Saturday 16 February 2013

PUDING JAGUNG KARAMEL


PUDING JAGUNG KARAMEL
Bahan-bahannya:
5 - 7 sudu makan gula
10 biji telur
1 tin susu sejat
1/2 tin susu pekat
1 tin jagung krim
1 - 2 sudu teh esen vanilla



Cara-caranya:

A.

  1. Didihkan air di dalam periuk kukus.
  2. Sementara itu, masukkan gula ke dalam loyang. (Saya guna loyang 9 inci)
  3. Dengan menggunakan api yang kecil, panaskan gula dalam loyang hingga cair dan berwarna keperangan. (Pastikan semasa memasak gula, ianya sentiasa dikacau supaya cair rata).
  4. Tutup api dan terus golek-golekkan loyang supaya air gula memenuhi dasar loyang. Ketepikan dan sejukkan. (Air gula akan mengeras).


B.
  1. Masukkan telur, susu sejat, susu pekat dan esen vanila ke dalam blender.
  2. Putar blender hingga adunan sebati, tak perlu hingga kembang.
  3. Masukkan jagung tin. blend kejap jer.
  4. Masukkan ke dalam loyang berisi gula tadi.
  5. Kukus selama 30 - 40 minit.
  6. Sejukkan sebentar dan terbalikkan ke dalam pinggan hidangan. Sedia untuk dinikmati.



5 comments:

Unknown said...

sedapnya kak ani.. time cuti hujung minggu ni.. memang kena sangat lah layan puding jagung karemel ni.. yummy..

Unknown said...

Thank you May Agumo..
hihihi...

Anonymous said...

Sedap nih....thank you!

Unknown said...

I tgh cuba buat...harap2 sedap lh...

Unknown said...

tk perlu guna serbuk puding kah ?