PUDING ROTI BAKAR BERKEJU
Bahan-Bahannya:
Roti Gardenia/ Roti Butterscotch
2 biji telur
1 tin susu cair
2 sudu makan gula
1 sudu teh esen vanila
2 sudu makan marjerin
4 keping keju cheesedale
Cara-caranya:
- Oleskan loyang dengan marjerin.
- Susun kepingan roti sebagai lapisan pertama hingga menutupi dasar loyang.
- Dalam mangkuk lain, masukkan telur, susu cair, gula, esen vanila dan marjerin. Pukul hingga kembang.
- Koyak-koyakkan kepingan roti dan rendam dalam bancuhan susu tadi. (Saya koyakkan 5 keping roti).
- Susun roti yang direndam tadi di atas lapisan roti tadi. Curahkan baki adunan susu di atas susunan roti tadi.
- Tabur kepingan keju cheesedale yang telah dikoyak-koyakkan.
- Bakar di dalam oven pada suhu 180'C selama 30 minit atau hingga puding masak. Caranya, cucuk lidi ke dalam puding dan lidi bersih apabila ditarik keluar.
- Sejukkan sebentar dan bolehlah dihidangkan.