Thursday, 1 May 2014

PUDING JAGUNG BERKUAH KASTARD


PUDING JAGUNG BERKUAH KASTARD
Bahan-Bahan Untuk Puding Jagung:
1 cawan tepung kastard
3 sudu besar tepung jagung
3/4 cawan gula
1 tin susu cair
1 tin jagung krim
2  1/2 cawan air

Cara-caranya:

  1. Campurkan semua bahan di dalam periuk. Kacau rata.
  2. Masak di atas api sambil sentiasa dikacau hingga puding likat dan berkilat.
  3. Masukkan ke dalam acuan, Sejukkan dulu sebelum dimasukkan ke dalam peti ais.

Bahan-Bahan Untuk Kuah Kastard:
1 tin susu cair
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar tepung kastard
1 biji telur
2 gelas air
7 sudu besar gula

Cara-Caranya:

  1. Campurkan semua bahan ke dalam periuk. Kacau sebati.
  2. Masak di atas api sambil sentiasa dikacau sehingga mendidih. 
  3. Padam api. Sejukkan.
  4. Hidangkan puding jagung bersama kuah kastard. Boleh juga dihiaskan dengan buah-buahan cocktail.


No comments: