Thursday, 30 August 2012

AYAM MASAK KICAP




AYAM MASAK KICAP
Bahan-bahannya:
1/2 ekor ayam - cuci bersih dan gaulkan dengan garam kunyit dan goreng hingga masak.
4 sudu makan cili kisar
Kicap pekat secukupnya (dalam 4 - 5 sudu makan)
1 biji bawang besar - di mayang bulat
1 biji cili merah - dipotong memanjang dan dibuang bijinya
1 keping asam gelugor
1 cawan air - kalau nak berkuah, bolehla lebihkan air

Bahan tumbuk lumat:
1 inci halia
3 ulas bawang putih
2 biji bawang besar - saiz sederhana


Cara-caranya:

  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan tumis bahan tumbuk hingga wangi.
  2. Masukkan cili kisar dan tumis lagi hingga terbit minyak dan agak garing.
  3. Masukkan kicap secukupnya, air, asam gelugor dan sedikit serbuk perasa. (Jika gunakan kicap pekat masin, tak perlu masukkan garam tapi jika guna kicap pekat manis, masukkanlah garam secukup rasa)
  4. Bila dah mendidih, masukkan bawang besar mayang, cili besar dan ayam goreng. Gaul sekata hingga kuah menyaluti ayam dan bawang besar layu. Bolehlah diangkat dan dihidangkan... Tarrrraaaaa...

SUP SAWI - FISHBALL





SUP SAWI - FISHBALL
Bahan-bahannya:
2 pohon sawi - potong2
1 bungkus fishball (dalam 12 biji fishball) -
1 cawan udang
2 cawan air

Bahan hiris nipis/ tumbuk:
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar


Cara memasak:

  1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan hiris hingga wangi.
  2. Masukkan air dan biarkan mendidih.
  3. Masukkan udang, fishball, sawi, garam dan sedikit je serbuk perasa. Biarkan mendidih lagi sekali. Sedia untuk dihidang. Senangkan? So, apa tunggu lagi... pi buat cepat. hehehe...

Monday, 27 August 2012

TELUR MASIN GORENG DADAR

TELUR MASIN GORENG DADAR
Bahan-bahan:
2 biji telur masin
2 biji telur ayam
1 biji cili merah - cincang kasar
1 biji bawang besar - potong dadu
sedikit daun sup - cincang

 Cara-caranya:

  1. Pecahkan telur masin ke dalam mangkuk, hancurkan kuning telurnya menggunakan garfu.
  2. Pecahkan telur ke dalam mangkuk telur masin tadi. Kacau rata.
  3. Masukkan cili merah, bawang besar dan daun sup. Gaul rata,
  4. Panaskan sedikit minyak ke dalam kuali. Tuangkan telur dan masak menggunakan api yang perlahan hingga kekuningan.Terbalikkan telur dan masak lagi hingga masak.
  5. Angkat dan sedia untuk dinikmati..


Friday, 24 August 2012

ACAR NENAS

ACAR NENAS
Bahan-bahannya:
4 potong nenas - hiris nipis
1 biji timun - hiris nipis
1 biji cili merah - hiris serong nipis
1 biji cili hijau - hiris serong nipis
1 biji bawang besar - hiris nipis
1 sudu makan cuka
garam dan gula secukup rasa

Cara:
Campurkan semua bahan dan gaul rata. Sedia untuk dihidang.


DALCA TETEL

DALCA TETEL
Bahan-bahannya:
600g daging tetel
1 cawan santan
3 genggam kacang dal - rebus hingga empuk
2 biji cili hijau - potong 1 inci
3 biji kentang - belah 4
1 biji karot- potong mancis
6 biji kacang panjang - potong 1 1/2 inci
2 biji terung bulat - belah 6
2 biji tomato - belah 4
4 sudu makan rempah kari daging
1 bunga lawang
3 biji buah pelaga
1 batang kulit kayu manis
2 tangkai daun kari

Bahan tumbuk:
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia

 Cara memasak:

  1. Tumis bunga lawang, buah pelaga dan kulit kayu manis.
  2. Masukkan bahan tumbuk. tumis hingga wangi.
  3. Masukkan rempah kari daging, daun kari, cili hijau dan sedikit air. Tumis hingga rempah masak dan terbit minyak.
  4. Masukkan daging tetel. Tumis sebentar dan masukkan kacang dal, santan dan sedikitt air. Masak hingga daging empuk.
  5. Masukkan kentang dan semua sayur-sayuran. Masak hingga kentang empuk. Masukkan garam dan serbuk perasa. Siap.


NASI BERYANI GAM DAGING

 NASI BERYANI GAM DAGING
Bahan-bahan:
2 kg daging batang pinang
1 btg serai - dititik
3 sudu makan sos cili
3 sudu makan tomato puree/sos tomato
5 sudu makan rempah beriani (kalau suka boleh lebihkan)
1/2 tin susu cair
1 cawan daun pudina - dicincang
1 cawan daun ketumbar - dicincang
sedikit daun sup - dicincang
sedikit daun bawang - dicincang
5 biji tomato - dibelah empat
2 biji cili hijau - dibelah dua
3 biji cili merah - dibelah dua
1/2 kg bawang kecil - dihiris nipis dan dibuat bawang goreng.
1 tin kecil minyak sapi.

Bahan kisar:
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
2 inci halia
3 biji cili hijau

 Cara memasak:

  1. Rebus daging bersama bahan kisar hingga mendidih. Air hanya sekadar menutup daging sahaja. Jangan masukkan air banyak sangat.
  2. Masukkan semua bahan kecuali bawang goreng dan daun-daun. Masak hingga kuah pekat.
  3. Masukkan daun-daun dan bawang goreng. (Lebih banyak bawang goreng lagi sedap). Masukkan garam secukup rasa.
  4. Bila agak kering rempahnya dan terbit minyak, keluarkan minyaknya sahaja dan ketepikan. (minyak ini akan digunakan untuk nasi)
  5. Pastikan kuah beriani betul-betul kering dan bersalut pada daging. Angkat dan ketepikan. Jangan cuci periuk.. (nak digunakan untuk nasi)

 Bahan untuk nasi:
1 kg beras basmathi - rendam 1/2 jam
** 2 inci halia, 5 bunga cengkih, 1 kuntum bunga lawang, 3 biji buah pelaga, 1 kulit kayu manis, 2 helai daun pandan yg disimpulkan

Air secukupnya untuk mencelur beras - air mesti banyak
Garam secukup rasa
Sedikit air mawar
koma2 (safron)/pewarna kuning
1/2 tin susu cair
Untuk taburan: daun pudina, daun ketumbar, gajus/badan bakar, kismis, bawang goreng

Cara memasak nasi:

  1. Didihkan air bersama bahan bertanda **. Masukkan garam. Ambil sedikit air mendidih untuk merendam koma2 (kalau guna)
  2. Masukkan beras dan rebus hingga 3/4 masak, keluarkan beras dan tapiskan. Buang air rebusan nasi.
  3. Masukkan 1/2 bahagian nasi ke dalam periuk daging tadi. Susun daging menutupi nasi, tabur sedikit bawang goreng, daun pudina, daun ketumbar, gajus/badam.
  4. Tutup lapisan daging dengan 1/2 bahagian nasi lagi. Ratakan, bubuh beberapa ketul daging lagi. 
  5. Tuangkan susu cair, minyak daging yang diketepikan tadi seta, titiskan pewarna kuning, sedikit air mawar dan bahan taburan lagi.
  6. Tutup periuk rapat-rapat. (Saya tindih tudung periuk dengan lesung batu sebab malas nak lekatkan dengan bancuhan tepung). Tanak atas api kecil hingga naik wap dan nasi masak sepenuhnya. Siap.


Tuesday, 14 August 2012

HOT DOG SPECIAL

HOT DOG SPECIAL
Bahan-bahannya:
6 ketul sosej
6 ketul roti hot dog
6 keping cheese chedar
2 biji telur
Sedikit mayonis
2 sudu makan sos cili
2 sudu makan sos tomato
sedikit garam
1 sudu makan gula

 Langkah-langkahnya:

  • Didihkan air di dalam periuk. Masukkan sosej dan masak selama 5 minit. Angkat dan sejatkan.
  • Lenserkan sedikit minyak dalam kuali. Kocok sebiji telur dalam mangkuk dan masukkan ke dalam kuali. Lenggangkan kuali supaya menghasilkan telur dadar yang nipis. Bila telur masak, angkat dan ke tepikan. Ulang untuk telur yang sebiji lagi.
  • Panaskan 2 sudu makan minyak dalam kuali. Masukkan sos cili dan sos tomato. Kacau sebentar.
  • Masukkan secubit garam dan gula. Kacau lagi hingga sos berbuih.
  • Masukkan sosej dan gaul rata hingga sos pekat dan menyaluti sosej. Padam api.


  • Belah roti tanpa putus.
  • Sekeping telur dibahagi dan dipotong kepada 3 bahagian.
  • Letak sekeping cheese di atas sebahagian telur.
  • Letak sosej di atas cheese dan gulung telur menyaluti sosej. Masukkan sosej ke dalam belahan roti.
  • Ulang untuk semua sosej.
  • Lebihan sos disudukan ke atas sosej.
  • Paipkan mayonis. Siap untuk dihidangkan.