit garam semasa merebus
Santan cair
Sedikit garam
Ikan kering - digoreng
1/2 biji kelapa parut - (ambil putihnya sahaja)

Cara-caranya:

  1. Didihkan air di dalam periuk pengukus.
  2. Cuci beras pulut.
  3. Masukkan ke dalam loyang.
  4. Masukkan santan cair yang sudah dicampur dengan sedikit garam hingga separas dengan beras pulut.
  5. Kukus sehingga pulut masak. Kacau dengan garfu supaya beras pulut gembur.
  6. Kukus lagi pulut (dalam 5 minit).
  7. Ke tepikan pulut.
  8. Kukus pula kelapa parut yang telah digaul dengan sedikit garam. Jangkamasanya lebih kurang 10 minit. Tujuannya supaya kelapa parut tidak cepat basi atau masam.
  9. Ke tepikan.

 
Bahan-Bahan Untuk Sambal Tumis:
6 sudu makan cili kering kisar
1/2 sudu makan asam jawa - dicampur dengan 2 cawan air
1 mangkuk ikan bilis
2 biji bawang besar - dibelah dua dan dihiris kasar
Garam
Serbuk Perasa

Bahan Tumbuk:
Sejemput ikan bilis
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar

Cara-caranya:

  1. Panaskan sedikit minyak. Tumis bahan tumbuk hingga wangi.
  2. Masukkan cili kisar. Tumis hingga pecah minyak dan agak garing.
  3. Masukkan air asam jawa. Kacau rata. Biarkan mendidih.
  4. Masukkan ikan bilis dan bawang besar. Kacau rata.
  5. Masukkan garam dan serbuk perasa. Kacau rata. Jika terlalu pekat, boleh masukkan sedikit air lagi.
  6. Bila sambal sebati dan bawang besar sudah layu, tutup api.
  7. Hidangkan.

Cadangan cara menghidang:
  1. Ambil dua atau tiga ketul ubi rebus. Lenyekkan dengan garfu sehingga hancur.
  2. Campurkan ke dalam pulut. Gaul rata.
  3. Sendukkan pulut-ubi ke dalam pinggan dan beberapa ketul ubi.
  4. Sudukan kelapa parut ke atas ubi rebus.
  5. Sudukan sedikit sambal tumis di tepi pinggan.
  6. Letakkan seekor ikan kering goreng di atas pulut.
  7. Hidangkan.
** Gabungan pulut dan ubi kayu, apabila dimakan dengan ikan masin dan sambal tumis... Mmmmm... memang enak. Tambah pula ubi rebus yang dicicah dengan kelapa parut... Perghhhhh!!!! Mak mertua lalu kat depan pun kita buat dek aje... hahaha...



AIS KRIM NUTELLA

AIS KRIM NUTELLA

Bahan-Bahannya:
1 cawan full cream milk
1/3 cawan Nutella
Acuan ais krim

Cara-caranya:

  • Masukkan full cream milk dan Nutella ke dalam mengisar makanan (blender). Kisar hingga sebati.
  • Tuangkan adunan ke dalam acuan ais krim.


  •  Masukkan ke dalam freezer hingga beku.
  • Hidangkan. Mudah kan??
Selamat mencuba....

 


Monday, 4 November 2013

BAKSO

BAKSO
Bahan-Bahannya: (untuk 7 - 8 orang)

1/2 bungkus bihun - dicelur hingga lembut dan disejatkan
1 bungkus mee kuning - dicuci 3 kali, dicelur sebentar aje dan disejatkan
50 sen taugeh
1/4 buku kobis - dihiris halus
Daun sup - diracik halus
Daun bawang - diracik halus
3sudu makan lada sulah/lada putih biji - dikisar kering hingga halus

Bahan Untuk Kuah:
1 kilo tulang lembu
1 bungkus rempah sup tulang ADABI
1 bungkus rempah sup bunjut ADABI
2 batang serai - dititik
2 helai daun salam (ini kalau ada. Saya gantikan dgn daun bay kering)
10 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
5 biji buah keras
1 inci halia
2 sudu teh serbuk lada sulah (ambil dari yang dikisar di atas)
Garam
Serbuk perasa


Bahan Untuk Bebola Daging:
500 g daging cincang
3 biji bawang merah - diracik halus
2 ulas bawang putih - diracik halus
50 g tepung ubi/ tepung jagung
1 biji putih telur
Sedikit serbuk lada sulah
Sedikit garam

Cara-caranya:

  1. Gaulkan semua bahan untuk bebola hingga sebati.
  2. Bulat-bulatkan adunan daging hingga habis. 
  3. Simpan lebih kurang sejam dalam peti ais.
Cara-cara Untuk Kuahnya:
  1. Rebus tulang lembu, rempah sup tulang dan rempah sup bunjut hingga dagung pada tulang empuk.
  2. Tumbuk lumat halia, buah keras, bawang merah dan bawang putih.
  3. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan tumbuk dan serbuk lada sulah  hingga wangi.
  4. Masukkan ke dalam periuk sup dan teruskan merebus hingga mendidih.
  5. Masukkan bebola daging tadi. Biarkan masak hingga bebola daging timbul.
  6. Masukkan garam dan serbuk perasa.
  7. Masukkan sedikit daun sup dan daun bawang.
  8. Tutup api dan hidangkan

Bahan Untuk Sambal Kicap:
25 biji cili api
2 - 3 ulas bawang putih
Kicap pekat manis

Cara Memasak:
  1. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan semua cili dan bawang putih. Tutup segera kuali anda. 
  2. Bila sudah tiada lagi letupan dalam kuali, alihkan tudung kuali dan kacau cili supaya masak rata. 
  3. Bila semua cili dah layu, angkat dan ke tepikan. (Ada petua supaya dipatahkan sikit cili tu sebelum digoreng supaya tidak meletop tapi saya kadang-kadang tu malas. Tutup ajelah kuali tu dengan tudung periuk. hahaha...)
  4. Masukkan cili goreng tadi ke dalam lesung dan tumbuk hingga lumat.
  5. Masukkan cili tumbuk ke dalam mangkuk dan curahkan kicap manis. Kacau rata.
  6. Sedia untuk dihidangkan.