Bahan-bahannya: (Loyang 7 inci)
1 cawan tepung beras
2 sudu makan tepung gandum
2 sudu makan tepung jagung
2 cawan santan
1/2 cawan gula
1/4 sudu teh garam
pewarna merah
Langkah-langkahnya:
- Didihkan air dalam periuk kukus.
- Sementara itu, balut loyang dengan kertas aluminium.
- Masukkan 1 sudu teh minyak masak ke dalam loyang dan oles rata. Tujuannya supaya kuih tidak melekat.
- Masukkan semua bahan kecuali pewarna merah ke dalam mangkuk dan kacau rata.
- Kemudian masukkan adunan ke dalam blender dan kisar hingga adunan sebati. Tujuan dikisar supaya tepung tidak bergentel.
- Bahagi dua adunan tepung tadi.
- Satu bahagian dimasukkan pewarna merah. Kacau rata.
- Masukkan loyang ke dalam pengukus. Masukkan 1 senduk sayur adunan berwarna putih. Ratakan. Masak selama 2 minit.
- Masukkan pula 1 senduk sayur adunan merah. Ratakan. Masak selama 2 minit.
- Buatlah selapis demi selapis hingga adunan tepung habis.
- Lapisan terakhir dimasak selama 20 minit.
- Keluarkan loyang dari periuk kukus dan sejukkan, baru dipotong dan dihidangkan.
7 comments:
dulu mak mertua ada ajar saya buat kuih lapis ni, tapi lps tu tak ulang buat, saya lupa cara membuatnya.terima kasih kerana kongsi resepi ini..:)
sama-sama Cik Matahariku..
Selamat mencuba ye...
Terima kasih kerana berkongsi resepi. Saya akan cuba dan maklumkan hasilnya kemudian.
Sedap kuih lapis ni mak saya panggil kuih genggang... jemput la singgah ke blog saya.... http://www.suemilie.blogspot.com/2015/06/kuih-genggang-resepi-emak.html?m=1
Dulu arwah emak mcm guna twpung gandum ajer. Tp masih boleh kopek lapis demi lapis
Terima kasih byk2 share resepi.
Saya bru lepas buat. Sedap. ��
Terimakasih kerana sudi share resepi kuih lapis ni.
Post a Comment