Thursday, 29 November 2012

SOTONG GORENG KUNYIT


SOTONG GORENG KUNYIT
Bahan-Bahannya:
10 ekor sotong - dibersihkan dan dipotong cincin
1 biji bawang besar - dipotong baji
1 biji cili merah - dipotong serong
1 biji cili hijau - dipotong serong
1 tangkai daun kari
4 sudu makan air asam jawa
1 sudu teh serbuk kunyit

Bahan tumbuk:
3 ulas bawang putih
6 ulas bawang merah



Cara Masak:
  1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan tumbuk dan daun kari hingga wangi.
  2. Masukkan serbuk kunyit, kacau rata.
  3. Masukkan air asam jawa, garam dan serbuk perasa. Gaul rata.
  4. Masukkan bahan-bahan lain dan sotong. Gaul rata hingga sotong masak iaitu dalam 5 minit aje.. (Jangan masak sotong terlalu lama, nanti sotong akan jadi liat)
  5. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.


10 comments:

Anonymous said...

Memang sedap. Senyum Sokmo

Unknown said...

Kegemaran anak2 ni Senyum Sokmo..

Roiamah Basri said...

Bestnyer. Terima kasih.... mohon share

Roiamah Basri said...

Bestnyer. Terima kasih.... mohon share

Unknown said...

Dah try resepi ni...best!!

Jom singgah blog saya http://mysweetyzara.blogspot.com

AhliaSaleh said...

Salam sis..sy pun dh try resepi ni..mmg sedapp..simple jer..sy suke..anak2 n hubby pun suke..tq sis (",)

shamyl said...

dah lama cari resepi ni. terima kasih banyak.

fss said...

Kalau takde daun kari okey tak?

Unknown said...

Tgok je pon dah terliur... Batal pose.. Huhuhu....

Anonymous said...

TQ sahabat berkongsi resepi memang sedap dan terbaik.