Showing posts with label AIS KRIM. Show all posts
Showing posts with label AIS KRIM. Show all posts

Thursday, 16 January 2014

AIS KRIM KACANG MERAH

AIS KRIM KACANG MERAH
Bahan-Bahannya:
2 cawan susu segar full cream
1 tin kacang merah - sejatkan airnya
5 sudu makan susu pekat - boleh tambah atau kurangkan susu pekat ikut manis yang digemari
1/2 sudu teh pewarna merah (pilihan)

 Cara-caranya:

  1. Masukkan semua bahan ke dalam blender.
  2. Kisar hingga kacang halus.
  3. Masukkan ke dalam acuan ais krim.
  4. Masukkan ke dalam freezer hingga beku.

 Nyum! Nyum!


Monday, 16 December 2013

AIS KRIM JAGUNG

AIS KRIM JAGUNG
Bahan-Bahannya:
2 cawan susu Full Cream Dutch Lady
2 sudu makan susu pekat
4 sudu makan pati jagung (saya guna pati jagung untuk buat air tu)

Cara-caranya:

  • Gaulkan semua bahan hingga sebati. Saya guna blender je. Sebab tu berbuih-buih atasnya tu. So, sila abaikan buih-buih tu ye... hahaha.


  •  Tuangkan ke dalam acuan ais krim.
  • Sejukkan semalaman atau selama 5 jam.
  • Nikmatilah bila sudah beku..
*** Nak mudah keluarkan ais krim dari acuannya, letakkan dasar dan tepi-tepi acuan tu pada aliran air paip. Macam kita nak keluarkan ais tu... Hingga kita boleh keluarkan ais krim tu lah... Apa lagi... Ais krim dah keluar dari acuan... Ngap lah... hihihi...



Thursday, 14 November 2013

AIS KRIM NUTELLA

AIS KRIM NUTELLA

Bahan-Bahannya:
1 cawan full cream milk
1/3 cawan Nutella
Acuan ais krim

Cara-caranya:

  • Masukkan full cream milk dan Nutella ke dalam mengisar makanan (blender). Kisar hingga sebati.
  • Tuangkan adunan ke dalam acuan ais krim.


  •  Masukkan ke dalam freezer hingga beku.
  • Hidangkan. Mudah kan??
Selamat mencuba....

 


Thursday, 8 November 2012

AIS KRIM DRUMSTICK

 JOM! Kita buat projek ais krim ala-ala ais krim cornetto atau drumstick... Best juga ni...

AIS KRIM DRUMSTICK
Bahan-bahannya:
1 tin susu cair
1/2 tin susu pekat - boleh dikurangkan jika tidak mahu manis
1 sudu besar ovellete
1 biji telur
1 sudu teh serbuk vanila/ esen vanila

Cara-caranya:
 Balutkan kon ais krim dengan kertas bungkus nasi lemak yang dipotong 4 bahagian. (bahagian yang licin diletak sebelah dalam ye..)

 Campurkan semua bahan dalam mangkuk.

 Pukul guna speed maksimum selama 20 minit. Ha... sekarang adunan sudah berbuih...

 Di minit yang ke 20, adunan akan jadi seperti ais krim yang cair macam ni... Gebu kan?

 Tuangkan ais krim ke dalam kon yang sudah dibalut tadi. Tuang adunan tu hingga hampir penuh kelonsong tu. Tinggalkan sedikit ruang untuk coklat ganache nanti.
Masukkan ke dalam peti ais hingga ais krim beku.

 Bila ais krim dah beku, kita buat coklat ganache nya.
Cairkan coklat masakan + sedikit susu UHT / UHT whipping cream/ susu cair secara double boiling ( didihkan sedikit air kemudian masukkan coklat masakan dan susu dalam bekas tahan panas lain, letak atas periuk berisi air mendidih tadi, supaya coklat cair. Kacau hingga coklat cair sekata.) Alihkan dari api, masukkan sesudu mentega cair dan kacau sebati. Sejukkan sebentar.

 Tuang coklat ganache tadi ke atas ais krim yang sudah beku dan bolehlah dihias dgn taburan kacang tanah atau kacang badam yang telah disangai ataupun coklat rice....
Masukkan ke dalam peti ais hingga coklat beku.


Inilah hasilnya... NYUM! NYUM!

Wednesday, 6 June 2012

HOMEMADE VANILLA_YAM ICE CREAM

Bahan A:

1/2 tin susu pekat - (kalau tak suka manis, boleh kurangkan)

1 tin susu cair

1 sudu makan ovellete

1 biji telor

1 sudu teh vanilla

Bahan B:

Perasa/ pewarna keladi/strwberry/coklat (ikut suka dan kreativiti masing2)

** boleh hias ikut kegemaran masing-masing


CARA-CARANYA
  • Campurkan semua bahan A dan pukul guna mixxer hingga gebu (mula2 guna speed perlahan, kemudian paling laju...masa untuk mix lebih kurang 15 - 20 minit))
  • Tuang sebahagian kedlm bekas ais krim.



  • Sebahagian lagi campurkan dgn perisa keladi, putar sebentar hingga sebati.


  • Masukkan ke dlm bekas ais krim tadi, kacau dengan sudu hingga membentuk 
        corak.


  • 5. Masukkan ke dlm freezer semalaman... dan nikmatilah... :)




Tuesday, 5 June 2012

FRIED ICE CREAM/ AIS KRIM GORENG


FRIED ICE CREAM/ AIS KRIM GORENG

Bahan-bahan:

10 keping roti putih

5 scope aiskrim (apa2 perisa)

Plastik wrap ( untuk balut roti) - nak guna tuperware/tipuware pun boleh

Serbuk roti/bread crump

1 biji telur - kacau rata (kalau tak cukup guna 2 biji)

Minyak





Cara-cara:
  1. Gelek roti tu supaya agak nipis.
  2. Skopkan aiskrim ke atas roti.
  3. Tutupkan aiskrim dgn sekeping roti lagi.
  4. Tekan roti menggunakan cawan plastik supaya roti terputus (Pastikan roti bercantum
    supaya aiskrim tidak meleleh keluar).
  1. Celup dalam telur dan golekkan dalam bread crump.
  2. Balut dengan plastik pembalut dan simpan dalam frezeer selama semalaman. 
    (Kalau saya, buat byk2 pastu simpan dlm fridge lama2.. bila teringin nak mkn, terus 
    goreng.) 
  1. Keluarkan dari tempat pembeku dan goreng dalam minyak yang panas hingga 
    kuning keemasan. Jangan lama, paling kurang 1-2min sahaja tp pastikan minyak 
    sudah betol2 panas.




Friday, 1 June 2012

DO IT YOURSELF AIS KACANG

Dengan cuaca yang panas sekarang membuatkan saya terbayang2 sesuatu yang menyejukkan. Terbayang ais kacang (ABC) tapi untuk keluar membeli, rasa malas pulak.. Nak kena bersiap, bertudung, memandu.. iskh! iskh! rasa macam tak berbaloi... Akhirnya datang idea ni.. Mari saya tunjukkan langkah2nya ye..


Langkah 1: Bekukan air sirap sehingga menjadi ais. Seelok2nya bekukan selama 24 jam. Buatlah manis sikit ye..


Langkah 2: Setelah beku, sagat ais dengan menggunakan 
                   garfu.


Langkah 3: Sudukan jagung krim, kacang merah dan 
                  cincau ke dalam mangkuk.


Langkah 4: Masukkan ais sagat ke dalam mangkuk dan 
                  masukkan jagung krim, kacang merah dan 
                  cincau di atas lapisan ais sagat tadi.


Langkah 5: Buatlah beberapa lapisan lagi, siram dengan 
                  susu pekat, dan hiaskan dengan ais krim.


Langkah 6: Tambahlah berapa banyak bahan yang anda suka dan nikmati kesejukannya... Yummy...


Selamat Mencuba Ye Kawan2...