Friday, 24 October 2014

MASAK LEMAK CILI API TELUR ITIK BERTOMATO

MASAK LEMAK CILI API TELUR ITIK BERTOMATO
Bahan-Bahannya:
4 biji telur itik - dicuci bersih dari segaka kekotoran
4 biji tomato - dibelah dua
2 batang serai - dititik
1 helai daun kunyit - disiat-siat
Semangkuk santan pekat
2 keping asam gelugor
Garam

Bahan Tumbuk Lumat:
Segenggam cili api
1 1/2 inci kunyit hidup
2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar

Cara-caranya:

  1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali (saya guna kuali supaya mudah nak mengendalikan telur nanti). Tumis bahan tumbuk dan serai hingga wangi.
  2. Masukkan santan (jika pekat sangat, boleh tambah sedikit air).
  3. Masukkan asam gelugor dan daun kunyit. Kacau selalu hingga mendidih untuk mengelakkan santan pecah.
  4. Bila sudah mendidih, kecilkan api sedikit. Pecahkan telur itik sebiji demi sebiji di tempat yang berlainan. (Waktu ini, masakan jangan dikacau supaya telur tidak hancur)
  5. Masukkan tomato. Biarkan mendidih sebentar.
  6. Bila sudah nampak tomato layu sedikit, kacau perlahan-lahan sudip pada dasar kuali untuk melengkangkan telur dari kuali. 
  7. Masukkan garam dan sedikit serbuk perasa.
  8. Tutup api dan hidangkan.



Monday, 20 October 2014

ROTI BAKAR - TELUR SEPARUH MASAK

ROTI BAKAR - TELUR SEPARUH MASAK
Bahan-Bahannya:
2 keping roti - bakar
2 biji telur - rebus separuh masak
1 sudu makan jem - Perisa ikut sukahati
1 sudu makan butter

Cara-Cara Rebus Telur Separuh Masak:

 Didihkan air secukupnya supaya telur terendam di dalam air.
Bila dah mendidih, slowkan api hingga paling minimum.
Set Timer pada handphone 4 minit 30 saat

 Masukkan telur serentak macam ni.
Start timer serentak dengan telur masuk dalam air. 
Tutup periuk.
Bila dah cukup masanya, masukkan telur ke dalam air paip (untuk memberhentikan proses memasak)

 Cadangan hidangan.

 Roti Bakar 

Secawan  Teh Tarik

 2 Biji Telur Separuh Masak

 Jem Roselle

YUMMY!!!!

Thursday, 9 October 2014

SAMBAL DAGING

SAMBAL DAGING
Bahan-Bahannya:
600 g daging - hiris nipis
5 sdm cili kering kisar
1 cawan air
Garam
Serbuk Perasa

Bahan Tumbuk:
1 inci halia
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar

Cara-caranya:

  1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk. Tumis bahan tumbuk hingga wangi dan kekuningan.
  2. Masukkan cili kisar. Tumis hingga pecah minyak dan agak garing.
  3. Masukkan daging, kacau supaya daging bersalut dengan sambal. (Guna api sederhana besar). Selepas 2 atau 3 minit, daging akan mengeluarkan air.Masak hingga air daging kering.
  4. Masukkan secawan air. Kacau rata. Bila kuah mendidih, kecilkan api dan tutup periuk. Biarkan daging mereneh hingga kuahnya pekat dan daging empuk. (Jika daging masih kurang empuk, boleh ditambah secawan air lagi dan biarkan mereneh dgn api yang perlahan).
  5. Masukkan garam dan serbuk perasa. Kacau rata.
  6. Tutup api dan hidangkan..