DONUT
1kg tepung gandum
(boleh dpt lebih kurang 60 biji donut saiz M)
1 pkt yis segera
mauripan (11g)
3 cmb susu pekat
manis
1 cmt garam
1 cwn Minyak masak
550 ml air
Minyak masak untuk menggoreng tenggelam
1 cwn Minyak masak
550 ml air
Minyak masak untuk menggoreng tenggelam
Cara:
- Larutkan garam, susu kedalam air.
- Gaulkan yis dan tepung gandum sehingga rata.
- Masukkan minyak masak dan gaul ramas sehingga sebati.
- Masukkan cecair sekaligus dan gaul dahulu menggunakan hujung jari sehingga tiada lagi air bertakung.
- Kemudian barulah diuli sehingga menjadi doh yang sangat lembab dan melekit.
- Rehatkan adunan tanpa ditutup selama 15-20 minit.
- Setelah direhatkan, uli semula 2 - 3 minit sehingga tiada lagi adunan yang melekat di tangan dan mangkuk adunan.
- Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dengan berat 50g setiap satu.
- Bulatkan setiap adunan tadi menjadi bebola yang licin.
- Leperkan sedikit bebola tadi lebih kurang setebal 1 - 1.5 cm dan tebuk lubang ditengahnya mengunakan penutup botol.Gunakan donut cutter pun ok..
- Biarkan donut mengembang di tempat yang tertutup supaya adunan tidak kering lebih kurang 1/2 - 1 jam. Tidak perlu terlalu lama kerana ia akan mengembang lagi apabila digoreng.
- Goreng didalam minyak yang banyak dengan api sederhana sehingga kuning keemasan
- Tuskan sebelum digaulkan dalam gula castor atau dihias sesuka hati anda sebelum dihidang.
No comments:
Post a Comment