Saturday, 4 January 2014

CHICKEN GRILLED WITH BLACKPEPPER-MUSHROOM SAUCE

CHICKEN GRILLED WITH BLACKPEPPER-MUSHROOM SAUCE
Bahan-Bahan Perapan:
6 keping whole leg - debone (dibuang tulangnya)
1 kiub pati ayam
2 sdm sos tiram
2 sdm sos lea & perrin (pilihan)
1 sdm serbuk lada hitam
3 ulas bawang putih - ditumbuk
3 biji bawang merah - ditumbuk

Cara-caranya:

  1. Lumurkan semua bahan pada ayam. (Saya bancuh dulu semua bahan perapan kemudian baru lumurkan pada ayam)
  2. Letak ayam dalam bekas bertutup dan masukkan ke dalam peti ais. Perap selama 2 - 3 jam.
  3. Grill ayam di atas non stick pan. Letakkan sedikit butter di sekeliling ayam. Balik-balikkan ayam sehingga masak. Hidangkan.

Bahan-Bahan Blackpaper-Mushroom Sauce:
1 biji bawang besar - dicincang halus
6 ulas bawang bawang putih - dicincang halus
1/2 cawan susu segar
3 sudu makan serbuk lada hitam
2 sudu makan tepung jagung - dicampur dengan sedikit air
2 sudu makan butter - untuk menumis
1 sudu makan gula
1/2 tin cendawan butang - dihiris nipis

Bahan Kisar:
1/2 cawan stok ayam pekat Maggi
2 1/2 cawan air
2 sudu makan sos tomato
3 sudu makan kicap lemak masin
2 kiub daging
1/2 tin cendawan butang

Cara-caranya:

  1. Cairkan butter dalam periuk. Tumis bawang putih dan bawang merah hingga wangi.
  2. Masukkan bahan kisar, serbuk lada hitam, susu segar dan cendawan butang yang dihiris. Biarkan mendidih.
  3. Masukkan gula. Rasa masin dan manisnya. Jika kurang masin boleh masukkan garam. Tapi kalau terlebih masin, boleh masukkan lagi sedikit air atau susu segar.
  4. Masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah. Biarkan mendidih sekali lagi. 
  5. Tutup api. Curahkan atas ayam grill tadi. 

Bahan-Bahan untuk Coleslaw:
1/4 buku kobis - hiris halus
1 biji karot - diparut
1/2 cawan mayonis
1/4 cawan susu segar
1 sdt cuka
Sedikit gula dan garam

Cara-caranya:

  1. Campurkan mayonis, cuka, gula dan garam. Kemudian masukkan susu segar sedikit demi sedikit sambil terus dikacau dengan sudu sehingga dapat kepekatan yang dikehendaki. (jika cair sangat, tidak perlu masukkan semua susu segar tu)
  2. Masukkan semua kobis dan karot. (Hari ni saya masukkan sedikit kobis ungu). Gaul rata.
  3. Masukkan dalam bekas bertutup dan simpan di dalam peti ais.


5 comments:

Tukang Karut said...

susu segar tu susu pek di supermarket atau segar dari perahan lembu..

jaja said...

Tlg jwb.. susu segar di pek yg selalu ada kat pasaraya tu

Unknown said...

saya dh ikut resepi ni tp masin sgt2. dh tambah air secawan pun masin. agaknya kicap masin dan kiub tu jgn letak kot.

Unknown said...

Nurliyana haji khalid...stok ayam maggi tu pun memang dah masin

Unknown said...

Guna kicap biasa je.jgn yg masin.