Monday, 21 September 2015

APAM GULA HANGUS GEBU

APAM GULA HANGUS GEBU
Bahan-Bahannya:
1 1/2 cawan tepung gandum - diayak
1 1/2 sudu teh soda bikarbonat - diayak sekali dengan tepung
2 sudu makan marjerin
2 sudu makan susu pekat manis
2 biji telur
1 cawan gula
1 cawan air mendidih

Cara-caranya:

  1. Gula dimasak di atas api perlahan hingga cair dan berwarna keperangan.
  2. Masukkan air mendidih sedikit demi sedikit. (Berhati-hati kerana gula akan memercik apabila dimasukkan air). Kacau hingga gula larut di dalam air. Tutup api dan sejukkan.
  3. Didihkan air di dalam periuk kukus.
  4. Sementara itu, masukkan telur, marjerin dan susu pekat ke dalam mangkuk adunan. Putar hingga agak kembang. (Tak perlu kembang sangat.. Pukul lebih kurang 10 minit)/
  5. Masukkan gula hangus. Pukul sebati.
  6. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit sambil dipukul. Pukul hingga sebati.
  7. Tuang adunan ke dalam acuan kertas yang diletakkan dalam bekas plastik. (Alaaa.. mangkuk agar2kecil  atau bekas kek kukus yg paling kecil yg orang selalu buat jual tu). Atau apa2 bekas lah... hahaha
  8. Kukus selama 15 minit dengan api sederhana besar.


Sunday, 20 September 2015

BINGKA SUSU

BINGKA SUSU
Bahan A: 
1 cawan tepung gandum - diayak
1 cawan susu cair
3/4 cawan susu pekat manis
2 biji telur

Bahan B:
2 cawan air
6 1/2 sudu makan marjerin/mentega
5 sudu makan tepung kastard
1/2 sudu teh esen vanilla
1/2 sudu teh garam

Cara-caranya:
  1. Satukan semua bahan A, kacau rata menggunakan whisker dan ke tepikan.
  2. Satukan semua bahan B. Masak di atas api yang perlahan, sentiasa dikacau menggunakan hand wisker hingga pekat.
  3. Masukan bahan A ke dalam bahan B. Masak hingga pekat. Matikan mati.
  4. Tuang adunan ke dalam loyang yang sudah digriskan.
  5. Bakar dalam oven pada suhu160'C selama 30 - 40 minit atau hingga permukaannya garing.
  6. Biarkan bingka benar-benar sejuk sebelum dipotong dan dihidangkan.



AYAM BERSOS LEMON

AYAM BERSOS LEMON
Bahan-Bahannya:
200g isi ayam (saya guna bahagian dada) - potong memanjang
1/4 cawan tepung jagung
2 biji kuning telur
2 sudu besar air
1 sudu teh serbuk lada hitam

Bahan Sos:
1/4 cawan jus lemon
1 sudu makan madu
1 cawan air
1 kiub ayam Adabi
1 sudu makan tepung jagung
1 inci halia - hiris nipis, kemudian hiris memanjang nipis
2 1/2 sudu makan gula

Cara-Caranya:

  1. Campurkan semua bahan sos ke dalam periuk kecil.
  2. Masak menggunakan api yang perlahan hingga mendidih dan pekat. Matikan api dan ke tepikan.
  3. Di dalam mangkuk, campurkan tepung jagung dengan air. Kacau rata.
  4. Masukkan kuning telur, kacau rata.
  5. Masukkan garam dan serbuk lada hitam. Kacau rata.
  6. Panaskan 3 senduk sayur minyak masak dalam kuali.
  7. Celupkan ayam ke dalam adunan tepung. 
  8. Goreng hingga warna keemasan. Angkat dan sejatkan. 
  9. Susun ayam goreng dalam pinggan. Curahkan sos lemon ke atas ayam. Hidangkan.


Sunday, 30 August 2015

CEMPEDAK GORENG RANGUP

 CEMPEDAK GORENG RANGUP
Bahan-Bahannya:
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
1 sudu teh baking powder
1 1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh serbuk kunyit
2 1/2 sudu makan santan (saya guna santan kotak)
1 biji telur
1 sudu makan marjerin - dipanaskan hingga cair dan disejukkan
Air secukupnya

Cara-caranya:

  • Satukan semua bahan kecuali air dan marjerin cair
  • Masukkan air sedikit demi sedikit. Gaul dengan menggunakan tangan hingga mendapat kepekatan yang dikehendaki. (Jangan pekat sangat atau terlalu cair)
  • Masukkan marjerin cair dan gaul menggunakan tangan hingga adunan sebati.


  • Panaskan minyak yang banyak di dalam kuali.
  • Celup cempedak ke dalam adunan tepung dan goreng hingga keperangan. Angkat dan sejatkan.
** Lebihan adunan tepung jangan dibuang... Ambil adunan menggunakan tangan, dan biarkan adunan tepung turun melalui hujng jari ke dalam kuali. Goreng hingga garing dan rangup. Sedaaaapppp youuuuuuu.... Hahaha...



Wednesday, 6 May 2015

PUDING ROTI BAKAR BERKEJU


PUDING ROTI BAKAR BERKEJU
Bahan-Bahannya:
Roti Gardenia/ Roti Butterscotch
2 biji telur
1 tin susu cair
2 sudu makan gula
1 sudu teh esen vanila
2 sudu makan marjerin
4 keping keju cheesedale

Cara-caranya:

  1. Oleskan loyang dengan marjerin. 
  2. Susun kepingan roti sebagai lapisan pertama hingga menutupi dasar loyang.
  3. Dalam mangkuk lain, masukkan telur, susu cair, gula, esen vanila dan marjerin. Pukul hingga kembang.
  4. Koyak-koyakkan kepingan roti dan rendam dalam bancuhan susu tadi. (Saya koyakkan 5 keping roti).
  5. Susun roti yang direndam tadi di atas lapisan roti tadi. Curahkan baki adunan susu di atas susunan roti tadi.
  6. Tabur kepingan keju cheesedale yang telah dikoyak-koyakkan.
  7. Bakar di dalam oven pada suhu 180'C selama 30 minit atau hingga puding masak. Caranya, cucuk lidi ke dalam puding dan lidi bersih apabila ditarik keluar.
  8. Sejukkan sebentar dan bolehlah dihidangkan.



Friday, 17 April 2015

URAP DAUN PEGAGA

URAP DAUN PEGAGA
Bahan-Bahannya:
300 g pegaga segar
1 ulas bawang putih
½ biji bawang besar
3 biji cili api
1 sudu makan udang kering
2 ketul isi cekur
2 helai daun cekur – dibersihkan dan dihiris halus
½ biji kelapa parut (ambil bahagian putihnya sahaja)

Garam dan gula secukup rasa

Cara-caranya:
1.       Sayur pegaga dibersihkan dan ditus airnya. Hiris kecil (lebih kurang 1 cm) bersama dengan batang-batangnya sekali. Masukkan ke dalam mangkuk dan ketepikan.
2.       Tumbuk bawang putih, bawang besar, cilia pi, udang kering, isi cekur, garam dan gula hingga halus.
3.       Masukkan kelapa parut dan tumbuk-tumbuk manja hingga semua nampak sebati.
4.       Masukkan semua bahan tumbuk dan daun cekur ke dalam mangkuk berisi daun pegaga tadi. Gaul rata.
5.       Hidangkan.


Thursday, 16 April 2015

UDANG MASAK SERAI

UDANG MASAK SERAI
Bahan-Bahannya:
500 g udang saiz sederhana - Nak guna yg saiz besar pun boleh. (Lagi sedap.. haha)
1 mangkuk santan
4 sudu makan cili kering kisar
2 keping asam gelugor
1 biji bawang besar - potong bulat
2 biji cili merah - potong dua dan hiris kulitnya memanjang

Bahan Kisar Halus:
4 batang serai - dihiris halus
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
1/2 cm halia

Cara-Caranya:

  1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bahan kisar hingga wangi dan agak garing.
  2. Masukkan cili kisar. Tumis hingga pecah minyak.
  3. Masukkan santan dan asam gelugor. Kacau rata dan biarkan hingga mendidih.
  4. Masukk bawang besar dan cili merah. Masak hingga separuh lembut.
  5. Masukkan udang. Masak dalam 5 minit.
  6. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Kacau rata. 
  7. Tutup api dan hidangkan.