Thursday, 19 September 2013

DALCA AYAM

DALCA AYAM
Bahan-bahannya:
1 mangkuk isi ayam - dipotong dadu
1 cawan santan
2 genggam kacang dal - rebus hingga empuk
1 biji cili hijau - potong 1 inci
1 biji kentang - belah 12
1 biji karot- potong mancis
3 biji kacang panjang - potong 1 1/2 inci
1 biji terung bulat - belah 6
1 biji tomato - belah 4
3 sudu makan rempah kari daging
1 bunga lawang
3 biji buah pelaga
1 batang kulit kayu manis
2 tangkai daun kari
2 keping asam gelugor

Bahan tumbuk:
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
Cara memasak:


  1. Tumis bunga lawang, buah pelaga dan kulit kayu manis.
  2. Masukkan bahan tumbuk. tumis hingga wangi.
  3. Masukkan rempah kari daging, daun kari, cili hijau dan sedikit air. Tumis hingga rempah masak dan terbit minyak.
  4. Masukkan isi ayam. Tumis sebentar dan masukkan kacang dal, santan, asam gelugor, kentang dan sedikit air. Masak hingga ayam dan kentang empuk.
  5. Masukkan semua sayur-sayuran. Masak hingga sayur masak. Masukkan garam dan serbuk perasa. 
  6. Tutup api. Sedia untuk dihidangkan.


Monday, 16 September 2013

CUCUR JAGUNG

CUCUR JAGUNG
Bahan-bahannya:
3 tongkol jagung - dihiris untuk pisahkan biji dari tongkolnya
3 cawan tepung gandum
2 cawan air
sebiji telur
2 sudu teh garam
3 sudu makan gula

Cara-caranya:

  1. Masukkan setengah dari jagung, air, garam, gula dan telur ke dalam mesin kisar (blender). Kisar halus.
  2. Masukkan bahan kisar ke dalam tepung sedikit demi sedikit sambil digaul hingga dapat adunan yang sesuai untuk buat cucur, Jika terlalu pekat, boleh tambah lagi air dan gaul rata. (Jika inginkan cucur udang yang sedikit pedas, bolehlah campurkan 1 atau 2 sudu makan cili kering kisar).
  3. Masukkan pula baki biji jagung tadi. Gaul rata.
  4. Panaskan 2 hingga 3 cawan minyak dalam kuali. Jemputkan adunan cucur dan masak hingga warna keemasan.
  5. Ulang langkah 3 hingga adunan habis.
  6. Hidangkan.


Sunday, 15 September 2013

SAMBAL TEMPOYAK


SAMBAL TEMPOYAK
Bahan-Bahannya:
Segenggam cili api
1 1/2 sudu teh garam
2 sudu makan tempoyak

Cara-caranya:

  1. Tumbuk cili api dan garam hingga lumat.
  2. Masukkan tempoyak dan gaul rata.
  3. Hidangkan. 


Saturday, 14 September 2013

MASAK LEMAK PUCUK GETI / PUCUK TURI

MASAK LEMAK PUCUK GETI / PUCUK TURI 
Bahan-bahannya:
1 ikat pucuk geti - pisahkan ranting dari pucuk dahan, cuci, ambil beberapa ranting dan simpulkan. Lakukan hingga habis.
1 biji keledek (sederhana besar) - kupas, dipotong dadu besar dan direbus hingga empuk. Buang air rebusan keledek.
1 biji bawang besar - mayang nipis
3 ulas bawang putih - hiris nipis
1 biji cili merah - hiris nipis
1 sudu makan ikan bilis
2 cawan santan pekat
2 cawan air
Garam
Serbuk perasa

Cara-caranya:

  1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk. 
  2. Masak hingga mendidih dan pucuk geti layu. (pastikan sentiasa dikacau supaya santan tidak pecah lemak.
  3. Tutup api. Hidangkan. 


Thursday, 12 September 2013

IKAN MERAH GORENG BERLADA

IKAN MERAH GORENG BERLADA
Bahan-bahannya:
3 keping isi ikan merah - dipotong dua
2 sudu teh kunyit serbuk
2 sudu teh garam
4 sudu makan cili kering kisar
2 sudu teh asam jawa - dicampur dgn 1/2 cawan air untuk dijadikan paste
1 biji bawang besar - potong bulat
1 biji cili merah - hiris memanjang
1 batang serai - dititik

Bahan Tumbuk Lumat:
1 inci halia
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
1 sudu makan udang kering (boleh juga kalau nak guna belacan)

Cara-caranya:

  1. Gaul ikan dengan garam kunyit. Goreng hingga masak. Ke tepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak. Tumis bahan tumbuk dan serai hingga wangi.
  3. Masukkan cili kisar. Tumis hingga pecah minyak dan agak garing.
  4. Masukkan air asam jawa. Kacau rata. Biar mendidih.
  5. Masukkan ikan goreng, bawang besar, cili merah, garam dan sedikit serbuk perasa. Gaul rata.
  6. Biarkan kuahnya agak pekat.
  7. Tutup api. Hidangkan.


Friday, 6 September 2013

LAKSA KEDAH

LAKSA KEDAH
Bahan-Bahannya: (Untuk 8 - 10 orang makan)
2 bungkus laksa - Kalau guna laksa basah, basuh laksa dan celur dengan air mendidih. Jika guna laksa kering, rendam laksa hingga lembut. Kemudian direbus hingga laksa betul2 lembut seperti arahan pada bungkusan laksa.

10 ekor ikan kembung
10 ekor ikan selayang (Ikan sardin)
18 - 20 keping asam gelugor
30 biji bebola ikan - dibelah dua  (pilihan... ini adalah olahan keluarga saya. Bila buat laksa mesti masukkan fishball...)
1 ikat daun kesom
3 kuntum bunga kantan
Garam
Perasa

Bahan Kisar (A):
2 biji bawang besar
3 inci belacan bakar
4 sudu makan cili kering kisar

Bahan Ulam:
1 ikat daun selom - di hiris
1 biji timun - dihiris mancis
Daun salad - dihiris
10 biji cili api - dipotong bulat
1 biji bawang besar - dimayang nipis
Telur - dibelah dua
Limau Kasturi - dibelah dua

Cara-caranya:

  1. Ikan dibuang kepala dan ekor. Dibersihkan. 
  2. Masukkan ikan ke dalam periuk. Masukkan air setakat paras ikan sahaja. Masukkan 10 keping asam gelugor. Rebus ikan hingga mendidih dan ikan masak. Sejukkan.
  3. Asingkan isi ikan dan tulang. Isi ikan dimasukkan ke dalam blender. Masukkan air hingga 3/4 penuh. Kisar halus.
  4. Tapiskan air rebusan ikan tadi (untuk pastikan tiada tulang tertinggal dalam air rebusan ikan tadi). Masukkan ke dalam periuk.
  5. Masukkan ikan kisar ke dalam periuk yang sama.
  6. Masukkan tulang ikan rebus tadi ke dalam blender. Masukkan air sehingga 3/4 penuh. Kisar. Tapiskan air tulang yang dikisar tadi. Buang tulang ikan. Air tulang ikan dimasukkan ke dalam periuk.
  7. Masukkan bahan kisar (A) ke dalam periuk.
  8. Tambah air sebanyak 3/4 penuh blender ke dalam periuk.
  9. Masukkan 8 keping asam gelugor. (Kalau kurang masam, boleh tambah lagi asam gelugor). Masak hingga mendidih.
  10. Masukkan daun kesom, bunga kantan dan fishball. Masak lagi hingga mendidih.
  11. Masukkan garam dan bahan perasa secukupnya. Kacau rata.
  12. Tutup api. Hidangkan.