Bahan-bahannya:
600g sotong - dibersihkan dan ditoskan airnya
6 sudu makan cili kering kisar
1 peket kecil serbuk kari ikan - campur sedikit air untuk dijadikan paste
2 keping asam gelugor
1 biji bawang besar - mayang kasar
Garam
Gula
Bahan Tumbuk Lumat:
2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
Cara-caranya:
- Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bahan tumbuk hingga wangi.
- Masukkan cili kisar. Tumis hingga pecah minyak.
- Masukkan serbuk kari ikan. Tumis hingga pecah minyak.
- Masukkan asam gelugor, sotong dan bawang besar mayang. Gaul sebati. (Tak perlu masukkan air kerana air dari sotong sudah cukup untuk mendapat sambal yang pekat).
- Masukkan garam dan gula secukupnya. Gaul sebati.
- Tutup api dan hidangkan.
3 comments:
Salam kak. klau guna ayam..kena x rasa dia?
w/salam ijan..
boleh kot...
Assalamualiakum cikgu.. saya copy na.. ptg nie nak masak.. 25 ramadhan 2018.. halalkn dunia akhirat
Post a Comment