Bahan-Bahan:
1 kg ketam -dibuang kulit keras dan dicuci
6 ulas bawang putih - ditumbuk lumat
4 sudu makan cili kering kisar
4 sudu makan sos cili
4 sudu makan sos tomato
2 cawan air
2 biji telur - dikacau rata
2 sudu teh cuka masakan
1 sudu makan tepung jagung - dibancuh dengan sedikit air
garam
gula
1 pokok daun bawang - potong 1 inci panjang
Cara-caranya:
- Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bawang putih hingga wangi.
- Masukkan cili kering, tumis hingga pecah minyak.
- Masukkan sos cili dan sos tomato. Tumis hingga pecah minyak.
- Masukkan air, cuka, gula dan garam. Kacau rata.
- Masukkan ketam. Gaul rata. Tutup tudung kuali. Biarkan hingga ketam masak.
- Bila ketam dah masak, masukkan telur. Biarkan dalam 10 saat, baru dikacau dan dibalik-balikkan ketam hingga terpalut sos.
- Masukan bancuhan tepung jagung dan daun bawang. Kacau rata.
Tadaaaaa!!! Dah siap.