Saturday, 29 September 2012

SERUNDING KELAPA

 SERUNDING KELAPA
Bahan-bahannya:
2 biji kelapa - diparut putihnya sahaja
Air asam jawa secukupnya

Bahan kisar:
2 inci lengkuas
2 inci halia
2 inci kunyit hidup
2 batang serai - dihiris nipis
4 ulas bawang putih
2 biji bawang besar
2 sudu makan ketumbar biji
1 sudu makan jintan manis
1 sudu teh jintan putih
2 sudu makan udang kering

 Cara Memasak:

  1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali, tumis bahan kisar hingga wangi dan terbit minyak.
  2. Masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa. Kacau rata hingga mendidih.
  3. Masukkan kelapa parut. Kacau sentiasa dengan api sederhana perlahan hingga kelapa jadi ringan dan kering. 
  4. Sedia untuk dihidangkan.


8 comments:

Cik Matahariku said...

salam sdri. Salam lebaran, saya mohon share resepi serunding kelapa di blog saya. terima kasih ye..:)

Anonymous said...

Nak try pagi ni mcm sedap jek

Amin said...

T.kasih Cikgu Ani dihari yg berbahgia ini sy cuba menu cikgu. Slmt berpuasa dn Slmt menyambut Hari Raya Maaf Zahir Batin.

Amin said...

T.kasih Cikgu Ani dihari yg berbahgia ini sy cuba menu cikgu. Slmt berpuasa dn Slmt menyambut Hari Raya Maaf Zahir Batin.

Unknown said...

Nyummy tq cikgu

Unknown said...

Salam cikgu AnI Tkasih di atas perkongsian ilmu semoga diberkati Allah sentiasa

Unknown said...

Terima kasih cikgu Ani. Saya nk cuba buat raya ni...

Mohd Kyairul Azlin said...

Alhamdulillah...Saya ambik ya resepi nya....Terima kasih di atas pengkongsian nya