Friday, 30 November 2012

SAYUR CAMPUR

SAYUR CAMPUR
Bahan-Bahannya:
300g bunga kobis - dipotong kecil
1 biji karot - dihiris nipis
1 peket putik jagung - dihiris nipis
2 ekor sotong - potong cincin nipis
1 biji cili merah - dihiris nipis
1 biji cili hijau - dihiris nipis
2 sudu makan sos tiram
1/2 cawan air
1 sudu makan tepung jagung + sedikit air
2 ulas bawang putih - dihiris nipis
4 ulas bawang merah - dihiris nipis

Cara Masak:

  1. Tumis bawang putih dan bawang merah hingga wangi.
  2. Masukkan sotong, cili merah dan cili hijau. Kacau rata hingga wangi dan sotong separuh masak.
  3. Masukkan  semua sayuran. Kacau rata. 
  4. Masukkan air, sos tiram dan garam. Kacau rata dan masak hingga sayur layu.
  5. Masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah. Kacau rata.
  6. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.


SAMBAL IKAN BILIS KERING

SAMBAL IKAN BILIS KERING
Bahan-Bahannya:
2 peket tempe - dipotong dadu dan digoreng garing
1 cawan ikan bilis - digoreng garing
1 cawan kacang tanah - digoreng garing
4 sudu makan cili kering kisar
1/2 cawan air asam jawa
Garam
Gula

Bahan tumbuk lumat:
2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar

Cara Masak:
  1. Tumis bahan tumbuk hingga wangi.
  2. Masukkan cili kering kisar, tumis hingga pecah minyak dan garing.
  3. Masukkan air asam jawa, garam, gula dan sedikit serbuk perasa. Biarkan kuah mendidih dan pekat. Rasa masin dan manisnya.
  4. Masukkan kacang goreng, ikan bilis dan tempe goreng. Gaul rata.
  5. Tutup api. Sedia untuk dihidangkan.



Thursday, 29 November 2012

IKAN MASAK SAMBAL


IKAN MASAK SAMBAL
Bahan-Bahannya:
3 ketul isi ikan - kali ini saya gunakan isi ikan nyok-nyok. Digaram kunyit dan digoreng.
5 sudu makan cili kering kisar
4 sudu makan air asam jawa
1/2 cawan air
1 biji bawang besar - dimayang bulat
1 batang serai - dititik

Bahan Tumbuk:
1 inci halia
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih



Cara Masak:

  1. Tumis bahan tumbuk dan serai hingga wangi.
  2. Masukkan cili kisar, tumis hingga pecah minyak dan agak garing.
  3. Masukkan air asam jawa, air, garam dan serbuk perasa. Kacau rata dan biarkan mendidih.
  4. Masukkan ikan goreng dan bawang besar. Kacau rata. Masak hingga kuahnya pekat dan menyaluti ikan.
  5. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.


SOTONG GORENG KUNYIT


SOTONG GORENG KUNYIT
Bahan-Bahannya:
10 ekor sotong - dibersihkan dan dipotong cincin
1 biji bawang besar - dipotong baji
1 biji cili merah - dipotong serong
1 biji cili hijau - dipotong serong
1 tangkai daun kari
4 sudu makan air asam jawa
1 sudu teh serbuk kunyit

Bahan tumbuk:
3 ulas bawang putih
6 ulas bawang merah



Cara Masak:
  1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan tumbuk dan daun kari hingga wangi.
  2. Masukkan serbuk kunyit, kacau rata.
  3. Masukkan air asam jawa, garam dan serbuk perasa. Gaul rata.
  4. Masukkan bahan-bahan lain dan sotong. Gaul rata hingga sotong masak iaitu dalam 5 minit aje.. (Jangan masak sotong terlalu lama, nanti sotong akan jadi liat)
  5. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.


AYAM MASAK MERAH


AYAM MASAK MERAH
Bahan-Bahannya:
1/2 ekor ayam - digaul garam dan kunyit, digoreng hingga masak
5 sudu makan cili kering kisar
4 sudu makan sos cili
4 sudu makan sos tomato
1 kulit kayu manis
1 bunga lawang
2 buah pelaga
1 biji bawang besar - dimayang bulat
1 biji cili merah - diambil kulitnya dan dihiris memanjang
1 batang serai - dititik

Bahan tumbuk lumat:
1 inci halia
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih



Cara Memasak:
  1. Panaskan sedikit minyak, tumis buah pelaga, kulit kayu manis dan bunga lawang hingga wangi.
  2. Masukkan bahan tumbuk dan serai, tumis hingga wangi.
  3. Masukkan cili kering kisar, tumis hingga pecah minyak.
  4. Masukkan sos cili dan sos tomato, tumis hingga pecah minyak.
  5. Masukkan garam dan serbuk perasa. Kacau rata.
  6. Masukkan bawang besar, cili merah dan ayam goreng. Kacau rata dan masak hingga bawang besar dan cili layu.
  7. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.



ACAR RAMPAI


ACAR RAMPAI
Bahan-Bahannya:
2 biji timun - dibuang empulurnya dan dipotong mancis
1 batang lobak - dipotong mancis
2 sudu makan lobak asin - dibasuh dan dicincang
10 ulas bawang merah - belah 2
6 ulas bawang putih - belah 2
4 biji cili merah - dipotong 2 dan dihiris mancis
4 biji cili hijau - dipotong 2 dan dihiris mancis
2 inci halia - dimayang halus
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu makan gula
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu makan biji sawi
5 sudu makan minyak masak
4 ulas bawang merah - dihiris nipis
1 sudu makan kismis

Bahan Kisar:
20 tangkai cili kering
2.5 cm kunyit hidup

Bahan Dicampur:
125 ml cuka
65 ml air
1 sudu makan gula
1/4 sudu teh garam
1/2 sudu teh perasa



Cara Masak:

  1. Masuk timun, lobak merah, lobak asin, bawang merah, bawang putih, cili dan halia ke dalam mangkuk. Masukkan garam, gula, serbuk kunyit. Gaul rata. Perap selama 1 jam. Kemudian toskan betul2.
  2. Sangai biji sawi selama 1 minit. Angkat dan ketepikan.
  3. Tumis bawang merah hiris hingga wangi.
  4. Masukkan bahan kisar. Tumis hingga pecah minyak.
  5. Tuang campuran cuka dan biarkan hingga mendidih.
  6. Masukkan sayuran, biji sawi dan kismis. Gaul rata hingga timun dan karot layu. Siap.

PAJERI NENAS UTARA


PAJERI NENAS UTARA
Bahan-bahannya:
1 biji nenas
1 biji kelapa - ambil santan pekat sikit dan santan cair 1 mangkuk
1 kulit kayu manis
1 bunga lawang
2 buah pelaga
2 sudu makan minyak masak
1/2 sudu makan gula putih
1/2 sudu makan gula merah
1/2 peket rempah kari daging + santan pekat tadi
garam
kerisik
daun kari

Bahan Tumbuk:
1 inci halia
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih



Cara Masak:

  1. Tumis kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan daun kari hingga wangi.
  2. Masukkan bahan tumbuk, rempah kari dan garam. Tumis hingga pecah minyak.
  3. Masukkan santan cair, nenas, gula putih, gula merah dan kerisik. Biarkan mendidh dan kuah pekat sikit.
  4. Siap dan sedia untuk dihidangkan