Friday, 12 July 2013

AGAR-AGAR LUMUT

AGAR-AGAR LUMUT
Bahan-bahannya:
25g agar-agar tali - potong-potong 2 inci
800 ml air
6 helai daun pandan - dibersihkan dan potong 1 inci
600 ml air
1 cawan santan pekat - (saya guna 1 kotak kecil santan pekat M&S)
1 biji telur
2sudu teh garam
11 sudu makan gula

Cara-caranya:

  • Masukkan agar-agar tali dan 800 ml air ke dalam periuk. Masak hingga agar-agar larut.
  • Sementara itu, kisar daun pandan dan 600 ml air. Tapis air pandan tadi. Perah dan buang hampas daun pandan.
  • Bila agar-agar sudah larut, masukkan air daun pandan. Biarkan mendidih.


  • Masukkan gula, kacau hingga gula larut.
  • Pecahkan telur, kacau dengan garfu hingga rata. Masukkan santan pekat dan garam. Kacau rata.
  • Bila gula sudah larut, masukkan campuran santan tadi. Kacau sentiasa hingga mendidih.
  • Tutup api. 
  • Masukkan agar-agar ke dalam acuan atau loyang. Biarkan sejuk. Masukkan dalam peti sejuk.
  • Bila sudah beku, hidangkan.


NASI GORENG BIASA

NASI GORENG BIASA
Bahan-Bahannya:
1 mangkuk nasi sejuk
2 pokok sawi - dibersihkan dan dipotong 1 inci
Sedikit kobis - di bersihkan dan dipotong nipis
2 biji telur
2 sudu makan cili kering kisar
1 sudu makan kicap lemak masin
Sedikit garam dan serbuk perasa

Bahan tumbuk:
2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
2 sudu makan ikan bilis

Cara-caranya:

  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bahan tumbuk dan cili kisar.
  2. Masukkan garam dan serbuk perasa. Tumis hingga pecah minyak dan agak garing.
  3. Masukkan sayur-sayuran. Gaul rata hingga kobis agak layu.
  4. Masukkan nasi sejuk. Gaul rata.
  5. Masukkan kicap. Gaul rata.
  6. Ketepikan nasi ke satu sisi kuali. Pecahkan telur di satu sisi kuali yg tiada nasi. Kacau telur hingga hancur dan telur jadi scramble. 
  7. Gaul telur dengan nasi goreng hingga rata.
  8. Perlahankan api dan gaul nasi sekali sekala untuk 5 minit lagi.
  9. Tutup api dan hidangkan.


AYAM PANGGANG

AYAM PANGGANG
Bahan-bahannya:
8 ketul whole leg - (boleh juga kalau nak guna 1 ekor ayam)

Bahan Kisar:
4 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
1 inci halia
2 sudu makan madu
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh serbuk lada putih/lada sulah
1 sudu teh serbuk kunyit
1sudu makan sos tiram
sedikit garam
1 sudu makan gula
1 sudu teh mixed herbs

Cara-caranya:

  1. Lumur bahan kisar pada ayam. Perap lebih kurang 2 jam. Perap lagi lama lagi sedap.
  2. Panggang ayam hingga masak. Boleh guna oven atau bara api. (Kali ini saya masak guna magic pan aje).
  3. Hidangkan.


Friday, 28 June 2013

SUP AYAM BERANEKA

SUP AYAM BERANEKA
Bahan-bahannya:
1 mangkuk daging ayam - dipotong dadu
2 biji kentang - dipotong dadu
3 keping pucuk/tauhu kering - direndam hingga lembut dan dipotong 1 inci
Secekak suun - direndam hingga lembut dan dipotong 2 inci
5 kuntum bok nee (cendawan hitam kering) - direndam hingga lembut, kalau besar boleh dipotong2
Sedikit Kim chan - direndam hingga lembut
2 pokok daun sup - dicincang halus
1 sup bunjut Adabi
2 mangkuk air - (ikut banyak mana sup yang anda mahukan)
Garam
serbuk perasa

Bahan Tumbuk Lumat:
1 inci halia
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar


Inilah rupa kimchan...

Cara-caranya:

  1. Panaskan sedikit minyak. Tumis bahan tumbuk hingga wangi.
  2. Masukkan air, ayam, kentang dan sup bunjut. Masak hingga mendidih dan kentang empuk.
  3. Masukkan semua sayur-sayuran. Masak hingga sayur masak.
  4. Masukkan garam dan serbuk perasa. Kacau rata.
  5. Masukkan suun dan daun sup. Kacau rata.
  6. Tutup api. Hidangkan.


Thursday, 27 June 2013

GULAI LEMAK CILI API TELUR ITIK-BELIMBING BULUH

GULAI LEMAK CILI API TELUR ITIK-BELIMBING BULUH
Bahan-bahannya:
6 biji telur itik - dibasuh dan dicuci telur untuk menghilangkan kekotoran pada kulitnya
2 kotak kecil santan pekat
2 kotak kecil air
2 batang serai - dititik
2 helai daun kunyit - dibuang tulang daun dan dihiris halus
10 biji belimbing buluh - dibelah dua
Garam
Serbuk perasa

Bahan Tumbuk Lumat:
Segenggam cili api
2 inci kunyit hidup
1/2 biji bawang besar

Cara-caranya:

  1. Saya gunakan kuali supaya mudah semasa proses memecahkan telur, untuk elak telur hancur.
  2. Masukkan bahan tumbuk, serai dan secawan air ke dalam kuali. Masak hingga airnya kering. (Tujuannya supaya cili masak dan tidak mudah sakit perut).
  3. Masukkan santan dan air. Masak guna api sederhana dan sentiasa dikacau untuk elak santan pecah. Bila santan sudah mendidih, masukkan belimbing buluh, daun kunyit, garam dan serbuk perasa. Kacau lagi hingga kuah mendidih sekali lagi. (Pastikan sentiasa dikacau).
  4. Perlahankan api. Pecahkan telur satu persatu di tempat yang berlainan. Biarkan sehingga telur masak. (Tak perlu kacau kuah sehinggalah telur sudah keras). Perlahan-lahan dan berhati-hati, masukkan sudip ke dasar kuali supaya telur tidak lekat pada dasar kuali. 
  5. Bila telur sudah masak sempurna, tutup api dan hidangkan.


Friday, 21 June 2013

GULAI LEMAK CILI API IKAN KELI SALAI

GULAI LEMAK CILI API IKAN KELI SALAI
Bahan-bahannya:
4 ekor ikan keli - cuci dengan jus limau nipis untuk hilangkan hanyirnya, kemudian bilas dengan cucuran air pili hingga bersih. Gaul garam kunyit dan bakar/salai hingga masak.

2 batang serai - dititik
1 helai daun kunyit - disiat-siat
2 kotak kecil santan pekat
2 kotak kecil air (guna kotak santan yang sama)
2 keping asam gelugor
Garam
Serbuk perasa

Bahan Tumbuk Lumat:
Segenggam cili api
2 inci kunyit hidup

Cara-caranya:

  1. Masukkan bahan tumbuk dan sedikit air ke dalam periuk. Masak hingga airnya kering.
  2. Masukkan santan pekat dan air.
  3. Kemudian masukkan semua bahan-bahan lain.
  4. Masak hingga mendidih dengan api sederhana dan dikacau selalu untuk mengelakkan pecah lemak.
  5. Bila ikan sudah masak, tutup api dan hidangkan.


CHICKEN CHOP WITH RED SAUCE

CHICKEN CHOP WITH RED SAUCE
Bahan:
1 ekor ayam (saya suka guna whole leg yg dibuang tulang/ debone)
Tepung jagung utk menyalut ayam
2 biji telur, utk celup ayam
Serbuk roti/bread crump (optional)

Bahan perap:
2 sudu besar rempah kari
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar cili kisar
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu besar minyak masak

Sos Lea & Pearin (optional)

Cara-cara:
1. Gaulkan ayam dengan bahan perap selama 3 jam.
2. Golekkan ayam ke dalam tepung jagung.
3. Kemudian celupkan ke dlm telur yg telah dipukul
4. Golekkan ayam ke dlm bread crump.
5. Goreng ayam (Deep fry) hingga garing.
** Kalau tak guna bread crump, ayam perap tu celup dlm telur baru golekkan ke dlm tepung dan goreng.

RED SAUCE
Bahan-bahannya:
10 sudu makan sos cili
5 sudu makan sos tomato
2 sudu kecil gula
Garam
6 cawan stok ayam/daging
6 ulas bawang putih - dikisar/ditumbuk
5 cm halia - dikisar/ditumbuk

Cara-caranya:

  1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk. Tumis bahan tumbuk hingga wangi.
  2. Masukkan semua bahan-bahan lain. Masak hingga mendidih.
  3. Untuk memekatkan kuah, masukkan sedikit bancuhan tepung jagung. Masak hingga kuah mendidih sekali lagi.
  4. Tutup api. Hidangkan.