Wednesday, 23 December 2015

CHILI CRAB

CHILI CRAB
Bahan-Bahan:
1 kg ketam -dibuang kulit keras dan dicuci
6 ulas bawang putih - ditumbuk lumat
4 sudu makan cili kering kisar
4 sudu makan sos cili
4 sudu makan sos tomato
2 cawan air
2 biji telur - dikacau rata
2 sudu teh cuka masakan
1 sudu makan tepung jagung - dibancuh dengan sedikit air
garam
gula
1 pokok daun bawang - potong 1 inci panjang

Cara-caranya:

  1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bawang putih hingga wangi.
  2. Masukkan cili kering, tumis hingga pecah minyak.
  3. Masukkan sos cili dan sos tomato. Tumis hingga pecah minyak.
  4. Masukkan air, cuka, gula dan garam. Kacau rata.
  5. Masukkan ketam. Gaul rata. Tutup tudung kuali. Biarkan hingga ketam masak.
  6. Bila ketam dah masak, masukkan telur. Biarkan dalam 10 saat, baru dikacau dan dibalik-balikkan ketam hingga terpalut sos. 
  7. Masukan bancuhan tepung jagung dan daun bawang. Kacau rata.

 Tadaaaaa!!! Dah siap.


Tuesday, 22 December 2015

LASAGNA

LASAGNA
Bahan-bahannya:
Kulit Lasagna Segera - boleh didapati di pasaraya bahagian Pasta

Utk kuah merah:
2 tin sos pasta cendawan Adabi.
2 biji bwg besar - cincang halus
1 tin cendawan butang - hiris nipis
1 bungkus daging kisar Ramly
Oregano
Mixed herbs

Cara: 
  1. Panaskan sedikit minyak zaitun. Tumis bawang besar hingga wangi.
  2. Masukkan daging kisar. Masak hingga daging tukar warna. 
  3. Masukkan cendawan butang. Gaul rata. 
  4. Masukkan sos pasta, kacau rata dan mendidih. 
  5. Masukkan garam, Oregano dan Mixed herbs. Ketepikan 

Bahan Sos putih:
500 ml susu segar/susu UHT
1biji bawang besar - cincang halus
1 ulas bawang putih - ditumbuk lumat
1 helai daun bay
4 sudu makan Butter
3 sudu makan tepung gandum
1 sudu teh serbuk buah pala (nutmeg powder)

Cara-caranya:

  1. Dalam periuk, masukkan susu segar, bwg besar , bwg putih tumbuk dan  daun bay. Masak guna api perlahan hingga terbentuk buih2 kecil di tepi periuk. Dlm 10 minit. Tapis susu.
  2. Dalam kuali atau periuk kecil, dipanaskan Butter hingga cair. Masukkan tepung gandum. Kacau cepat2 hingga jadi pes tepung. Tutup api. Masukkan susu tadi. Kacau guna wisker telur hingga dapat krim yg licin. Dipanaskan semula guna api perlahan, masukkan nutmeg power dan garam. Ketepikan.

Didihkan air dlm periuk, masukkan sikit minyak zaitun. Rebus kulit lasagna dlm 10 minit. Sejatkan.

Cara melapis:

  1. Dipanaskan oven pd suhu 180'C 
  2. Griskan loyang. Masukkan sekeping kulit lasagna. Ratakan sos merah, pastu ratakan sos putih. Pastu taburkan mozarella cheese. 
  3. Letak lg sekeping kulit lasagna. Ulang melapis hingga 4 lapisan.. 
  4. Bakar dlm oven selama 40 minit.



Sunday, 13 December 2015

GULAI DAGING BATANG PISANG NOXXA

GULAI BATANG PISANG
Bahan-bahannya
500 g daging - dipotong kiub. Lagi sedap kalau yang ada lemak-lemak sikit.
1/2 kg empulur batang pisang - dipotong 1 inci panjang dan dibuang tali-talinya, terus rendam dalam air untuk mengelakkan ia jadi lebam.
1 cawan santan pekat
3 cawan air
1 sudu makan kerisik
1 peket kecil rempah kari daging
2 pelepah daun kari

Bahan Tumbuk:
1 inci halia
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar

Cara:

  1. Bubuh sedikit minyak dalam inner pot. Set stir fry. Tumis bahan tumbuk hingga wangi. Masukkan daun kari dan pes kari. Tumis hingga pecah minyak.
  2. Masukkan daging, gaul rata. Masukkan 3 cawan air.
  3. Set HP 20 minit. Bila cukup masa, lepaskan pressure.
  4. masukkan batang pisang dan kerisik. HP 10 minit. Cukup masa, lepaskan pressure.
  5. Set stir fry. Masukkan 1 cawan santan pekat. Bila mendidih, masukkan garam dan serbuk perasa. Gaul rata. Siap.


NASI DAGING NOXXA


NASI DAGING NOXXA

Memasak nasi daging jadi mudah dengan PC Noxxa dan perencah Nasi Daging IMAN (gambar perencah Nasi Daging Iman lupa nak ambik, saya ambik gambar perencah Masak Hitam Kashmir IMAN)
  1. 1 kg daging - dadu besar (anggaran 2 inci). HP 40 minit
  2. Set stir fry. Tumis perencah Nasi Daging hingga pecah minyak. 
  3. Masukkan air rebusan daging secukupnya. (1kg = 8 cwn beras basmathi, air 10 atau 11 cwn. Guna cwn PC). Biarkan air mendidih.
  4. Off kan PC. Masukkan beras basmathi dan daging rebus. Kacau rata.
  5. Set LP 7 minit. Cukup 7 minit, release pressure. Gemburkan nasi guna garpu kayu. Then keep warm.




DAGING MASAK KICAP BLACK PEPPER NOXXA


DAGING MASAK KICAP BLACK PEPPER NOXXA
Bahan:
500g daging batang pinang
10 sudu makan kicap lemak masin
1 biji bawang besar - hiris bulat
2 biji cili merah - hiris kulitnya memanjang
Serbuk perasa

Bahan Tumbuk Lumat:
Segenggam rapat lada hitam biji
1 inci halia
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar saiz sederhana

Cara:
  1. Gaul bahan tumbuk dan kicap bersama daging hingga rata. Perap sebentar (20 - 30 minit).
  2. Masukkan sedikit minyak ke dalam periuk. Set stir fry.
  3. Masukkan daging yang diperap tadi. Kacau hingga keluar semua air dagingnya. Offkan.
  4. Tukar ke HP 25 minit. Cukup 25 minit, lepaskan pressure.
  5. Set stir fry. Masukkan bawang besar hiris, cili merah dan serbuk perasa. Kacau rata. Masak hingga bawang dan cili layu serta kuah agak pekat.
  6. Siap untuk dihidangkan.



KARI DAGING NOXXA

KARI DAGING NOXXA

Bahan:
500g Daging Batang Pinang
4 sdm serbuk kari daging - campur sedikit air hingga menjadi pes
2 tangkai daun kari
1 cawan santan pekat
1 1/2 - 2 cwn air - ikut byk mana nak kuahnya
2 biji kentang - kupas & belah 4

Bahan Tumis:
1 btg kulit kayu manis
4 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih

Bahan Tumbuk/Hiris Nipis:
1 inci halia
3 ulas bwg putih
1 biji bwg besar

Cara:
  1. Set stir fry, masukkan sedikit minyak. Tumis bahan tumis hingga wangi.
  2. Masukkan bahan tumbuk/hiris. Tumis hingga wangi dan berwarna perang. Masukkan daun kari dan pes kari. Tumis hingga pecah minyak.
  3. Masukkan air. Tutup periuk. Set HP 25 minit. Cukup masa, release pressure.
  4. Masukkan kentang. Set HP 5 minit. Cukup masa, release pressure.
  5. Set stir fry. Masukkan santan pekat. Masak hingga mendidih.
  6. Masukkan garam dan serbuk perasa. Biarkan mendidih sekejap lagi.
  7. Set warm. Bila dah habis proses mendidih, baru tutup tudung periuk. Biarkan aje terus warm.

BUBUR NASI NOXXA

BUBUR NASI NOXXA

Bahan-bahan:
2 cawan beras
1/2 inci halia - hiris nipis
1 cawan isi ayam - potong dadu
6 cawan air
Sedikit garam

Cara-cara:
Campur semua. HP 25 minit


AYAM MASAK UNGKEP NOXXA

AYAM MASAK UNGKEP NOXXA

Bahan-bahannya:
1 ekor ayam
3 helai daun limau purut
2 keping asam gelugor
Garam
Serbuk perasa

Bahan kisar:
25 biji cili kering - rebus dan cuci bersih.
3 ulas bawang putih
1 1/2 biji bawang besar
1 inci halia
1 inci lengkuas
2 batang serai - racik nipis
1 inci kunyit hidup
2 sudu makan biji ketumbar
1 sudu makan jintan manis
1 sudu teh jintan putih

Cara-cara:
  1. Masukkan minyak ke dalam periuk inner. Set stir fry. Biarkan minyak panas. Masukkan bahan kisar. Tumis hingga pecah minyak.
  2. Masukkan ayam. Gaul rata. Masukkan secawan air, daum limau purut dan asam keping. Offkan.
  3. Set HP 7 minit. Cukup masa, release pressure.
  4. Set stir fry. Masukkan garam danperasa. Biarkan hingga kuah agak pekat.
  5. Biarkan warm.

Tuesday, 1 December 2015

AYAM GORENG BEREMPAH

AYAM GORENG BEREMPAH
Bahan-Bahannya:
1/2 ekor ayam - potong ikut suka
2 sudu makan serbuk kari daging
1 sudu makan cili kering kisar
5 helai daun limau purut - dihiris halus
Garam

Bahan kisar halus: (atau boleh guna serbuk)
1 sudu makan jintan manis
2 sudu makan ketumbar biji
1 sudu teh jintan putih

Bahan kisar kasar:
3 biji bawang besar saiz sederhana
2 ulas bawang putih
2 inci halia - dihiris
2 inci lengkuas - dihiris
2 inci kunyit hidup -dihiris
2 batang serai - dihiris

Cara-Caranya:

  1. Beersihkan ayam dan toskan airnya.
  2. Gaul semua bahan dengan ayam.
  3. Perap ayam selama 1 jam atau lebih... lagi lama perap lagi sedap...(perap dalam peti ais)
  4. Panaskan minyak yang banyak dalam kuali. Goreng ayam terendam dengan api sederhana besar (deep fry).
  5. Angkat ayam bersama dengan rempah-rempahnya sekali dan toskan.
  6. Hidangkan ayam panas-panas.