Showing posts with label DAGING. Show all posts
Showing posts with label DAGING. Show all posts

Thursday, 9 October 2014

SAMBAL DAGING

SAMBAL DAGING
Bahan-Bahannya:
600 g daging - hiris nipis
5 sdm cili kering kisar
1 cawan air
Garam
Serbuk Perasa

Bahan Tumbuk:
1 inci halia
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar

Cara-caranya:

  1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk. Tumis bahan tumbuk hingga wangi dan kekuningan.
  2. Masukkan cili kisar. Tumis hingga pecah minyak dan agak garing.
  3. Masukkan daging, kacau supaya daging bersalut dengan sambal. (Guna api sederhana besar). Selepas 2 atau 3 minit, daging akan mengeluarkan air.Masak hingga air daging kering.
  4. Masukkan secawan air. Kacau rata. Bila kuah mendidih, kecilkan api dan tutup periuk. Biarkan daging mereneh hingga kuahnya pekat dan daging empuk. (Jika daging masih kurang empuk, boleh ditambah secawan air lagi dan biarkan mereneh dgn api yang perlahan).
  5. Masukkan garam dan serbuk perasa. Kacau rata.
  6. Tutup api dan hidangkan..



Wednesday, 17 July 2013

BIHUN SUP GEARBOX

BIHUN SUP GEARBOX

A. SUP GEARBOX
Bahan-Bahannya:
2 batang tulang gearbox
Sedikit tulang tengkuk
400 g daging
1 batang kulit kayu manis
2 bunga lawang
2 sup bunjut adabi
1 peket kecil serbuk rempah sup Faiza
2 jug air - bergantung kepada banyak mana sup yang dikehendaki
Garam
Serbuk perasa
Daun sup - dipotomg halus
Daun bawang - dipotong halus
Bawang goreng

Bahan hiris nipis:
2 inci halia
6 ulas bawang putih
2 biji bawang besar


Cara-caranya:
  1. Masukkan air, semua tulang dan daging, sup bunjut, kulit kayu manis dan bunga lawang ke dalam periuk. Tudung periuk dan masak guna api yang paling perlahan selama 3 jam. Masak guna cara ni akan menyebabkan daging masak dengan lembut dan rasa supnya sangat sedap.
  2. Tambah air jika perlu. Besarkan api.
  3. Masukkan bahan hiris dan rempah serbuk sup. Kacau rata. Biarkan mendidih.
  4. Masukkan garam dan serbuk perasa. Kacau rata. Kecilkan sedikit apinya. Biarkan sup mereneh hingga bahan hiris tadi nampak mesra dengan sup.
  5. Masukkan daun bawang, daun sup dan bawang goreng. Kacau rata dan tutup api.


B. SAMBAL MERAH
Bahan-bahannya:
5 sudu makan serbuk cili
3 sudu makan cuka makan
Garam
Gula

Cara-caranya:
  1. Bancuh serbuk cili, cuka dan sedikit air hingga menjadi paste.
  2. Panaskan sedikit minyak. Tumis bancuhan cili hingga pecah minyak. Guna api yang sederhana perlahan.
  3. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Kacau rata.
  4. Masak hingga cili benar-benar masak.
  5. Tutup api dan hidangkan.

Cara Membuat Bihun Sup:
  1. Rendam bihun hingga lembut.
  2. Didihkan air.
  3. Masukkan bihun, masak hingga bihun lembut dan boleh diputuskan dengan jari. (Jangan masak hingga bihun menjadi lembik ye..)
  4. Sejatkan bihun dan ketepikan.
  5. Masukkan sedikit bihun ke dalam mangkuk.
  6. Tuangkan sup, daging dan tulang gearbox ke atas bihun.
  7. Hiaskan dengan hirisan lobak masin dan sambal merah. Nikmatilah...
** Bihun sup ini juga enak jika dinikmati bersama sambal kicap bagi menggantikan sambal merah.



Saturday, 16 February 2013

KARI DAGING BERKERISIK

KARI DAGING BERKERISIK
Bahan-bahannya:
600g daging batang pinang - hiris nipis
4 sudu makan rempah kari daging
2 sudu makan kerisik
2 biji kentang - belah 4
2 cawan santan pekat
2 cawan santan cair
3 pelepah daun kari
1 batang kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
1 bunga lawang

Bahan tumbuk lumat"
1 inci halia
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar

Cara Memasak:

  1. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bunga lawang, kulit kayu manis dan buah pelaga hingga wangi.
  2. Masukkan bahan tumbuk, tumis hingga wangi.
  3. Masukkan rempah kari dan daun kari, tumis hingga pecah minyak.
  4. Masukkan daging, gaul hingga keluar air daging. Masak lagi hingga air daging agak kering.
  5. Masukkan kentang, santan cair dan santan pekat. Masak hingga daging empuk. Jika kurang kuahnya, boleh tambah air lagi.
  6. Masukkan kerisik, garam dan sedikit serbuk perasa. Masak hingga kuah agak likat.
  7. Tutup api. Sedia untuk dihidangkan.


Tuesday, 27 November 2012

DAGING MERAH


DAGING MERAH
Bahan-bahannya:
600 g daging - direbus hingga empuk dan dihiris nipis-nipis
3 ulas bawang putih - diketuk
2 biji bawang besar - dipotong baji
1 biji cili merah - dipotong serong
1 biji cili hijau - dipotong serong
2 sudu makan cili kering kisar
2 sudu makan cili sos
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan pewarna merah
Daun bawang - dipotong 1 inci
daun sup - diracik

Cara Masak:
  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bawang putih hingga kuning.
  2. Masukkan cili kisar, tumis hingga pecah minyak.
  3. Masukkan sos cili dan sos tiram. Gaul rata.
  4. Masukkan garam dan perasa. Gaul rata.
  5. Masukkan daging, bawang besar, cili merah, cili hijau.. Gaul rata.
  6. Masukkan pewarna merah. Gaul rata.
  7. Masukkan daun sup dan daun bawang. Gaul rata.
  8. Siap untuk dihidangkan...



Thursday, 27 September 2012

ASAM PEDAS DAGING TETEL


ASAM PEDAS DAGING TETEL
Bahan-bahannya:
600g daging tetel - direbus hingga empuk

2 batang serai - dititik
1 kuntum bunga lawang
2 sudu teh halba campur
6 sudu makan cili kering kisar
1 sudu teh serbuk kari daging
3 helai daun limau purut
Air asam jawa secukupnya
garam dan serbuk perasa
minyak untuk menumis

Bahan tumbuk lumat:
1 inci lengkuas
1 1/2 inci halia
1 inci kunyit hidup
3 ulas bawang putih
2 biji bawang besar
1 sudu teh jintan putih
1 sudu teh jintan manis

Cara Masak:

  1. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bunga lawang, serai,  bahan tumbuk, halba campur dan cili kisar hingga wangi dan terbit minyak.
  2. Masukkan daging dan air rebusannya sekali. 
  3. Masukkan daun limau purut. Kacau rata.
  4. Masukkan air asam jawa. Biarkan mendidih.
  5. Masukkan garam dan serbuk perasa. Kacau rata. Biarkan sehingga kuah menjadi sedikit pekat. 
  6. Sedia untuk dihidangkan.



Friday, 22 June 2012

GULAI LEMAK CILI API DAGING SALAI

GULAI LEMAK CILI API DAGING SALAI
Bahan-Bahannya

Daging - dihiris nipis-nipis supaya mudah masak apabila disalai, dilumur dengan garam dan
              kunyit. Salai atau panggang hingga masak. Angkat dan rehatkan sebentar 
              (10 - 15 minit) supaya air daging meresap masuk ke dalam daging. Kemudian hiris 
              nipis-nipis (tapi jangan nipis sangat). Ke tepikan.
Santan pekat
Asam keping/asam gelugor
Kentang - dipotong baji.
3 batang serai - dititik

Bahan Tumbuk Lumat:
Segenggam cili api - Ikut kepedasan yang dihajati.
2 inci kunyit hidup

Cara memasak:

  1. Masukkan bahan tumbuk, serai dan segelas air ke dalam periuk. Masak menggunakan api perlahan sehingga menggelegak.
  2. Masukkan kentang. Masak lagi hingga kentang agak empuk.
  3. Masukkan daging salai yang dihiris tadi. Masak lagi hingga menggelegak dan kuah agak berubah warna.
  4. Masukkan asam gelugor dan santan. (Kalau rasa santan terlampau pekat, boleh tambah sedikit air tapi jangan terlalu cair). Kacau selalu supaya tak pecah lemak.
  5. Bila dah mendidih, masukkan garam dan serbuk perasa. Kacau sebentar. Tutup api dan bolehlah dihidangkan.


Thursday, 21 June 2012

GULAI DAGING BATANG PISANG


Di sebelah utara semenanjung ni memang popular dengan gulai batang pisang ni terutama sewaktu kenduri-kendara. Mula-mula dengar dulu, rasa pelik juga orang buat lauk batang pisang ni.. Tapi bila dah makan sekali, wow!!! memang sedap, Nak pulak ada sambal belacan. Dulu Cik Suami pun tak mau makan, jadi bila teringin nak makan tu, beli aje lah kat mana2 kedai makan yang ada jual.. sekali hari tu, dia pi kenduri belah Baling sana, ada lauk ni kot.. Balik-balik je tanya, "Ani reti tak masak gulai daging batang pisang?" Terkejut gak saya.. hahahaha... baru tau penangan Gulai Batang Pisang ni ye... Anak lelaki saya pun sekarang dah suka makan lauk ni. Ok, Jom! Kita jenguk-jenguk resepinya. 


GULAI BATANG PISANG
Bahan-bahannya
500 g daging - dipotong kiub. Lagi sedap kalau yang ada lemak-lemak sikit.
1/2 kg empulur batang pisang - dipotong 1 inci panjang dan dibuang tali-talinya, terus rendam dalam air untuk mengelakkan ia jadi lebam. (Orang tua2 kata, seelok2nya guna batang pisang hutan atau batang pisang awak)
1 cawan santan pekat
3 cawan air
1 sudu makan kesrisik
1 peket kecil rempah kari daging
2 pelepah daun kari

Bahan Tumbuk:
1 inci halia
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar

Cara Memasak:

  1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk. Tumis bahan tumbuk hingga wangi.
  2. Masukkan daun kari dan rempah kari yang sudah dicampurkan sedikit kepala santan hingga menjadi pes. Tumis hingga pecah minyak.
  3. Masukkan daging, gaul rata dan masak hingga keluar air daging.
  4. Masukkan santan, air, batang pisang dan kerisik. Gaul rata dan biarkan masak hingga daging empuk.
  5. Masukkan garam dan sedikit serbuk perasa. Masak lagi sebentar. Sedia untuk dihidangkan.


** Masakan ini tidak memerlukan santan yang banyak sebab kuahnya perlu cair aje.


OK YE... SELAMAT MENCUBA....

Friday, 1 June 2012

GULAI DAGING REBUNG

Gulai Daging Rebung adalah resepi popular di negeri utara semenanjung terutama Kedah dan Perlis.. Selalunya jika ada majlis kenduri kendara, resepi ini mesti termasuk dalam menu yang disediakan. Di sini saya kongsikan resepinya ye.

GULAI DAGING-REBUNG
Bahan-bahan:
300gm rebung - dihiris
600gm daging cincang
4 sudu makan rempah kari daging
1 mangkuk santan
125ml air
Garam secukup rasa

Bahan tumis:
2 biji bawang besar – dihiris halus
3 ulas bawang putih – dihiris halus
2.5cm halia - dihiris halus
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
1 sudu teh jintan manis
1 batang kulit kayu manis
2 tangkai daun kari

Cara memasak:
  1. Panaskan sedikit minyak masak di dalam kuali. Tumis bunga lawang, bunga cengkih, jintan manis, kulit kayu manis dan daun kari sehingga berbau harum.
  2. Masukkan bahan hiris, tumis lagi hingga wangi.
  3. Masukkan rempah kari daging yg telah dicampur dgn sedikit air. Tumis hingga rempah masak.
  4. Masukkan daging, gaul hingga keluar air daging, masukkan santan dan air. Biarkan mendidih.
  5. Masukkan rebung dan terus masak menggunakan api sederhana hingga daging empuk.
  6. Perasakan dengan garam secukup rasa dan sedikit serbuk perasa. Biarkan sebentar. Siap


Thursday, 31 May 2012

DAGING MASAK KICAP BLACKPEPPER

Lama dah tak masak daging masak kicap blackpepper ni. Kalau nak tau, inilah resepi yang diajar oleh arwah ibu mertua saya.. antara resepi awal yang diajar kepada saya setelah sah saya menjadi menantunya.. Yelah.. masa tu baru je habis belajar kat U... (alasan kukuh tak reti memasak... hahaha..). Ini juga antara menu kegemaran suami saya. Resepinya mudah aje.. Oklah.. di sini saya sertakan resepi daging masak kicap blackpepper ni ye...



DAGING MASAK KICAP BLACKPEPPER
Bahan2:
600 g daging batang pinang – dihiris nipis
 9 sudu mkn kicap lemak masin (saya guna cap angsa merah)
1 biji bawang besar – dipotong bulat
1 biji cili besar merah – dihiris memanjang

Bahan tumbuk:
2 sd mkn lada hitam biji
1 inci halia
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar

Caranya:
1.       Di dalam bekas. campurkan daging, bahan tumbuk, dan kicap. Perap dlm 15 minit.
2.       Panaskan 2 sd mkn minyak di dlm kuali. Masukkan semua bahan perap. Tumis hingga air daging keluar dan biarkan kering sedikit.
3.       Masukkan 3 gelas air, biarkan daging masak hingga kuahnya pekat.
4.       Masukkan sedikit serbuk perasa, bawang besar yg dipotong bulat dan cili besar merah. Masak hingga bawang layu.. Bolehlah dihidangkan.

Ok ye kawan2... Selamat mencuba...