SOTO AYAM
Bahan-bahan
• Nasi impit.
• 1 ekor ayam, dibelah empat
• 2 liter air
• ½ cawan santan pekat
• 1 peket kecil rempah sup FAIZA – dlm ni dah
ada semua. So tak perlu lagi masuk rempah tumis bagai.
• ½ peket kecil rempah kurma FAIZA
• 3 batang serai, dititik
• lengkuas sebesar ibu jari, dititik
• garam secukup rasa
• minyak untuk menumis
Bahan untuk Ditumbuk
• 2 biji bawang besar
• 3 ulas bawang putih
• 1 inci halia
• 1 inci kunyit hidup
Cara:
Tumis bahan tumbuk, serai yg dititik dan lengkuas yg dititik
hingga wangi. Masukkan air, rempah sup, rempah kurma, ayam. Biarkan mendidih.
Masukkan santan dan garam. Bila ayam sudah masak, keluarkan ayam, siat2 kecil.
Tulang dan kulit ayam jgn dibuang. Masukkan semula ked lm kuah sup, tambah lagi
air jika perlu. Sesuaikan garamnya, masukkan daun sup. Siap.
SAMBAL KICAP
Bahan-Bahannya:
• Segenggam cili
padi
• 2 ulas bawang
putih
• Kicap manis kipas
udang
Cara:
Goreng cili dan bwg
dlm sedikit minyak. Kisar dgn kicap. Siap.
BERGEDIL DAGING
Bahan-Bahannya:
• Daging kisar
• Kentang – digoreng
dan ditumbuk lumat.
• Bawang goreng
• Daun sup –
dipotong2.
• Sedikit garam
** Gaul semua, kepal
sebesar bola pingpong (agak2 la), leperkan sikit, celup dlm telur dan goreng.
Bahan Hiasan
• bergedil
• taugeh
• daun sup, dipotong
halus
• bawang goreng
• sambal kicap
• ayam, yang telah
disiat-siat
• Suun goreng
• Kacang tanah goreng
Potong lontong dadu
besar dan letakkan daging ayam yang telah disiat bersama taugeh dan tuang
kuahnya. Hiaskan
No comments:
Post a Comment