Bahan-bahannya: (Untuk 3 orang)
3 gulung yee mee
5 ulas bawang putih - dicincang halus
1/2 inci halia - dicincang halus
Ayam - dipotong kecil
6 kuntum cendawan shitake kering - direndam hingga lembut dan dipotong 4
4 biji cili kering - dipotong-potong
4 sudu makan sos tiram
3 sudu makan kicap cair
3 sudu makan kicap pekat
1 sudu makan serbuk lada hitam
1 sudu teh minyak bijan
2 sudu makan tepung jagung + secawan air
Minyak untuk menumis
4 cawan air
Inilah cendawan shitake kering..
Ini kuahnya, saya buat dalam periuk. Jadi sesiapa nak makan, boleh masak sendiri dalam hot plate.
Ini bahan2 sampingan selain kuah di atas tu... Mudah aje kan?
- Tumis bawang putih, cili kering dan halia hingga wangi.
- Masukkan ayam, goreng sebentar hingga ayam agak masak dan empuk.
- Masukkan 4 cawan air. (Kalau nak kuah banyak, boleh tambah air).
- Masukkan sos tiram, kicap cair, kicap pekat dan serbuk lada hitam. Biarkan mendidih dan ayam masak.
- Masukkan cendawan. Biarkan 2 - 3 minit.
- Masukkan air tepung jagung. Gaul rata dan kuah akan pekat.
- Masukkan minyak bijan, gaul rata. Tutup api.
- Bila dah nak dihidangkan, masukkan 2 senduk kuah ke dalam kuali kecil. Masukkan 1 gulung yee mee, sayur sawi dan pecahkan sebiji telur. Jika perlu, tambahkan lagi kuah. Biarkan mee lembut dan telur separuh masak. Tutup api dan angkat mee. Ulang langkah 8 untuk hidangan yee mee yang lain. Selamat mencuba...
Cara nak mengelakkan plate besi tu dari berkarat ialah, selepas digunakan terus dibasuh dan terus panaskan di atas api hingga plate benar-benar kering dan sejukkan. Barulah disimpan di tempat yg kering...
Emm..sdp sgt nmpk..nk try buat nanti..sy sk sgt2 mkn sizzling yee mee..tima ksh ats perkongsian resepi..
ReplyDeletelama cari resepi yee mee nih.anak2 saya sgt suka makan mee ni. nak cuba buat lah,nampak mudah je.tk krn kongsi resepi cikgu ani.
ReplyDeletesenang je rupanya cara membuat kalau makan kat kdai rasa tak puas je skrg ni dah boleh buat sendiri.. trima kasih cg Ani...
ReplyDeleteMcm mana semua... menjadi tak?
ReplyDeleteSubhanallah,nampak macam sedap!!!
ReplyDeleteSaya baru try buat ni!! Sedap..mcm kat kedai..terangkat..thanks for the recipe..
ReplyDeleteKat mana bleh dapat mee gulung ni..
ReplyDeletemee bulat tu kena rendam dalam air dulu ke?
ReplyDeleteMee Bulat atau Yee Mee tak perlu direndam dulu.. terus aje masak...
ReplyDeletesalam, nak tanya utk sayur apa yang sesuai?
ReplyDeletesalam..beli plate tuk masak sizzling tu kat mana ek?..dah lama mencari..hukhuk..thank u..:-)
ReplyDeleteNampak sedap, saya baru je beli hotplate tu kat kedai jual kuali2 rm18 tp tempat lain x pasti, seronok sgt dah ade, dah buat memang sedap anak2 suka..
ReplyDeleteDh try...sdp..tp tmbh garam sket..tq admin kongsi resepi ni 😊
ReplyDeleteNak beli dkt mane erk yee mee tu? Selalu brand cina yg jual dkt supermarket.
ReplyDeleteDi kedai2 yg jual produk melayu ada mee ni..
DeleteSedapnye nampak. Terima kasih atas resepi n cara2 nk bersihkan n jaga plate tu :)
ReplyDeleteDa try..mmg mcm kat kedai
ReplyDeleteDa try..mmg mcm kat kedai
ReplyDeleteDa try..mmg mcm kat kedai
ReplyDeleteSedapp nih...kena try..tenkiuu kongsi resepi
ReplyDeletekalau tak guna hotplate tu pun bole kan
ReplyDeleteNak cuba buat..saya memang suka sizzling mee
ReplyDeleteSedap nampak macam nak tray..
ReplyDeleteX dah hotplate menjadi ke dengan wajan biasa
Sedap nampak macam nak tray..
ReplyDeleteX dah hotplate menjadi ke dengan wajan biasa
Sedap nampak macam nak tray..
ReplyDeleteX dah hotplate menjadi ke dengan wajan biasa
Resipi terbaik !!! Ikhlas dari org singapura. ..
ReplyDeletesalam cikgu ani.. dah 3x buat resepi yg sama, pertama kali buat sendiri terus suka. suami pon suka (dia yg pujuk suruh buatkan haha)
ReplyDeletesemoga cikgu dalam keadaan sejahtera dan sihat selalu. terima kasih atas ilmu diberikan..
Assalamualaikum..terima kasih sangat bagi resepi ni cikgu.. First time nak cuba buat cari resepi jumpa pulak blog cikgu. Tengok gamba yee mee pun dah tergugat hehee..in sya Allah nanti saya cuba! :))
ReplyDeleteTerima kasih atas resepi yang sedap bangat tu..boleh tahu mana ada jual plate sizling tu ye?
ReplyDeletePlate tu ada jual dkt kedai jual kuali,periuk,sudu dan bekas besi lain
ReplyDeleteSalam. Saya memang suka makan mee sizzling ni. Kalau pegi makan kat foodcourt mesti cari mee sizzling. Thanks for the resepi.
ReplyDeleteCuma nak tanya sket, mee tu nak kena rendam dulu ke, celur ngn air panas dulu ke atau terus masuk kedlm kuah yg sudah dipanaskan?
Terima Kasih..
nampak sdap.br nak mencube ni.kalau hotplate dgntikan dgn kuali lain blh x ye.
ReplyDeleteterima kasih krn share resepi
ReplyDeleteSalam semua, terima kasih krn mencuba.. kalau tak ada hotplate, boleh je masak dlm kuali dan hidang dlm pinggan.. tapi seeloknya masak bila nak mkn.. nanti mee kembang..
ReplyDeleteMee bulat atau yee mee tak perlu rendam atau celur sebelum masak.. cuma siram kuah sizzling atasnya dan masak hingga lembut.
Assalamualaikum Puan.
ReplyDeleteMinta izin share dan cuba resepi ye. terima kasih!
Silakan Zarin..
ReplyDeleteResepi cgu ani ni mmg betol & ikhlas. Tahniah cgu krn xlokek ilmu. Semoga usaha cgu diberkati Allah. Sy biase msk mee ni.
ReplyDeleteSalam cikgu..kalau takda minyak bijan tak apa ke ? Boleh gnti dgn yg lain ?
ReplyDeletesedapp dan terbaikk
ReplyDeletewow sedapnyaaaa
ReplyDeleteTq cikgu ani..kami satu family mmg suka sgt mkn sizzling yee mee ni.minta halal ye resipi nya 😘
ReplyDeleteOk.. Saya izinkan..
ReplyDeleteahamdulillah...tk atas info ini
ReplyDeleteErmmm dap ehhh, arini mmg nk buat mee sizzling 😘😘 tq resepi
ReplyDeleteThanks for the recipe sis.... Too good... Tried today and its really comes out well...
ReplyDeleteTq resepi ni..saya da cuba menjadi..sedap...
ReplyDeleteAssalammualaikum. Saya dah cuba resepi ni berkali-kali, memang sedap dan menjadi. Terima kasih banyak dan mohon halalkan ya. TERBAIK
ReplyDeleteAssalamualaikum, dimana kita boleh dapatkan mee untuk resepi ini. Selain dari yee mee kering tu
ReplyDeleteAssalamualaikum cikgu sy mohon utk share resepi ini. Tk ye..
ReplyDeleteMohon halal resipi ye
ReplyDeleteAlhamdulillah... sy pun dah bbrp kali buat yee mee ni. Hrni buat utk berbuka. tp sy xde hotplate... terus jer masuk dlm pinggan... tuang kuah panas tu atas yee mee dlm pinggan... mmg sedap. T kasih cg ani krn share resepi...
ReplyDeleteTerima kasih atas resepi. Memang sedap. Izinkan saya share di Instagram saya ya
ReplyDelete