Sunday, 11 November 2012

MASAK LEMAK KOBIS PANJANG

MASAK LEMAK KOBIS PANJANG
Bahan-Bahannya:
1/2 kobis panjang
1 mangkuk santan pekat
2 biji cili merah - dipotong serong
segenggam ikan bilis
3 ulas bawang putih - dihiris nipis
1 biji bawang besar - dihiris nipis
garam

Cara Memasak:

  1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk.
  2. Masak hingga mendidih dan kobis layu.
  3. Tutup api, sedia untuk dihidangkan.



APAM POLKADOT

APAM POLKADOT
Bahan-bahannya:
3 biji telur sejuk dari peti ais
275 g tepung gandum + 3 sudu teh baking powder = diayak sekali
1 sudu kecil ovelette
220 g gula halus
150 ml susu segar
1sudu teh esen vanilla
Pewarna ikut citarasa
Inti ikut citarasa - boleh guna jem nenas, sekaya, orange filling dsb

Cara-caranya:

 Pukul putih telur sampai kembang

 Kemudian masukkan ovelette, kuning telur dan esen vanila. Pukul lagi hingga kembang.
Masukkan gula. Pukul lagi hingga kembang.
Masukkan tepung + baking powder, selang-selikan dengan susu. Pukul hingga rata.

Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna, kacau hingga rata.
Masukkan setiap warna ke dalam plastik yang bersih/ piping bag. Ikat hujungnya dengan kemas.

 Masukkan cup kertas ke dalam acuan lompang.

 Picit adunan ke dalam cup kertas sehingga paras setengah. 
Sudukan inti ke atas adunan.
Lapiskan dengan adunan sehingga 3/4 penuh.

 Kemudian dot-dotkan dengan warna pilihan.
Kukus selama 10 - 15 minit.

Cantikkan?
YUMMY!!!!

Saturday, 10 November 2012

SIAKAP SWEET SOUR

SIAKAP SWEET SOUR
Bahan-bahannya:
1 ekor ikan siakap - dibersihkan, dikelar2, di sapu garam di kedua2 belahnya dan digoreng garing
3 keping nenas - dipotong dadu
1 biji bawang besar - di belah dua dan dimayang kasar
2 biji cili merah - dihiris serong
2sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
1 mangkuk taufu fa air
Daun bawang dan daun sup - dicincang
1 sudu teh serbuk lada sulah
Garam
Gula



Bahan Tumbuk Lumat:
1 inci halia
3 ulas bawang putih
1biji bawang besar


Cara Memasak:

  1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bahan tumbuk hingga wangi.
  2. Masukkan sos cili dan sos tomato, tumis hingga pecah minyak.
  3. Masukkan air, kacau rata.
  4. Masukkan bawang besar dan cili merah. Kacau dan biarkan mendidih.
  5. Masukkan lada sulah, garam dan gula secukup rasa.
  6. Masukkan nenas. Biarkan masak sebentar. Rasa masam dan manisnya.
  7. Akhir sekali masukkan daun sup dan daun bawang. Kacau rata. Tutup api.
  8. Curahkan atas ikan siakap yang telah digoreng tadi. 
  9. Sedia untuk dihidangkan.


CENDAWAN TIRAM GORENG

CENDAWAN TIRAM GORENG
Bahan-bahan:
2 peket cendawan tiram - dibersihkan dan dibelah-belah
1 biji karot merah - dikupas kulit dan dipotong serong2
2 biji cili merah - dipotong serong
segenggam udang sayur

Bahan Tumbuk @ Dihiris nipis:
2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar

Cara Masak:

  1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali, tumis bahan tumbuk@ hiris hingga wangi.
  2. Masukkan udang sayur, cili merah dan karot. Gaul rata. 
  3. Masukkan setengah cawan air. Gaul rata dan masak hingga karot empuk.
  4. Masukkan garam dan perasa secukupnya. Gaul rata.
  5. Masukkan cendawan tiram, gaul rata. Masak sekejap aje sebab cendawan mudah layu.
  6. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.


SUKATAN-SUKATAN SEBAGAI PANDUAN MEMASAK


Thursday, 8 November 2012

AIS KRIM DRUMSTICK

 JOM! Kita buat projek ais krim ala-ala ais krim cornetto atau drumstick... Best juga ni...

AIS KRIM DRUMSTICK
Bahan-bahannya:
1 tin susu cair
1/2 tin susu pekat - boleh dikurangkan jika tidak mahu manis
1 sudu besar ovellete
1 biji telur
1 sudu teh serbuk vanila/ esen vanila

Cara-caranya:
 Balutkan kon ais krim dengan kertas bungkus nasi lemak yang dipotong 4 bahagian. (bahagian yang licin diletak sebelah dalam ye..)

 Campurkan semua bahan dalam mangkuk.

 Pukul guna speed maksimum selama 20 minit. Ha... sekarang adunan sudah berbuih...

 Di minit yang ke 20, adunan akan jadi seperti ais krim yang cair macam ni... Gebu kan?

 Tuangkan ais krim ke dalam kon yang sudah dibalut tadi. Tuang adunan tu hingga hampir penuh kelonsong tu. Tinggalkan sedikit ruang untuk coklat ganache nanti.
Masukkan ke dalam peti ais hingga ais krim beku.

 Bila ais krim dah beku, kita buat coklat ganache nya.
Cairkan coklat masakan + sedikit susu UHT / UHT whipping cream/ susu cair secara double boiling ( didihkan sedikit air kemudian masukkan coklat masakan dan susu dalam bekas tahan panas lain, letak atas periuk berisi air mendidih tadi, supaya coklat cair. Kacau hingga coklat cair sekata.) Alihkan dari api, masukkan sesudu mentega cair dan kacau sebati. Sejukkan sebentar.

 Tuang coklat ganache tadi ke atas ais krim yang sudah beku dan bolehlah dihias dgn taburan kacang tanah atau kacang badam yang telah disangai ataupun coklat rice....
Masukkan ke dalam peti ais hingga coklat beku.


Inilah hasilnya... NYUM! NYUM!

Tuesday, 6 November 2012

DURIAN CREPE

Demam Durian Crepe turut melanda saya... tiap-tiap hari tengok rakan-rakan saya menayangkan durian crepe yang mereka hasilkan. Jeles betul tengok hasil kerja mereka tu... Tak boleh jadi ni.. kebetulan hari ni ada orang jual durian kampung yang mabeles isinya...Hahahaha... hajat sekian lama mesti ku laksanakan hari ni... Dua, tiga resepi crepe telah ada di dalam simpananku.. Saya bandingkan dan saya olah mengikut apa bahan-bahan yang ada di dapur saya... Saya menggunakan 6 jenis tepung untuk membuat Durian Crepe ni.. Jadi, kawan-kawan inilah hasilnya.. 
Jom!!!!!

DURIAN CREPE
Bahan-bahannya:
2 sudu besar tepung pau
2 sudu besar tepung ubi kayu
2 sudu besar tepung kastard
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar tepung kentang
4 sudu besar tepung naik sendiri

1 1/2 sudu besar gula castor
2 biji kuning telur
1 penutup esen vanila
1/2 tin susu cair
1 sudu kecil garam
Air
3 sudu besar mentega yang dicairkan
1 sudu teh pewarna kuning lemon

Bahan Filling:
Isi durian yang telah dibuang biji
1 cawan fresh cream - diputar hingga kental

Cara-caranya:

  1. Maukkan semua bahan tepung dan yang lain kecuali mentega cair dan pewarna ke dalam blender. Tambahkan air sehingga kurang 1 inci untuk penuh blender.
  2. Kisar hingga rata. Simpan di dalam peti ais selama sejam. (Saya simpan dengan blender2 sekali.. )
  3. Selepas sejam, keluarkan dan masukkan mentega dan pewarna, kisar sekejap aje hingga rata.
  4. Panaskan non-stick pan menggunakan api yang paling perlahan. Masukkan adunan dan lenggangkan kuali supaya crepe tidak terlalu tebal atau terlalu nipis sehingga adunan likat dan biarkan hingga atasnya masak. Tak perlu terbalikkan. (Crepe ini adalah seperti kuih dadar/kuih ketayap yang lembut).
  5. Ulang langkah 4 hingga semua adunan tepung habis. Biarkan crepe sejuk..

 
Bentangkan crepe dengan bahagian yang licin di bawah. Dengan menggunakan plastik piping, pipekan fresh cream di tengah-tengah crepe.

 Sudukan isi durian di atas fresh cream

 Paipkan fresh cream di atas isi durian

 Lipat crepe

 Lipat crepe

 Jadilah seperti ini...

YUMMY1 YUMMY!