Thursday, 28 February 2013

AYAM MASAK MERAH 2


AYAM MASAK MERAH
Bahan-Bahannya:
1 ekor ayam - digaul garam dan kunyit, digoreng hingga masak
6 sudu makan cili kering kisar
5 sudu makan sup tomato KIMBALL
1/2 cawan susu cair/susu sejat
1 cawan air
1 kulit kayu manis
1 bunga lawang
2 buah pelaga
2 batang serai - dititik
2 helai daun pandan - disiat dan disimpulkan



Bahan tumbuk lumat:
1 inci halia
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih



Cara Memasak:

  1. Panaskan sedikit minyak, tumis buah pelaga, kulit kayu manis dan bunga lawang hingga wangi.
  2. Masukkan bahan tumbuk, daun pandan dan serai, tumis hingga wangi.
  3. Masukkan cili kering kisar, tumis hingga pecah minyak.
  4. Masukkan sup tomato, tumis hingga pecah minyak.
  5. Masukkan air, susu sejat, garam dan serbuk perasa. Kacau rata dan biarkan mendidih.
  6. Masukkan  ayam goreng. Kacau rata dan masak hingga kuah likat.
  7. Tutup api, taburkan bawang goreng dan sedia untuk dihidangkan.




NASI TOMATO



NASI MINYAK
Bahan-bahannya:
4 cawan beras basmathi - dicuci dan direndam selama 1/2 jam, kemudian disejatkan. (Kali ini saya guna beras biasa aje)
5 1/2 cawan air - (Kalau guna beras biasa, airnya ialah 4 cawan - ikut sukatan beras)
1 inci halia - hiris
1 cawan susu cair
5 sudu makan tomato sup KIMBALL
Gula, garam
2 helai daun pandan - dibelah dan disimpulkan
2 sudu makan planta
1 batang kulit kayu manis
2 bunga lawang




Bahan Tumbuk Lumat:
1 inci halia
2 biji bawang besar

Bahan Hias:
Biji Gajus
Bawang goreng
Kismis



Cara-caranya:

  1. Periuk nasi diletak di atas dapur gas. Cairkan planta.
  2. Tumis halia hiris, kulit kayu manis, bunga lawang dan daun pandan hingga wangi.
  3. Masukkan bahan tumbuk, tumis hingga wangi.
  4. Masukkan air,

    susu cair, sup tomato KIMBALL garam dan gula. Biarkan mendidih.
  5. Masukkan beras dan kacau rata. Alihkan periuk nasi ke bekasnya dan masak menggunakan elektrik seperti biasa.
  6. Tudungkan periuk dan biarkan hingga nasi tanak.
  7. Bila butang cooking dah naik, kacau nasi supaya gembur. (Masa ni mungkin nasi belum betul-betul tanak.)
  8. Taburkan biji gajus,kismis dan bawang goreng. Tudungkan periuk sebentar. Tekan butang cooking dan biarkan nasi betul2 tanak.
  9. Sedia untuk dihidangkan.




Saturday, 23 February 2013

RANGKA AYAM GORENG

HA! Rangka Ayam Goreng ni selalu kita jumpa di pasar-pasar malam.. Harganya berbeza-beza.. ada yang RM3.50 satu, malah ada juga yang berharga RM5.00 satu..
Apa kata kita buat sendiri.. ermmm.. puas makan kan?
Ok.. Jom! kita semak cara-caranya...

RANGKA AYAM GORENG
Bahan-bahannya:
4 rangka ayam
2 sudu teh garam
2 sudu makan rempah kari daging
2 biji telur
2 senduk (saya guna senduk nasi) tepung jagung
2 senduk tepung beras

Cara-caranya:

  • Cuci rangka ayam. Taburkan garam dan ratakan keseluruh ayam.
  • Masukkan serbuk kari daging dan gaul rata. (perapkan dalam peti ais selama 5 jam).


  •  Pecahkan telur dalam pinggan. (Gunakan bekas besar supaya mudah nak salut pada ayam). Kacau dengan garfu hingga rata.
  • Campurkan kedua-dua tepung dan gaul rata. (Juga gunakan bekas yang besar yang muat dimasukkan ayam)
  • Celupkan rangka ayam ke dalam telur.
  • Masukkan ayam ke dalam bekas tepung dan salut dengan tepung hingga rata.
  • Panaskan minyak yang banyak dalam kuali. Goreng tenggelam ayam yang sudah disalut tepung tadi hingga masak. (Gunakan api yang sederhana sahaja)
  • Sejatkan minyak pada ayam goreng. 
  • Hidangkan. Enak dimakan bersama-sama dengan sos cili atau sos tomato.


Sunday, 17 February 2013

NASI GORENG

NASI GORENG
Bahan-Bahannya:
1 mangkuk nasi sejuk - diramas-ramas supaya tidak bergumpal
1 biji karot - disagat
Ayam goreng (lebihan semalam) - di cincang
2 sudu makan cili kering kisar
3 sudu makan kicap lemak masin
Sawi - dipotong 1 inci (kali ni saya tak bubuh sebab tak ada dlm stok)

Bahan tumbuk:
3 ulas bawang putih
3 biji bawang besar
Segenggam ikan bilis

Cara-caranya:

  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bahan tumbuk dan cili kisar hingga pecah minyak dan agak kering.
  2. Masukkan garam dan sedikit serbuk perasa. Kacau rata.
  3. Masukkan ayam goreng, gaul rata.
  4. Masukkan sawi dan nasi sejuk. Gaul rata.
  5. Masukkan kicap dan karot. Kacau rata. 
  6. Bila dah rata, kecilkan api dan kacau nasi goreng sekali-sekala hingga nampak bumbu dan nasi goreng mesra serta berwap asap.
  7. Tutup api.
  8. Hidangkan bersama telur goreng mata kerbau, hirisan timun dan sambal belacan.


Saturday, 16 February 2013

PUDING JAGUNG KARAMEL


PUDING JAGUNG KARAMEL
Bahan-bahannya:
5 - 7 sudu makan gula
10 biji telur
1 tin susu sejat
1/2 tin susu pekat
1 tin jagung krim
1 - 2 sudu teh esen vanilla



Cara-caranya:

A.

  1. Didihkan air di dalam periuk kukus.
  2. Sementara itu, masukkan gula ke dalam loyang. (Saya guna loyang 9 inci)
  3. Dengan menggunakan api yang kecil, panaskan gula dalam loyang hingga cair dan berwarna keperangan. (Pastikan semasa memasak gula, ianya sentiasa dikacau supaya cair rata).
  4. Tutup api dan terus golek-golekkan loyang supaya air gula memenuhi dasar loyang. Ketepikan dan sejukkan. (Air gula akan mengeras).


B.
  1. Masukkan telur, susu sejat, susu pekat dan esen vanila ke dalam blender.
  2. Putar blender hingga adunan sebati, tak perlu hingga kembang.
  3. Masukkan jagung tin. blend kejap jer.
  4. Masukkan ke dalam loyang berisi gula tadi.
  5. Kukus selama 30 - 40 minit.
  6. Sejukkan sebentar dan terbalikkan ke dalam pinggan hidangan. Sedia untuk dinikmati.



TUMIS AIR PETOLA

TUMIS AIR PETOLA
Bahan-bahannya:
2 biji petola - dibuang kulit luar dan dipotong 1 inci
1 bungkus suun - direndam hingga lembut dan dipotong 2 inci
sedikit udang sayur
2 cawan air
1 biji cili merah - dihiris serong

Bahan hiris nipis:
2 ulas bawang putih
1 biji bawang merah

Cara-caranya:

  1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk. tumis bahan hiris hingga wangi.
  2. Masukkan air dan udang. Biarkan mendidih.
  3. Masukkan petola dan cili merah. Biarkan mendidih dan petola layu.
  4. Masukkan garam. 
  5. Masukkan suun. Gaul rata dan terus tutup api
  6. Hidangkan.


KARI DAGING BERKERISIK

KARI DAGING BERKERISIK
Bahan-bahannya:
600g daging batang pinang - hiris nipis
4 sudu makan rempah kari daging
2 sudu makan kerisik
2 biji kentang - belah 4
2 cawan santan pekat
2 cawan santan cair
3 pelepah daun kari
1 batang kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
1 bunga lawang

Bahan tumbuk lumat"
1 inci halia
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar

Cara Memasak:

  1. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bunga lawang, kulit kayu manis dan buah pelaga hingga wangi.
  2. Masukkan bahan tumbuk, tumis hingga wangi.
  3. Masukkan rempah kari dan daun kari, tumis hingga pecah minyak.
  4. Masukkan daging, gaul hingga keluar air daging. Masak lagi hingga air daging agak kering.
  5. Masukkan kentang, santan cair dan santan pekat. Masak hingga daging empuk. Jika kurang kuahnya, boleh tambah air lagi.
  6. Masukkan kerisik, garam dan sedikit serbuk perasa. Masak hingga kuah agak likat.
  7. Tutup api. Sedia untuk dihidangkan.