Sunday, 5 August 2012

YEE MEE SIZZLING

 YEE MEE SIZZLING
Bahan-bahannya: (Untuk 3 orang)
3 gulung yee mee
5 ulas bawang putih - dicincang halus
1/2 inci halia - dicincang halus
Ayam - dipotong kecil
6 kuntum cendawan shitake kering - direndam hingga lembut dan dipotong 4
4 biji cili kering - dipotong-potong
4 sudu makan sos tiram
3 sudu makan kicap cair
3 sudu makan kicap pekat
1 sudu makan serbuk lada hitam
1 sudu teh minyak bijan
2 sudu makan tepung jagung + secawan air
Minyak untuk menumis
4 cawan air

Inilah cendawan shitake kering..

Ini kuahnya, saya buat dalam periuk. Jadi sesiapa nak makan, boleh masak sendiri dalam hot plate.

Ini bahan2 sampingan selain kuah di atas tu... Mudah aje kan?

 Cara-caranya:

  1. Tumis bawang putih, cili kering dan halia hingga wangi.
  2. Masukkan ayam, goreng sebentar hingga ayam agak masak dan empuk.
  3. Masukkan 4 cawan air. (Kalau nak kuah banyak, boleh tambah air).
  4. Masukkan sos tiram, kicap cair, kicap pekat dan serbuk lada hitam. Biarkan mendidih dan ayam masak.
  5. Masukkan cendawan.  Biarkan 2 - 3 minit.
  6. Masukkan air tepung jagung. Gaul rata dan kuah akan pekat.
  7. Masukkan minyak bijan, gaul rata. Tutup api.
  8. Bila dah nak dihidangkan, masukkan 2 senduk kuah ke dalam kuali kecil. Masukkan 1 gulung yee mee, sayur sawi dan pecahkan sebiji telur. Jika perlu, tambahkan lagi kuah. Biarkan mee lembut dan telur separuh masak. Tutup api dan angkat mee. Ulang langkah 8 untuk hidangan yee mee yang lain. Selamat mencuba...

** Kalau guna plate sizzling, kena faham bahawa plate tu dibuat drp besi... Jadi kalau dibiarkan basah atau lembab akan menyebabkan plate berkarat. Kalau dah berkarat tu, jgnlah dibuang, tapi cuci bersih2 sehingga hilang semua karatnya...

Cara nak mengelakkan plate besi tu dari berkarat ialah, selepas digunakan terus dibasuh dan terus panaskan di atas api hingga plate benar-benar kering dan sejukkan. Barulah disimpan di tempat yg kering...

52 comments:

Anonymous said...

Emm..sdp sgt nmpk..nk try buat nanti..sy sk sgt2 mkn sizzling yee mee..tima ksh ats perkongsian resepi..

Anonymous said...

lama cari resepi yee mee nih.anak2 saya sgt suka makan mee ni. nak cuba buat lah,nampak mudah je.tk krn kongsi resepi cikgu ani.

Unknown said...

senang je rupanya cara membuat kalau makan kat kdai rasa tak puas je skrg ni dah boleh buat sendiri.. trima kasih cg Ani...

Cikgu Ani Bawok said...

Mcm mana semua... menjadi tak?

Nuha Narsha said...

Subhanallah,nampak macam sedap!!!

Anonymous said...

Saya baru try buat ni!! Sedap..mcm kat kedai..terangkat..thanks for the recipe..

Anonymous said...

Kat mana bleh dapat mee gulung ni..

Derth Ton said...

mee bulat tu kena rendam dalam air dulu ke?

Cikgu Ani Bawok said...

Mee Bulat atau Yee Mee tak perlu direndam dulu.. terus aje masak...

Anonymous said...

salam, nak tanya utk sayur apa yang sesuai?

Sir Wauwee said...

salam..beli plate tuk masak sizzling tu kat mana ek?..dah lama mencari..hukhuk..thank u..:-)

Unknown said...

Nampak sedap, saya baru je beli hotplate tu kat kedai jual kuali2 rm18 tp tempat lain x pasti, seronok sgt dah ade, dah buat memang sedap anak2 suka..

Unknown said...

Dh try...sdp..tp tmbh garam sket..tq admin kongsi resepi ni 😊

Unknown said...

Nak beli dkt mane erk yee mee tu? Selalu brand cina yg jual dkt supermarket.

ela said...

Sedapnye nampak. Terima kasih atas resepi n cara2 nk bersihkan n jaga plate tu :)

mama_kidsbundle said...

Da try..mmg mcm kat kedai

mama_kidsbundle said...

Da try..mmg mcm kat kedai

mama_kidsbundle said...

Da try..mmg mcm kat kedai

Linie said...

Sedapp nih...kena try..tenkiuu kongsi resepi

Unknown said...

kalau tak guna hotplate tu pun bole kan

Ros Lina said...

Nak cuba buat..saya memang suka sizzling mee

Unknown said...

Sedap nampak macam nak tray..
X dah hotplate menjadi ke dengan wajan biasa

Unknown said...

Sedap nampak macam nak tray..
X dah hotplate menjadi ke dengan wajan biasa

Unknown said...

Sedap nampak macam nak tray..
X dah hotplate menjadi ke dengan wajan biasa

Anonymous said...

Resipi terbaik !!! Ikhlas dari org singapura. ..

||alis|| said...

salam cikgu ani.. dah 3x buat resepi yg sama, pertama kali buat sendiri terus suka. suami pon suka (dia yg pujuk suruh buatkan haha)

semoga cikgu dalam keadaan sejahtera dan sihat selalu. terima kasih atas ilmu diberikan..

Marissa said...

Assalamualaikum..terima kasih sangat bagi resepi ni cikgu.. First time nak cuba buat cari resepi jumpa pulak blog cikgu. Tengok gamba yee mee pun dah tergugat hehee..in sya Allah nanti saya cuba! :))

IniblogkakAscomey said...

Terima kasih atas resepi yang sedap bangat tu..boleh tahu mana ada jual plate sizling tu ye?

Unknown said...

Plate tu ada jual dkt kedai jual kuali,periuk,sudu dan bekas besi lain

Anonymous said...

Salam. Saya memang suka makan mee sizzling ni. Kalau pegi makan kat foodcourt mesti cari mee sizzling. Thanks for the resepi.
Cuma nak tanya sket, mee tu nak kena rendam dulu ke, celur ngn air panas dulu ke atau terus masuk kedlm kuah yg sudah dipanaskan?
Terima Kasih..

Unknown said...

nampak sdap.br nak mencube ni.kalau hotplate dgntikan dgn kuali lain blh x ye.

Unknown said...

terima kasih krn share resepi

Cikgu Ani Bawok said...

Salam semua, terima kasih krn mencuba.. kalau tak ada hotplate, boleh je masak dlm kuali dan hidang dlm pinggan.. tapi seeloknya masak bila nak mkn.. nanti mee kembang..

Mee bulat atau yee mee tak perlu rendam atau celur sebelum masak.. cuma siram kuah sizzling atasnya dan masak hingga lembut.

Zarin Aziz said...

Assalamualaikum Puan.

Minta izin share dan cuba resepi ye. terima kasih!

Cikgu Ani Bawok said...

Silakan Zarin..

Unknown said...

Resepi cgu ani ni mmg betol & ikhlas. Tahniah cgu krn xlokek ilmu. Semoga usaha cgu diberkati Allah. Sy biase msk mee ni.

Unknown said...

Salam cikgu..kalau takda minyak bijan tak apa ke ? Boleh gnti dgn yg lain ?

Unknown said...

sedapp dan terbaikk

Unknown said...

Di kedai2 yg jual produk melayu ada mee ni..

Unknown said...

wow sedapnyaaaa

Unknown said...

Tq cikgu ani..kami satu family mmg suka sgt mkn sizzling yee mee ni.minta halal ye resipi nya 😘

Cikgu Ani Bawok said...

Ok.. Saya izinkan..

kamal said...

ahamdulillah...tk atas info ini

Adiqmanja said...

Ermmm dap ehhh, arini mmg nk buat mee sizzling 😘😘 tq resepi

mona said...

Thanks for the recipe sis.... Too good... Tried today and its really comes out well...

Unknown said...

Tq resepi ni..saya da cuba menjadi..sedap...

Unknown said...

Assalammualaikum. Saya dah cuba resepi ni berkali-kali, memang sedap dan menjadi. Terima kasih banyak dan mohon halalkan ya. TERBAIK

Unknown said...

Assalamualaikum, dimana kita boleh dapatkan mee untuk resepi ini. Selain dari yee mee kering tu

Unknown said...

Assalamualaikum cikgu sy mohon utk share resepi ini. Tk ye..

Unknown said...

Mohon halal resipi ye

yatie said...

Alhamdulillah... sy pun dah bbrp kali buat yee mee ni. Hrni buat utk berbuka. tp sy xde hotplate... terus jer masuk dlm pinggan... tuang kuah panas tu atas yee mee dlm pinggan... mmg sedap. T kasih cg ani krn share resepi...

Unknown said...

Terima kasih atas resepi. Memang sedap. Izinkan saya share di Instagram saya ya