Tuesday, 11 November 2014

APAM SUSU


APAM SUSU
Bahan-Bahannya:
4 biji telur (saya guna 5 biji telur saiz B)
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu besat ovellete
1 cawan gula halus -(saya guna 3/4 cawan)
4 sudu besar susu pekat
2 cawan tepung gandum - (saya ayak dulu)

Cara-caranya:
 Masukkan telur, esen vanilla, ovellete, gula

 Pukul guna speed maksimum sehingga kembang.
Ini belum kembang lagi ye...

 Ini sudah kembang, gebu dan putih...

 Masukkan susu, pukul rata.
Masukkan pula tepung dan pukul rata...

 Bahagikan adunan tepung kepada beberapa bahagian dan warnakan ikut kesukaan masing-masing..
Lengserkan loyang dengan sedikit minyak masak.
Letak sesenduk adunan di bahagian tengah-tengah loyang..

 Lapiskan dengan warna adunan yang kedua..

 Lapiskan pula dengan warna adunan yang ketiga..

 Ulang kerja-kerja melapis sehingga habis semua adunan tepung..



 Nak bagi cantik lagi, saya lorekkan menggunakan lidi satay..
Dari bahagian tengah tarik lidi ke bahagian tepi.. 
Bersihkan lidi menggunakan tisu setiap kali sebelum membuat lorekan yang baru dan ulang kerja melorek . (Lorek kepada beberapa bahagian yang sama besar saiznya)
Kemudian lorek di antara dua lorekan tadi dari bahagian tepi ke bahagian tengah loyang.. 
Ulang hingga habis.

 Kukus sehingga apam masak iaitu selama 45 minit.
(Pastikan air kukusan sudah dididihkan dahulu sebelum mengukus apam.)

 Setelah masak, sejukkan baru dikeluarkan dari loyang..

TARRAAAAA....

13 comments:

Vitamin Terbaik said...

Tak guna ovelet pun ok kan?

Cikgu Ani Bawok said...

Fungsi ovelet, melembut dan menggebukab kek atau apam...

Unknown said...

Tumpang tanya..bater kuih apam ni pekat atau cair? Sebab saya buat dua kali.. dia pekat dan susah bila nak masuk kat loyang bila warna. Dia bercampur..

Unknown said...

Tumpang tanya..bater kuih apam ni pekat atau cair? Sebab saya buat dua kali.. dia pekat dan susah bila nak masuk kat loyang bila warna. Dia bercampur..

hayati suki said...

kalau x letak esen vanilla bole x? ke ada bau hanyir telur?

Unknown said...

Cantiknye..nk try buat la..sy copy resipinye ye cikgu...

Unknown said...

Cantiknye..nk try buat la..sy copy resipinye ye cikgu...

Anonymous said...

Alhamdulilah.. saya dh buat. Sedap.. gebu lembut.. dh mcm kek span pulak. Terima kasih Cikgu Ani

Unknown said...

Letak ape2 perisa pn eh.better vanilla la sdp rs.hanyir ckit x ltk perisa

Unknown said...

Terima kasih kongsi resepi.

hayati suki said...

Yeahhh..ada yang mudah dibuat. Boleh try ni.. ;-)

Unknown said...

X letak baking powder ke

Unknown said...

Kalau kita pkai bking powder,klau x ovlte boleh ke