Thursday, 29 November 2012

SOTONG GORENG KUNYIT


SOTONG GORENG KUNYIT
Bahan-Bahannya:
10 ekor sotong - dibersihkan dan dipotong cincin
1 biji bawang besar - dipotong baji
1 biji cili merah - dipotong serong
1 biji cili hijau - dipotong serong
1 tangkai daun kari
4 sudu makan air asam jawa
1 sudu teh serbuk kunyit

Bahan tumbuk:
3 ulas bawang putih
6 ulas bawang merah



Cara Masak:
  1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan tumbuk dan daun kari hingga wangi.
  2. Masukkan serbuk kunyit, kacau rata.
  3. Masukkan air asam jawa, garam dan serbuk perasa. Gaul rata.
  4. Masukkan bahan-bahan lain dan sotong. Gaul rata hingga sotong masak iaitu dalam 5 minit aje.. (Jangan masak sotong terlalu lama, nanti sotong akan jadi liat)
  5. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.


10 comments:

  1. Memang sedap. Senyum Sokmo

    ReplyDelete
  2. Kegemaran anak2 ni Senyum Sokmo..

    ReplyDelete
  3. Bestnyer. Terima kasih.... mohon share

    ReplyDelete
  4. Bestnyer. Terima kasih.... mohon share

    ReplyDelete
  5. Dah try resepi ni...best!!

    Jom singgah blog saya http://mysweetyzara.blogspot.com

    ReplyDelete
  6. Salam sis..sy pun dh try resepi ni..mmg sedapp..simple jer..sy suke..anak2 n hubby pun suke..tq sis (",)

    ReplyDelete
  7. dah lama cari resepi ni. terima kasih banyak.

    ReplyDelete
  8. Kalau takde daun kari okey tak?

    ReplyDelete
  9. Tgok je pon dah terliur... Batal pose.. Huhuhu....

    ReplyDelete
  10. TQ sahabat berkongsi resepi memang sedap dan terbaik.

    ReplyDelete