Bahan-Bahannya: (untuk 16 biji kuih)
Bahan A:
1 1/2 cawan tepung beras
1 sdm tepung ubi
1 sdt air kapur
1 cawan air
Bahan B:
1/2 cawan gula pasir1/2 cawan gula merah
1 cawan air
2 helai daun pandan - disimpul
Bahan C: (Dikukus sebentar)
1 cawan kelapa parut - ambil putihnya sahaja
Secubit garam
1 helai daun pandan - disimpul
Cara-caranya:
- Masak bahan B hingga semua gula larut. Sejukkan.
- Didihkan air kukusan. Kukus Bahan C sebentar.
- Campur semua bahan A. Gaul rata.
- Masukkan bahan B yang sudah disejukkan. Gaul sebati. Tapis.
- Sapu sedikit minyak pada semua acuan kuih lompang.
- Tuang adunan ke dalam acuan.
- Kukus selama 10 minit. Kuih akan membentuk lompang di tengah-tengahnya.
- Sejukkan.Keluarkan dari acuan dan tabur dengan kelapa parut.
- Hidangkan.
11 comments:
Salam cikgu, cantik kejadian lompang ni. Berkenan kat lesung pipit tu...senang nak taruh kelapa parut. T/kasih kongsi resepi. :)
assalamualaikum..cikgu kenapa kuih lompang saya keras?stress rasa bila makan ia keras..
Imina Ratu, mungkin bancuhan tak cukup cair kot...
Assalamualaikum..cikgu, kenapa kuih saya berlompang di tengah tapi tak comel..lubangnya besar sgt dan berair...kenapa ya cikgu?
Assalamualaikum..cikgu, kenapa kuih saya berlompang di tengah tapi tak comel..lubangnya besar sgt dan berair...kenapa ya cikgu?
kalau x guna air kapur boleh x??
Salam cikgu.. Knp lompg yg sy buat lubg ditghnya xcomel? Mohon tunjuk ajr..
Opah saya kata guna air kelapa spy lompangnya comel! Tq
Opah saya kata guna air kelapa spy lompangnya comel! Tq
Lompang saya pun lubangnya tak comey..tp sedaplah...tq cikgu
Cikgu..kenapa.bawah lompang jadi keras?
Kukus api perlahan.atau kuat?
Post a Comment