Tuesday, 14 August 2012

MAGGIE GORENG

 MAGGIE GORENG
Bahan2nya:
5 keping mee kering Vits - dicelur dalam air mendidih hingga lembut dan sejatkan.
Isi ayam - dihiris nipis
1 cawan udang - dibuang kulit
1 pokok sawi - dipotong 2 inci
1 ikat kucai - potong 1 1/2 inci
2 biji telur
2 sudu makan cili kering kisar
2 sudu makan kicap cair
2 sudu makan kicap pekat
2 sudu makan sos cili
2 sudu makan sos tomato
Serbuk perasa

Bahan Tumbuk:
3 ulas bawang putih
2 biji bawang besar
1 sudu makan udang kering

 Cara masak:

  1. Panaskan sedikit minyak. Masukkan telur dan goreng hancur hingga masak. Angkat dan ke tepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak. Tumis bahan tumbuk hingga wangi. Masukkan cili kisar. Tumis hingga terbit minyak.
  3. Masukkan isi ayam, goreng hingga ayam masak. 
  4. Masukkan semua sos dan kicap serta serbuk perasa. Gaul rata. Masukkan udang, gaul rata lagi.
  5. Masukkan sawi dan kucai. Gaul rata.
  6. Masukkan maggi. Gaul rata hingga masak.
  7. Masukkan telur hancur. Gaul rata. Sedia untuk dihidangkan.


Sunday, 12 August 2012

BIHUN GORENG SINGAPORE

BIHUN GORENG SINGAPORE
Bahan-bahannya:
1/2 bungkus bihun - direndam hingga lembut dan toskan.
1 cawan udang basah - dibuang kulit (supaya mudah makan lah..
1 keping dada ayam - dihiris nipis-nipis
1 keping fish cake - hiris nipis
1 sudu kecil serbuk lada hitam - saya guna yang kasar (kalau nak yg tumbuk sendiri pun boleh)
1 cawan taugeh - (saya tak boh sebab tak suka)
1 batang karot - parut kasar
2 sudu makan sos tiram
2 biji telur
1 cawan air
Garam
Serbuk perasa

 Bahan Tumbuk:
3 ulas bawang putih
2 biji bawang besar
1 sudu makan udang kering

 Cara memasak:

  1. Panaskan sedikit minyak, masukkan telur dan goreng hancur hingga masak. Angkat dan ke tepikan.
  2. Panaskan minyak. Tumis bahan tumbuk hingga wangi.
  3. Masukkan udang, ayam dan fish cake. Goreng sebentar, Masukkan air.
  4. Masukkan serbuk lada hitam, sos tiram, garam dan serbuk perasa.
  5. Masukkan bihun, taugeh dan karot. Gaul sebati dan bihun masak.
  6. Masukkan telur hancur tadi, gaul rata, tutup api dan masukkan ke dalam pinggan hidang.
  7. Taburkan bawang goreng, cili merah, daun bawang dan daun sup. Juga hirisan limau kasturi.
  8. Jika suka pedas, boleh juga dinikmati bersama cili hiris-kicap.


Thursday, 9 August 2012

AYAM PAPRIK

AYAM PAPRIK
Bahan-bahan:
3 ketul isi ayam - potong kecil-kecil
1/2 batang karot - potong nipis
bunga kobis - potong kecil
3 batang kacang panjang - potong 2 inci
1 biji bawang besar - potong baji
1 biji cili merah - potong serong
6 biji cili api siam - ketuk
3 helai daun limau purut - buang tulangnya
1 sudu makan cili kisar
3 sudu makan sos cili
2 sudu makan sos tomato
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan kicap pekat
2 ulas bawang putih - cincang halus

Cara-caranya:
  1. Tumis bawang putih hingga wangi. Masukkan cili kisar. Tumis hingga garing.
  2. Masukkan ayam, gaul rata hingga ayam empuk.
  3. Masukkan semua sos dan kicap. Gaul rata.
  4. Masukkan 1/2 cawan air, biarkan mendidih. 
  5. Masukkan karot, bawang besar, cili merah, cili api, kacang panjang dan daun limau purut. Kacau rata.
  6. Maukkan garam, serbuk perasa. Kacau rata. Masukkan bunga kobis. Masak hingga bunga kobis agak empuk. Sedia untuk dihidangkan.




KARI AYAM TANPA SANTAN

 KARI AYAM TANPA SANTAN
Bahan-bahannya:
1/2 ekor ayam
2 biji kentang - dibelah 4
3 sudu makan rempah kari daging
2 pelepah daun kari
1 keping asam gelugor
1 mangkuk air

Bahan Tumis:
1 cm halia - dihiris nipis
3 ulas bawang putih - dihiris nipis
1 biji bawang besar - dihiris nipis
3 biji buah pelaga
2 bunga lawang
1 batang kulit kayu manis

 Cara-caranya:

  1. Tumis bahan tumis hingga wangi. 
  2. Masukkan daun kari dan serbuk kari daging yang telah dicampur dengan sedikit air. Tumis lagi hingga kari masak dan terbit minyak.
  3. Masukkan ayam, gaul rata dan biarkan ayam layu sedikit.
  4. Masukkan semangkuk air, biarkan air sama paras dengan ayam. 
  5. Masukkan pula kentang dan asam gelugor. Biarkan kuah mendidih. 
  6. Masukkan garam dan serbuk perasa. Masak lagi hingga ayam dan kentang empuk dan biarkan kuahnya pekat sedikit. Tutup api. Sedia untuk dihidangkan.


Monday, 6 August 2012

PIZZA

PIZZA
Bahan Doh:
2 cwn tepung gandum
1 sd kecil gula
Sedikit garam
1 sd kecil yis
1 sd kecil minyak zaitun
125 ml air
1 sd besar shortening

 Bahan Topping:
1 bungkus daging kisar
3 batang sosej - potong nipis
1 tin cendawan butang - potong nipis
1/2 biji bawang besar - dicincang halus
3 ulas bawang putih - dicincang halus
1/2 biji capsicum hijau dan merah
1 biji tomato
sedikit garam
sedikit gula
1 sd kecil oregano
sos prego - (boleh juga kalau nak guna sos cili + sos tomato)
keju mozarella
minyak untuk menumis
2 sd besar serbuk kari

 Cara membuat doh:

  1. Ayak tepung ke dalam besen adunan. Masukkan yis, garam dan gula. Gaul rata.
  2. Masukkan minyak zaitun, gaul rata dan sebati dengan tepung.
  3. Masukkan air sedikit demi sedikit sambil terus menguli hingga menjadi doh.
  4. Campurkan shortening, uli lagi hingga mendapat doh yang lembut, licin dan besen adunan bersih. (tiada tepung yang melekat-lekat di tangan dan besen adunan.
  5. Bulatkan doh, masukkan ke dalam bekas yang telah dilenserkan marjerin. Tutup dengan plastik selama 1 jam dan adunan naik sekali ganda.

Untuk pizza:
  1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang besar hinnga berbau.
  2. Masukkan sosej. sedikit garam, gula , daging cincang dan serbuk kari. Kacau sebentar dan angkat
  3. Keluarkan doh. Uli selama 5 minit dan letak doh atas dulang pizza yang telah dilengserkan dengan mentega.
  4. Tekan dengan hujung jari sehingga doh memenuhi dulang. Biarkan doh tebal sikit di bahagian bibir dulang.
  5. Sapu sos prego di atas doh yang telah dicanai tadi. Letakkan campuran bawang, sosej , daging kisar, capsicum dan tomato.
  6. Taburkan oregano, dan akhir sekali taburkan keju mozarrela hingga rata.
  7. Bakar selama 30 minit pada suhu 180c atau  sehingga pizza masak .




Sunday, 5 August 2012

YEE MEE SIZZLING

 YEE MEE SIZZLING
Bahan-bahannya: (Untuk 3 orang)
3 gulung yee mee
5 ulas bawang putih - dicincang halus
1/2 inci halia - dicincang halus
Ayam - dipotong kecil
6 kuntum cendawan shitake kering - direndam hingga lembut dan dipotong 4
4 biji cili kering - dipotong-potong
4 sudu makan sos tiram
3 sudu makan kicap cair
3 sudu makan kicap pekat
1 sudu makan serbuk lada hitam
1 sudu teh minyak bijan
2 sudu makan tepung jagung + secawan air
Minyak untuk menumis
4 cawan air

Inilah cendawan shitake kering..

Ini kuahnya, saya buat dalam periuk. Jadi sesiapa nak makan, boleh masak sendiri dalam hot plate.

Ini bahan2 sampingan selain kuah di atas tu... Mudah aje kan?

 Cara-caranya:

  1. Tumis bawang putih, cili kering dan halia hingga wangi.
  2. Masukkan ayam, goreng sebentar hingga ayam agak masak dan empuk.
  3. Masukkan 4 cawan air. (Kalau nak kuah banyak, boleh tambah air).
  4. Masukkan sos tiram, kicap cair, kicap pekat dan serbuk lada hitam. Biarkan mendidih dan ayam masak.
  5. Masukkan cendawan.  Biarkan 2 - 3 minit.
  6. Masukkan air tepung jagung. Gaul rata dan kuah akan pekat.
  7. Masukkan minyak bijan, gaul rata. Tutup api.
  8. Bila dah nak dihidangkan, masukkan 2 senduk kuah ke dalam kuali kecil. Masukkan 1 gulung yee mee, sayur sawi dan pecahkan sebiji telur. Jika perlu, tambahkan lagi kuah. Biarkan mee lembut dan telur separuh masak. Tutup api dan angkat mee. Ulang langkah 8 untuk hidangan yee mee yang lain. Selamat mencuba...

** Kalau guna plate sizzling, kena faham bahawa plate tu dibuat drp besi... Jadi kalau dibiarkan basah atau lembab akan menyebabkan plate berkarat. Kalau dah berkarat tu, jgnlah dibuang, tapi cuci bersih2 sehingga hilang semua karatnya...

Cara nak mengelakkan plate besi tu dari berkarat ialah, selepas digunakan terus dibasuh dan terus panaskan di atas api hingga plate benar-benar kering dan sejukkan. Barulah disimpan di tempat yg kering...

Saturday, 4 August 2012

KOAY TEOW KUNGFU


 KOAY TEOW KUNGFU
Bahan A
500g koay teow - dibahagi kepada 5 bahagian yang sama banyak.
5 biji telur

Bahan B
 100 g udang basah - dibuang kulit
150 g ayam - dihiris
1 bar fish cake - dihiris nipis
100 g bunga kobis - dipotong kecil
100 g karot - dihiris nipis
1 peket jagung muda - dihiris nipis
2 pokok sawi - dipotong 1 1/2 inci panjang
2 sd besar minyak masak
1 cawan air rebusan ayam - saya guna kiub ayam maggi + 1 cawan air
2 sd besar sos tiram
1 sd besar lada sulah
3 ulas bawang putih - dicincang halus
2 sd besar tepung jagung + 1 cawan air - dibancuh bersama

Cara:
  1. Panaskan minyak dalam kuali. Pecahkan sebiji telur dan dipukul dengan garfu. Masukkan 1 bahagian koay teow, gaul rata dan goreng macam telur dadar hingga agak garing. (1 portion untuk 1 pinggan). Ketepikan. Ulang langkah ini hingga habis portion.
  2. Panaskan 2 sd besar minyak. Tumis bawang putih hingga agak garing.
  3. Masukkan ayam, udang dan fish cake. Gaul rata dan ayam agak layu.
  4. Masukkan air rebusan ayam, lada sulah, sos tiram, jagung muda dan karot. Biarkan mendidih.
  5. Masukkan garam.
  6. Masukkan air tepung jagung, bunga kobis dan sawi. Kacau rata dan tutup api.
  7. Tuang kuah ke atas koay teow dan hidangkan panas-panas. Enak dinikmati bersama cili padi potong yang dicampur kicap cair.