Bahan-Bahan: (UNTUK AYAM)
1 ekor ayam - dipotong 4
2 kiub ayam ADABI
Bahan Perapan Ayam:
1/2 sudu makan jintan manis
1/2 sudu makan jintan putih
3 sudu makan ketumbar biji
1/2 sudu makan serbuk lada putih
1 sudu makan serbuk kari daging
1 sudu makan serbuk kunyit
3 ulas bawang putih
1 cm halia
1 sudu teh garam
Sedikit air
Sedikit minyak
1/2 cawan tepung beras
1 biji telur
Bahan Sampingan:
Tempe - dihiris nipis
Tauhu - dihiris nipis
Terung panjang - dihiris serong nipis
Cara-Caranya:
- Cuci ayam bersih-bersih. Rebus ayam dalam air yang secukupnya untuk masak nasi dan dibuat sup. Masukkan kiub ayam. Rebus hingga ayam empuk. Angkat ayam dan sejatkan. Ketepikan.
- Dalam kuali, sangai (goreng tanpa minyak) jintan manis, jintan putih dan biji ketumbar dengan api yang perlahan hingga naik harum. Masukkan bahan sangai, serbuk kari, serbuk kunyit, serbuk lada putih, halia, bawang putih, garam ke dalam mesin pengisar. Tambahkan sedikit air dan kisar hingga halus. Lumurkan bahan kisar pada ayam yang sudah direbus tadi. Perap selama 2 hingga 3 jam.. Nak sedap, perap semalaman.
- Lebihan bahan kisar akan digunakan untuk menyalut tempe, tauhu dan terung, diperap dalam bekas berasingan sebelum digoreng.
- Baki bahan perapan, dicampur dengan sedikit air,tepung beras dan telur. Jika kurang masin,boleh dimasukkan sedikit garam.
- Celup ayam yang diperap ke dalam adunan tepung beras, dan goreng terendam hingga warna kuning keemasan. Tak perlu goreng lama kerana ayam sudah masak. Angkat dan toskan.
- Baki adunan tepung celup ayam tadi, anda renjis-renjiskan dalam minyak yang panas dan goreng untuk mendapat keriuk-keriuk yang rangup.
*** Proses menggoreng boleh dilakukan setelah nasi, sambal penyet selesai disediakan.
*** Goreng tempe dahulu, diikuti oleh tauhu dan terung. Akhir sekali barulah goreng ayam menggunakan baki minyak gorengan tempe, tauhu dan terung tadi. Goreng ayam apabila masakan hendak disajikan untuk mendapat ayam goreng yang panas-panas.
4 cawan beras
3 ulas bawang putih - hiris nipis
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
5 1/2 cawan air rebusan ayam
2 helai daun pandan - disimpul
Sedikit marjerin/butter
Garam secukup rasa
Cara-Caranya:
- Bersihkan beras dan toskan.
- Di dalam periuk nasi, cairkan marjerin. Tumis kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, bawang putih dan daun pandan hingga wangi.
- Masukkan beras dan goreng selama 3 hingga 5 minit.
- Masukkan air rebusan ayam dan garam. Kacau rata dan masak nasi seperti biasa hingga nasi masak sempurna.
- Gemburkan nasi, tabur sedikit bawang goreng dan keep warm.
Air rebusan ayam
1 sup bunjut
1 batang serai - dititik
1 inci halia - dihiris nipis
Daun sup dan daun bawang - dihiris
Bawang goreng
Cara-Caranya:
- Panaskan semula baki air rebusan ayam.
- Tambah sup bunjut, serai dan halia. Masak hingga mendidih.
- Perasakan dengan garam. Taburkan daun sup dan daun bawang. Tutup api.
- Bila hendak dihidangkan, taburkan sedikit bawang goreng.
Tauhu dan Tempe Goreng
Terung Goreng
Bahan-Bahan: (UNTUK SAMBAL PENYET)
10 biji cili padi - dipatah 2
10 biji cili merah - dipatah 2 atau 3
4 biji bawang besar - belah 4
3 ulas bawang putih
5 biji buah tomato - belah 4
5 cm belacan bakar
2 sudu makan ikan bilis
1 keping gula melaka (anggaran 3 sudu makan)
sedikit minyak
Limau nipis
Cara-Caranya:
- Panaskan minyak dalam kuali. Goreng ikan bilis hingga garing. Angkat dan ketepikan.
- Dengan minyak yang sama, goreng cili api, cili merah,bawang besar, bawang putih dan tomato hingga layu. Angkat dan ketepikan.
- Apabila bahan gorengan sudah agak sejuk, masukkan ke dalam mesin pengisar, begitu juga ikan bilis goreng dan belacan. Masukkan sedikit minyak masak untuk menggantikan air ke dalam mesin pengisar. Kisar hingga halus.
- Masukkan bahan kisar ke dalam kuali dan tumis hingga harum dan pecah minyak.
- Masukkan gula melaka dan garam. Kacau rata.
- Tutup api. Apabila hendak dihidangkan,perahkan jus limau nipis.
Tarrraaaaaaaaaaaa............!!!!!