Saturday 27 December 2014

RENDANG PEDAS UDANG

RENDANG PEDAS UDANG
Bahan-Bahannya:
600g udang saiz besar/sederhana besar
5 sudu makan cili kering kisar
1 mangkuk santan
1 sudu makan kerisik
3 helai daun limau purut
garam
serbuk perasa

Bahan Kisar:
3 batang serai
1 inci lengkuas
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar

Cara-caranya:

  1. Masukkan semua bahan kecuali udang, garam dan serbuk perasa ke dalam kuali.
  2. Didihkan. Kacau sesekali supaya santan tidak pecah. Masak hingga kuahnya agak pekat.
  3. Masukkan udang, garam dan serbuk perasa. Masak dalam 3 hingga 5 minit sahaja.
  4. Tutup api dan hidangkan....


Thursday 25 December 2014

SAMBAL IKAN TONGKOL

SAMBAL IKAN TONGKOL
Bahan-Bahannya:
600 gm ikan tongkol - dilumur garam dan kunyit dan digoreng hingga masak
5 sudu makan cili kering kisar
1 sudu teh asam jawa + 1 cawan air
1 biji bawang besar - potong bulat
Garam
Serbuk perasa

Bahan Tumbuk Lumat:
1 cm halia
3 ulas bawang kecil
1 biji bawang besar
1sudu teh belacan

Cara-caranya:
  1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bahan tumbuk hingga wangi dan kekuningan.
  2. Masukkan cili kering kisar. Tumis hingga terbit minyak.
  3. Masukkan air asam jawa. Biarkan mendidih.
  4. Masukkan garam dan serbuk perasa. Kacau rata.
  5. Masukkan ikan tongkol goreng dan bawang besar. Kacau rata hingga bawang layu.
  6. Tutup api. Hidangkan.


Tuesday 16 December 2014

SAMBAL TUMIS CILI API SOTONG

SAMBAL TUMIS CILI API SOTONG
Bahan-Bahannya:
600 g sotong - dibersihkan dan dipotong cincin
1/2 sudu makan asam jawa + 1 cawan air
1 biji bawang besar - dibelah dua dan dimayang kasar
garam
serbuk perasa

Bahan Tumbuk Lumat:
2 genggam cili api
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar

Cara-caranya:

  1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bahan tumbuk hingga naik minyak.
  2. Masukkan air asam jawa. Tumis lagi hingga kuahnya kering dan naik minyak.
  3. Masukkan sotong, bawang besar, garam dan serbuk perasa. Kacau hingga rata. Masak hingga bawang layu dan sotong masak. (Jangan masak lama-lama, nanti sotong jadi liat).
  4. Tutup api dan hidangkan.


Monday 15 December 2014

MUFFIN LABU

MUFFIN LABU
Bahan A: (Diayak sekali)
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat

1 sudu teh baking powder

Bahan B:
1 cawan labu yang sudah direbus sehingga empuk dan dilecek
1 cawan gula
1cawan minyak masak
2 biji telur
Secubit garam

Cara-caranya:
  1. Pukul telur dan gula  hingga kembang.
  2. Masukkan minyak, labu dan garam. Gaul hingga sebati.
  3. Masukkan bahan tepung. Gaul hingga sebati.
  4. Masukkan adunan ke dalam cawan kertas yang diletakkan di dalam acuan muffin. 
  5. Bakar di dalam oven pada suhu 180'C selama 20 minit (atau hingga muffin masak).
  6. Hidangkan.


NASI GORENG CILI API

NASI GORENG CILI API
Bahan-Bahannya:
5 cawan nasi sejuk - dilerai-leraikan supaya tidak berbuku
Segenggam cili api - ditumbuk lumat
Segenggam ikan bilis - ditumbuk supaya pecah-pecah sahaja 
2 biji bawang besar - dihiris nipis kemudian ditumbuk supaya pecah-pecah sahaja
3 biji telur
sedikit garam
sedikit serbuk perasa

Panaskan sedikit minyak di dalam kuali dan tumis bahan tumbuk, 
sedikit garam dan sedikit serbuk perasa sehingga layu. 

Ketepikan bahan tumbuk ke sisi kuali. Pecahkan telur.

Kacau telur sehingga menjadi scramble.

 Gaulkan bahan tumbuk dan telur.

 Masukkan nasi sejuk. Gaul bumbu dan nasi sehingga rata. 
Rasa garamnya, jika kurang masin, bolehlah ditaburkan sedikit lagi 
garam di atas nasi goreng dan kacau nasi hingga garam rata.
Hidangkan.




Sunday 14 December 2014

APAM LABU

APAM LABU
Bahan A:
3 sudu makan tepung gandum
2 sudu teh yis segera (mauripan)
1 sudu teh gula
3 sudu makan air suam

Bahan B:
240 gram labu kuning - direbus hingga empuk
150 gram gula
1 biji telur
150 ml santan pekat


Bahan C: (Diayak Bersama)
200 gram tepung gandum
1 sudu teh baking powder

Bahan D: (digaul rata dan dikukus sebentar)
Sesenduk kelapa parut (ambil putihnya sahaja)
Sedikit garam

Cara-caranya:

  1. Campur Bahan A di dalam mangkuk kecil. Kacau sebati dan biarkan adunan selama 5 - 10 minit.
  2. Campur semua Bahan B di dalam blender. Kisar halus dan tuangkan ke dalam mangkuk adunan.
  3. Masukkan Bahan C ke dalam mangkuk adunan sedikit demi sedikit sambil dikacau rata. 
  4. Masukkan Bahan A ke dalam mangkuk adunan dan dikacau hingga rata. Tutup mangkuk adunan. Perapkan selama 1 jam. 
  5. Didihkan air kukusan. Balut tudung kukus.
  6. Tuang adunan apam ke dalam acuan atau loyang yang sudah dioles dengan sedikit minyak masak. 
  7. Kukus hingga masak.(selama 15 - 20 minit)
  8. Hidangkan bersama-sama kelapa parut tadi.


Sunday 7 December 2014

MUFFIN PISANG

 
MUFFIN PISANG
Bahan A: (Diayak sekali)
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder

Bahan B:
1 cawan pisang yang dilecek
1 cawan gula perang
1cawan minyak masak
2 biji telur
Secubit garam
Coklat rice/ bauh-buahan campuran (pilihan)

Cara-caranya:

  1. Pukul telur dan gula perang hingga kembang.
  2. Masukkan minyak, pisang dan garam. Gaul hingga sebati.
  3. Masukkan bahan tepung. Gaul hingga sebati.
  4. Masukkan buah-buahan campuran. Gaul sebati.
  5. Masukkan adunan ke dalam cawan kertas yang diletakkan di dalam acuan muffin. 
  6. Bakar di dalam oven pada suhu 180'C selama 20 minit (atau hingga muffin masak).
  7. Hidangkan.


Wednesday 3 December 2014

POTATO FRITTERS (CUCUR KENTANG)

POTATO FRITTERS (CUCUR KENTANG)
Bahan-Bahannya:
3 biji kenatng - dikupas dan disagat halus
1 pokok daun bawang - dipotong halus
3 sudu makan tepung gandum
4 sudu makan tepung jagung
1 biji telur
1/2 sudu teh lada sulah
1 1/2 sudu teh garam
3 cawan minyak - untuk menggoreng

Cara-caranya:
  1. Masukkan tepung gandum, tepung jagung dan daun bawang ke dalam kentang yang telah disagat. Gaul rata.
  2. Pecahkan telur ke dalam mangkuk. Masukkan garam dan lada sulah. Kacau rata menggunakan garfu.
  3. Tuangkan telur ke dalam bekas kentang. Gaul hingga rata.
  4. Panaskan minyak di dalam kuali. Dengan menggunakan sudu, masukkan adunan kentang ke dalam kuali. (Goreng terendam).
  5. Goreng hingga keperangan.
  6. Hidangkan bersama sos cili dan mayonis.